VVIP DENAI CINTA

28 Disember 2010

Kereta Yang Dipandu Aminulrasyid Miliki Insurans, Cukai Jalan Sah

SHAH ALAM, 28 Dis : Seorang saksi hari Selasa memberitahu Mahkamah Sesyen di sini bahawa kereta yang dipandu Aminulrasyid Amzah, 15, yang mati ditembak polis di Seksyen 11, April lepas, mempunyai insurans dan cukai jalan sah. ASP Abdul Halim Ismail berkata semakan di Jabatan Pengangkutan Jalan mendapati kereta itu memiliki cukai jalan dan insurans yang sah sehingga 14 Jan 2011.

Siapakah MENTERI Yang MEROGOL Amahnya?

KUALA LUMPUR, 27 Dis : Soalan siapakah menteri yang terlibat merogol seorang pembantu rumah Indonesianya kini menjadi persoalan paling hangat diperkatakan ekoran pendedahan kembali isu ini oleh WikiLeaks. Laporan awal Harakahdaily mengenai hal ini telah menjadi berita paling hangat dan paling ramai dibaca oleh pelayar Harakahdaily. Dalam laporan itu, Harakahdaily melaporkan kembali tulisan pemimpin akhbar pro BN, Rocky Bru atau nama sebenarnya Ahirudin Atan dalam blognya mengenai peristiwa seorang menteri merogol pembantu rumahnya pada tahun 2007 lalu.

Pembunuhan Kejam, Ganas Hangatkan 2010

Pembunuhan kejam dan ganas yang melangkaui pemikiran waras manusia normal hangat diperkatakan sepanjang tahun ini. Berikut adalah antara episod tragis yang juga dianggap antara perlakuan jenayah paling ngeri dalam sejarah negara.

Pembunuhan Sosilawati Lawiya
  • 30 Ogos - Jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lagi terdiri daripada pemandu peribadinya Kamaruddin Shamsudin, 44; pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru Noorhisham Mohammad, 38; dan peguamnya, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dilaporkan hilang selepas ke Banting, Selangor atas urusan pembelian tanah.
  • 9 dan 10 September - Polis menahan lapan suspek berusia 19 hingga 41 tahun termasuk dua peguam adik beradik dan pekerja Ladang Gadong, Jalan Tanjung Sepat, Morib.
  • 12 September - Polis mengesahkan Sosilawati dan tiga yang lain menjadi mangsa pembunuhan kejam di Ladang Gadong. Siasatan lanjut mendapati selepas dibunuh, mayat mereka dibakar manakala abu dibuang ke sebatang sungai berhampiran.
  • 15 Oktober - Dua daripada suspek dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Teluk Datok atas tuduhan melupuskan bahan bukti dengan membakar mayat dan membuang abu keempat-empat mangsa.

22 Disember 2010

Jom Nyanyi Lagu : Bangau Oh Bangau!!!

Lagu 'BANGAU OH BANGAU' berkumandang semula. Yang terkorban, tetap pergi tak kembali. Nampaknya kita langsung tak belajar dari musibah/kemalangan/malapetaka yang terjadi sebelum ini. Apabila TERHANTUK, maka barulah kita TERNGADAH!!! Nasi telah menjadi bubur. Harapnya beras yang baru ditanak menjadi nasi yang sempurna dan tidak lagi menjadi bubur!!!
..............................
Bas Terbabit Kemalangan Di Cameron Highlands
Jenis 'High-decker', Bukan Dua Tingkat
PUTRAJAYA, 22 Dis : Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha hari ini menjelaskan bahawa bas yang terbabit dalam kemalangan di Cameron Highlands pada Isnin lepas diistilahkan sebagai bas 'high-decker' dan bukannya bas dua tingkat. Sesebuah bas 'high-decker' mempunyai satu tingkat untuk penumpang dan tingkat yang lebih rendah untuk menyimpan bagasi. Biasanya ia merupakan bas persiaran.

Rumah Dan Pejabat Tertuduh Kes Bunuh Sosilawati Disita

KUALA LUMPUR, 22 Dis : Polis telah mendapat perintah mahkamah untuk menyita rumah dan pejabat peguam N.Pathmanabhan yang dituduh membunuh jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain, berkuatkuasa 16 Dis lepas. Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam satu kenyataan berkata perintah yang diperoleh oleh Pasukan Petugas Khas Operasi/Anti Keganasan Bukit Aman itu, bagi membolehkan siasatan dibuat berhubung satu laporan polis di Teluk Panglima Garang membabitkan kes pengubahan wang haram.

19 Disember 2010

KERBAU PUN LAKUKAN JENAYAH? PIHAK BERKUASA PERLU BERTINDAK!!!

Eh! Kerbau tanduk orang boleh dikategorikan sebagai JENAYAH ke...? Pelik bin Ajaib jugak aku bila tengok di mStar Online yang meletakkan berita orang ditanduk kerbau dalam kolum JENAYAH...!!! Hahahaha... Esok lusa tentu ada dalam berita polis gari kerbau yang lakukan jenayah ni dan sumbat dalam lokap...!!!

LELAKI TERPAKSA BERGULING ELAK DITANDUK KERBAU LIAR
BALING: Seorang lelaki terpaksa merebahkan badannya dan bertindak berguling di atas tanah bagi mengelak daripada terus diserang seekor kerbau liar yang tiba-tiba menyerangnya dalam kejadian di Kampung Paya Siput, mukim Siong, di sini petang Sabtu.
Ketika kejadian 4.20 petang itu, Ismail Husain, 53, sedang membersihkan kebun getahnya di kawasan Kebun Sera yang terletak kira-kira dua kilometer dari rumahnya.

18 Disember 2010

BILA OTAK LETAK KAT LUTUT!!!

Perempuan ni memalukan warga KELANTAN DARULNAIM. Tak pasti sama ada dia warga Kelantan atau teman lelakinya Awe Kelate. Apa-apapun, tak kira kira rakyat negeri atau negara mana sekalipun, BENDERA negeri / negara wajar di hormati dan bukannya dipakai sedemikian rupa!!!

Ibu Simpan 'ANAK IKAN'

PUTRAJAYA : Seorang ibu tunggal dicekup bersama lelaki muda atau 'anak ikan' belaannya di sebuah rumah di Presint 9, di sini awal pagi kelmarin selepas diserbu penguat kuasa agama yang bertindak atas aduan anak wanita itu sendiri. Serbuan dilakukan pada jam 2.50 pagi oleh sekumpulan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) Putrajaya hasil maklumat anak wanita itu mengenai ibunya berusia 40-an yang sering membawa balik teman lelakinya berusia 20-an dan tidur bersama sejak beberapa bulan lalu.

17 Disember 2010

ZINA : Perkara Biasa Di Malaysia?

Dasar Salah Laku Zina Masih Kabur : Pakar LPPKN
KUALA LUMPUR, 16 Dis : Penguatkuasaan dasar yang jelas adalah perlu bagi membendung salah laku seksual dan penzinaan yang kian meruncing dalam kalangan remaja, kata Ketua Sub Unit Seksualiti Bahagian Reproduksi Manusia Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Dr Hamizah Mohd Hassan.

"Kita memang mempunyai beberapa polisi atau dasar tetapi ianya masih kabur dan samar-samar, malah tidak ada satupun yang menekankan tentang isu salah laku seksual atau penzinaan," katanya kepada Bernama pada Muzakarah Pakar Menangani Zina serta Pembuangan Bayi di Kalangan Remaja dan Pelajar Sekolah di sini.
Hamizah berkata dasar sedia ada lebih menjurus kepada pendidikan kesihatan reproduktif dan sosial sahaja tetapi kurang memberikan perhatian kepada penzinaan dan salah laku seksual.

PLURALISME : Masalah Metodologi, Bukan Niat

Shah al-Maududy, Dis 17 2010 MALAYSIAKINI
Akhir-akhir ini, terdapat ahli akademik cenderung melabel tokoh-tokoh tertentu, sebagai cenderung atau menyokong fahaman pluralisme agama. Ada tokoh dilabelkan sedemikian, kerana menghadiri satu 'majlis rasmi' kuil Buddha di Kelantan. Seorang lagi tokoh dikaitkan dengan pluralisme, antaranya disebabkan sikapnya yang konsisten membenarkan penggunaan nama Allah oleh bukan Islam.

16 Disember 2010

Dr Mahathir Galak Rakyat Jadikan Emas Sebagai Simpanan

Ramai kalangan pemimpin 1Malaysia (BN) yang menempelak usaha kerajaan negeri KELANTAN DARUL NAIM yang memperkenalkan DINAR EMAS untuk dimiliki dan digunakan oleh rakyat. Pimpinan 1Malaysia ini barangkali MUDAH LUPA bahawa mantan Presiden BN serta mantan Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir sedari dahulu lagi menyarankan agar emas dijadikan sandaran utama berbanding matawang yang tidak terjamin nilainya.

Kepada sahabat-sahabat sekalian, jom dapatkan DINAR EMAS atau beli sahaja barangan emas di pasaran...!!! Klik gambar DINAR EMAS ini untuk info berkaitan dinar emas Kelantan.
..................................

Dr Mahathir Galak Rakyat Jadikan Emas Sebagai Simpanan
KUALA LUMPUR, 15 Dis : Tun Dr Mahathir Mohamad menggesa orang ramai cuba menyimpan emas sebagai simpanan mereka berbanding mata wang kerana nilai emas lebih terjamin dan sukar untuk jatuh dengan nilai besar. Bekas Perdana Menteri itu berkata nilai mata wang tidak terjamin kerana ia bergantung kepada pasaran tukaran mata wang dunia yang sentiasa berubah-ubah. Menurut beliau, ada kalanya nilai mata wang akan jatuh dengan teruk apabila berlaku sesuatu krisis kewangan di sesebuah negara.

Sebutan Semula Kes Pembunuhan Sosilawati 27 Januari 2011

BERNAMA
BANTING, 16 Dis : Mahkamah Majistret Teluk Datuk di sini Khamis menetapkan 27 Jan tahun hadapan untuk sebutan semula kes empat lelaki termasuk peguam N Pathmanabhan yang dituduh membunuh jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain. Majistret Hurman Hussain menetapkan tarikh itu ekoran permohonan Timbalan Pendakwa Raya Ishak Mohd Yusoff.
Pada prosiding hari ini pihak pendakwaan dijadual menyerahkan laporan-laporan yang diperlukan oleh pihak pembelaan.

15 Disember 2010

APABILA KHALIFAH NEGARA ISLAM MALAYSIA BERBICARA SOAL SYIAR ISLAM

GAMBAR TERBARU KHALIFAH NEGARA ISLAM MALAYSIA
BERSAMA ISTERI TERCINTA
Syiar Islam Tak Boleh Ditingkatkan Hanya Dengan Slogan : Najib
MELAKA, 15 Dis : Datuk Seri Najib Tun Razak berkata syiar Islam tidak boleh ditingkatkan dan ummah tidak dapat dibangunkan hanya berdasarkan slogan semata-mata. Perdana Menteri berkata perubahan kepada umat Islam hanya akan menjadi kenyataan hanya jika ia diperjuangkan dan dengan kerajaan mengisi kerohanian umat Islam sebenarnya dengan pelbagai usaha berterusan. "Ada pihak cenderung untuk meluahkan slogan 'membangun bersama Islam' dan mereka cenderung juga menggantung kain rentang sepanjang jalan dan sebagainya."

Saksi Kes Aminulrasyid Enggan Beri Kerjasama Ditegur Pendakwaan

SHAH ALAM, 14 Dis : Seorang saksi hari Selasa ditegur pihak pendakwaan supaya bekerjasama semasa memberi keterangan di mahkamah, dalam perbicaraan kes Aminulrasyid Amzah yang mati akibat ditembak polis dalam satu kejadian di Seksyen 11, April lalu. Timbalan Pendakwa Raya Mohd Dusuki Mokhtar menegur Konstabel Mohamad Hafidz Mohd Yusof yang merupakan saksi pendakwaan dalam kes itu, yang kelihatan teragak-agak dan juga dilihat bertindak mendiamkan diri beberapa kali.

Pencuri Dibelasah Hingga Mati

Usaha menangkap pencuri dan peragut sememangnya ia sikap yang mulia. Tetapi janganlah pula dibelasah teruk sang malaun itu demi melepaskan geram, demi memuaskan hati (nafsu amarah). Serahkanlah sang penjenyah tersebut kepada pihak polis. ISLAM melarang keras kita bertindak melulu hatta terhadap penjenayah sekalipun. Negara kita punya undang-undang, serahkan kepada pengadilan dan elakkan mengambil tindakan sendiri. ~wallahu a'lam~

Lagi Kes Pencuri Motosikal Mati Di Kelantan
BERNAMA
TANAH MERAH, 14 Dis : Selang dua hari, satu lagi kejadian membabitkan kematian pencuri motosikal berlaku di negeri ini awal pagi Selasa di Kampung Alor Pasir di sini. Dalam kejadian itu, mangsa yang dikenali sebagai Nor Azman Ubaidillah, 37, mati selepas bergelut dengan orang awam dalam kejadian pada pukul 1.45 pagi selepas mangsa cuba melarikan diri dengan motosikal curinya.

14 Disember 2010

KICAP PUN 'DICETAK ROMPAK'?

HahahahahahaHarunSalimBachikkkk...!!! Aku sangkakan hanya ada VCD dan DVD Cetak Rompak, arak tiruan, rokok tiruan, jersey bolasepak tiruan dan jeans Levi's 501 tiruan... Rupa-rupanya KICAP MANIS CAP KIPAS UNDANG pun ada 'diCetak Rompak'... kahkahkahkahkahkah!!! Betapa mendapat sambutan kicap tu sampaikan ada malaun yang buat versi tiruannya. Kepada peminat kicap manis Cap Kipas Udang, berhati-hati ketika membelinya, jangan sampai terbeli yang tiruan. Belilah kicap manis Cap Kipas Udang yang ORI... hahahahaha ;)

3,360 Botol Kicap Manis Cap Tiruan Dirampas
BERNAMA
SEREMBAN, 13 Dis : Sebanyak 3,360 botol kicap manis tiruan yang menggunakan jenama 'Kipas Udang' bernilai hampir RM10,000 dirampas dalam operasi Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Negeri Sembilan, hari ini. Rampasan itu dibuat hasil pemeriksaan di sebuah syarikat pemborong di Jalan Tuanku Antah di sini, kata Ketua Pengerusi PPDNKK Mohd Nor Musa.

Kanak-Kanak Ingin Jadi Artis Perlu Kelulusan Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Kerja

KUALA LUMPUR, 13 Dis : Kanak-kanak di bawah umur yang berhasrat menceburi bidang hiburan seperti menjadi pelakon, pemuzik atau penyanyi perlu mendapatkan kelulusan Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Kerja. Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Maznah Mazlan berkata mereka perlu mendapatkan kelulusan dan mematuhi peraturan yang terkandung dalam Rang Undang-Undang Kanak-Kanak dan Orang Muda (Pekerjaan) (Pindaan) 2010 bagi mengelakkan mereka dieksploitasi sehingga mengganggu pelajaran.

11 Disember 2010

Syarikat Milik Sosilawati Diperintah Patuhi Perjanjian Jual-Beli

KUALA LUMPUR, 10 Dis : Mahkamah Tinggi di sini pada Jumaat memerintahkan Nouvelle Beauty Centre Sdn Bhd, syarikat milik jutawan kosmetik Allahyarham Datuk Sosilawati Lawiya, menjual tanah dan bangunan bernilai RM3 juta kepada sepasang suami isteri sepertimana yang dijanjikan. Hakim Datin Zabariah Mohd Yusof membuat keputusan itu di dalam kamar pada Jumaat dengan dihadiri peguam syarikat Mohd Hadi Ar Rais Muhamad dan peguam Karena Tang Shiau Hui, yang mewakili Low Choong Yen, 59, dan isterinya, Lim Bee Geok, 52.

Anggota Polis Nafi Berbohong Pada Perbicaraan Kes Aminulrasyid

SHAH ALAM, 10 Dis : Seorang anggota polis hari ini menafikan bahawa beliau berbohong semasa memberi keterangan pada perbicaraan kes Aminulrasyid Amzah, remaja yang mati ditembak pada 26 April lepas. Konstabel Mohd Izham Mahayadin, 27, turut menafikan bahawa beliau mempunyai kepentingan untuk melindungi dirinya kerana turut melepaskan tembakan pada hari kejadian. Saksi ke-28 pendakwaan itu juga tidak bersetuju dengan cadangan peguam Salim Bashir yang mewakili Koperal Jenain Subi, bahawa beliau mungkin didakwa berhubung kejadian itu.

10 Disember 2010

AMINULRASYID : HUJAN PELURU DAN TIADA PARANG - Saksi Utama

Azamuddin : Bunyi tembakan 'pop, pop, pop'
MALAYSIAKINI
Saksi utama kes pembunuhan Aminulrasyid Amzah - Azamuddin Omar berkata kereta yang dinaikinya itu dihujani peluru pada kejadian 26 April lalu sehingga menyebabkan kematian rakannya itu. Menurut Azamuddin, kejadian berlaku semasa kereta yang dipandu Aminulrasyid cuba melarikan diri daripada pihak polis yang mengejarnya.

Kereta Aminulrasyid Ditembak Bertubi-tubi, Kata Saksi

SHAH ALAM, 9 Dis : Seorang anggota polis memberitahu Mahkamah Sesyen di sini bahawa kereta yang dipandu Aminulrasyid Amzah ditembak bertubi-tubi dari arah belakang. Konstabel Mohd Izham Mahayadin berkata sebelum itu, beliau bersama seorang lagi rakan setugasnya mengejar kereta yang dipandu mangsa dari Bulatan Kayangan sehingga ke Jalan Tarian, sebelum melepaskan beberapa tembakan ke arah tayar dan 'sport rim' bagi menghentikan kenderaan itu, yang dilihat berbahaya kepada pengguna jalan yang lain.

07 Disember 2010

Saksi Utama Kes Kematian Aminulrasyid Dakwa Disepak Dan Dipukul Polis

SHAH ALAM, 6 Dis : Saksi utama dalam kes Aminulrasyid Amzah, remaja lelaki yang mati ditembak di kepala, memberitahu Mahkamah Sesyen di sini hari Isnin bahawa beliau telah disepak dan dipukul oleh beberapa anggota polis semasa kejadian. Muhamad Azamuddin Omar, 15, rakan Aminulrasyid yang turut berada di dalam kereta dipandu mangsa semasa kejadian berkata, selepas kereta itu terbabas dan melanggar tembok sebuah rumah, beliau telah terjatuh ke dalam longkang melalui cermin tingkap sebelah kiri kereta yang retak.

06 Disember 2010

SENDALOKA BERSAMA PEMIMPIN 1MALAYSIA


KERATAN AKHBAR BERTARIKH
03 NOVEMBER 2010

HARGA RON95 DINAIKKAN PADA
04 DISEMBER 2010

Mahkamah Tinggi Benarkan Syarikat Sosilawati Kemuka Pembelaan

KUALA LUMPUR, 6 Dis : Mahkamah Tinggi di sini pada Isnin berkata Nouvelle Beauty Centre Sdn Bhd, syarikat milik allahyarham jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya, boleh mengemukakan pembelaannya bagi menjawab dakwaan melanggar perjanjian dalam urusan jual beli harta bernilai RM3 juta. Hakim Datin Zabariah Mohd Yusof meluluskan permohonan membenarkan syarikat itu lanjutan masa untuk mengemukakan pembelaan dan affidavit jawapan terhadap saman difailkan oleh Low Choong Yen, 59, dan isterinya, Lim Bee Geok, 52, kerana melanggar perjanjian mengenai harta berkenaan di Kota Damansara, Petaling Jaya. Hakim membuat keputusan itu dalam kamar selepas mendengar hujah kedua-dua belah pihak.

05 Disember 2010

Allahyarham Yasmin Ahmad Lakar Sejarah Negara Gondol Pengarah Terbaik Di FFAP

TAIPEI, 5 Dis : Allahyarham Yasmin Ahmad melakar sejarah negara apabila dinobatkan sebagai Pengarah Terbaik melalui filem terakhir arahannya "Mualaf" di Festival Filem Asia Pasifik (FFAP) ke-54 di sini Sabtu malam. Ketua Delegasi Malaysia ke festival itu, merangkap Presiden Persatuan Penerbit Filem Malaysia Ahmad Puad Onah berkata anugerah itu merupakan julung kalinya dimenangi Malaysia sejak festival itu diperkenalkan.

04 Disember 2010

HALANG DEDAH MAKLUMAT SULIT

KUALA LUMPUR : Bekas Raja Permaisuri Agong, Siti Aishah Abdul Rahman kelmarin memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Temerloh, Pahang, terhadap Syed Abdullah Hussein Al-Attas atau lebih dikenali sebagai Uncle Seekers selepas mendakwa lelaki itu mendedahkan maklumat sulit beliau.

03 Disember 2010

4 DALAM 1 : Harga Petrol RON95, Diesel, Gas, Gula NAIK LAGI

Harga petrol RON95, diesel, Petroleum Gas Cecair (LPG) dan gula dijangka mengalami kenaikan lagi mulai tengah malam ini. Ia berikutan keputusan kerajaan menyelaraskan kadar subsidi. Petrol RON95, dipercayai akan dinaikkan 5 sen menjadikan harga RM1.90 seliter.

Dua hari lalu, petrol RON 97 naik sebanyak 15 sen kepada RM2.30 seliter. Kenaikan itu berikutan perubahan harga pasaran yang diapungkan sejak Julai lalu. Harga diesel pula dipercayai dinaikkan 5 sen menjadikannya RM1.80 seliter manakala gas LPG juga naik 5 sen menjadikan harganya RM1.90 sekilogram.
Harga gula pula dikatakan akan naik 20 sen menjadikan harganya RM2.10 sekilogram.

GAJI Pengerusi Eksekutif SYABAS RM425,000 Sebulan?!!!

POTONG GAJI PENGERUSI SYABAS,
BUKAN NAIK HARGA AIR
HARAKAHDAILY
KUALA LUMPUR, 3 Dis : Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) menyokong sekiranya ada usaha Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) sendiri memotong gaji pengerusinya untuk menampung kos operasi atau memberi bantuan keperluan asas kepada penduduk khususnya warga Selangor. Ketua Penerangannya, Fadhil Osman berkata pihaknya merasa terkejut dengan maklumat pendapatan Pengerusi Eksekutif Syabas mencecah RM5.1 juta setahun atau bersamaan RM425,000 sebulan.

01 Disember 2010

Ramai Tidak Sedar Bahaya Makanan Yang Disimpan Lama

GEORGE TOWN, 1 Dis : Kesedaran mengenai bahaya Mikotoksin masih rendah apabila ramai di kalangan rakyat negara ini tidak menyedari makanan yang dimakan mungkin dicemari bahan itu. Pengerusi Jawatankuasa Persidangan Antarabangsa Mikotoksin, Prof Baharuddin Salleh berkata Mikotoksin, iaitu sejenis racun atau toksin, terhasil daripada kulat yang tumbuh pada makanan dan hasil pertanian.

Permohonan Syarikat Sosilawati Dalam Kes Saman Didengar Pada Isnin

KUALA LUMPUR, 1 Dis : Mahkmah Tinggi di sini pada Rabu menetapkan Isnin ini untuk mendengar permohonan oleh Nouvelle Beauty Centre Sdn Bhd, syarikat milik jutawan kosmetik Allahyarham Datuk Sosilawati Lawiya, bagi mendapatkan masa mengemukakan pembelaannya dalam satu saman berhubung penjualan hartanah bernilai RM3 juta. Hakim Datin Zabariah Mohd Yusof menetapkan tarikh itu selepas menemui pihak-pihak yang terlibat dalam kamarnya pada Rabu.

Kereta Aminulrasyid Turut Dikejar Beberapa Penunggang Motosikal

SHAH ALAM, 29 Nov : Mahkamah Sesyen di sini Isnin diberitahu bahawa kereta yang dipandu Aminulrasyid Amzah pada hari dia mati ditembak, bukan sahaja dikejar kereta peronda polis malah oleh beberapa penunggang motosikal. Saksi ke-32 pendakwaan, R Lokman Hakim R Daly, 23, berkata beliau dan dua rakannya mengejar kereta itu selepas ia melanggar kereta milik seorang rakannya yang bernama Syafiq. "Saya dan dua lagi rakan saya bernama Abdul Hadi dan Sufian, telah mengejar kereta Iswara tersebut untuk meminta ganti rugi," katanya pada perbicaraan Koperal Jenain Subi yang didakwa menyebabkan kematian Aminulrasyid, 15, di Jalan Tarian 11/2, Seksyen 11 di sini, antara 1.10 pagi dan 2 pagi, pada 26 April lepas.

Aminulrasyid Teringat Ibu Ketika Dikejar Polis, Kata Rakan

SHAH ALAM, 30 Nov : Seorang saksi memberitahu Mahkamah Sesyen hari Selasa bahawa Aminulrasyid Amzah, remaja lelaki yang mati ditembak pada 26 April lepas, teringatkan ibunya ketika kereta yang dipandu dikejar kereta peronda polis. Mohd Zubir Salleh, 15, berkata perkara itu diceritakan rakannya, Muhammad Azamuddin Omar yang berada dalam kereta dipandu Aminulrasyid, 15, ketika mereka berada dalam tandas di Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 11 di sini, beberapa jam selepas kejadian.
Related Posts with Thumbnails