VVIP DENAI CINTA

28 November 2010

Bapak Tiri Umur 24 Rogol Anak Tiri Umur 17

Apa kejadahnya...? Bapak tiri (semasa kejadian) berumur 24 tahun, telah 'meratah' anak tirinya yang berusia 17 tahun. Isteri sang bajingan perogol ini yang juga ibu kandung sang gadis umurnya berapa yea...? Inilah bahananya apabila si ibu kepingin bersuamikan lelaki muda yang rasanya lebih layak menjadi suami anak gadis suntinya.

Rogol Anak Tiri, Mekanik Dihukum Penjara 18 Tahun, 6 Sebatan
BERNAMA
ALOR SETAR, 28 Nov : Mahkamah Sesyen di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara 18 tahun dan enam sebatan kepada seorang mekanik atas tuduhan merogol anak tirinya tiga tahun lepas. Hakim Mohd Sabri Ismail membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal membuktikan keraguan munasabah terhadap tertuduh, yang berumur 27 tahun.

Tertuduh yang berasal dari Langkawi disabitkan dengan kesalahan melakukan sumbang mahram dengan merogol anak tirinya, berumur 17 tahun (ketika kejadian) di sebuah rumah di Kampung Huma Mukim Ayer Hangat, Langkawi pada 20 Nov 2007 kira-kira pukul 6 petang. Tertuduh dituduh mengikut Seksyen 376A Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 376B akta sama.

Peguam tertuduh, K. Kartikumar meminta mahkamah meringankan hukuman kerana tertuduh tidak mempunyai rekod kesalahan lalu, di samping dia juga terpaksa menyara ibu dan bapanya. Timbalan Pendakwa Raya Mohamed Rizal Fadzil memohon supaya mahkamah menjatuhkan hukuman yang mencerminkan kepentingan awam terhadap tertuduh kerana semua masyarakat tidak dapat menerima perbuatan seperti itu.

Kartikumar kemudian memohon kepada mahkamah untuk menangguhkan hukuman kerana beliau mahu membuat rayuan di Mahkamah Tinggi. Mohd Sabri membenarkan hukuman ditangguhkan sehingga menunggu rayuan dan menetapkan tertuduh membayar jaminan RM7,000.

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails