VVIP DENAI CINTA

01 November 2010

7 MAUT - Tiada Gunanya Memaafkanmu

Senang mengungkapkan maaf. Tetapi nasi telah menjadi bubur. Ungkapan maaf itu tak mampu mengembalikan mangsa yang maut dalam kemalangan tempoh hari. Pihak berkuasa, sila jalankan tanggungjawab anda!!! JANGAN HENDAKNYA KES INI MENJADI SEPERTI LAGU 'BANGAU OH BANGAU'!!! Masing-masing menyalahkan pihak lain untuk menutup salah sendiri...!!!

Pemandu Bas Minta Maaf Kepada Keluarga Mangsa
KUALA LUMPUR, 31 Okt : Pemandu bas yang terlibat dalam kemalangan di Kilometer 38 Genting Sempah yang meragut tujuh nyawa Jumaat lepas, memohon maaf secara terbuka kepada semua pihak, terutama keluarga mangsa yang terlibat dalam nahas itu. Menyesali dan mengakui kesilapannya, pemandu bas berusia 36 tahun itu mendakwa kemalangan ngeri itu berpunca daripada brek bas yang rosak.

"Saya minta maaf kerana saya dah buat kesalahan, tapi saya tak boleh buat apa-apa kerana brek bas tak ada," katanya ketika ditemui di Hospital Kuala Lumpur pada Ahad. Dia yang patah kaki kanan akibat kemalangan itu, kini ditahan reman selama empat hari mulai semalam bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987, iaitu memandu secara berbahaya yang boleh menyebabkan kematian.

Suspek mendakwa selepas itu dia cuba menarik brek tangan, namun ia juga gagal berfungsi. "Gear pun tak boleh masuk kerana paip sudah pecah waktu itu," katanya. Lelaki itu juga mendakwa dia memang memiliki lesen memandu, tetapi telah digantung oleh Jabatan Pengangkutan Jalan yang mendapati dokumen itu tidak sah atau lesen terbang, dan ini menyebabkan dia tidak boleh memperbaharuinya.

"Saya bawa bas pun kerana terpaksa, anak tiga orang masih belajar, isteripun tak kerja, malah rumahpun kena bayar jugak, oleh sebab itu, terpaksa kerja sini," katanya. Suspek turut mendakwa syarikat bas berkenaan mengetahui bahawa dia tidak memiliki lesen memandu, namun tetap memintanya membawa bas berkenaan.

"Mereka (syarikat) paksa saya dengan mengatakan bahawa driver bas tak ada, jadi perlukan bantuan saya, tolonglah...tolong..., driver bas tak ada, you datang Genting sini (bawa bas)," katanya. Dalam kejadian 7.50 malam itu, sebuah bas yang membawa 44 anggota Belia 4B dari Kampung Baru Siong, Baling, terbabit dalam kemalangan ketika menuruni bukit selepas bertolak dari Genting Highlands.

2 ulasan:

ika~~ berkata...

haish..sedihnye..
malang tak berbau kaan?
anyway, takziah utk keluarga mngsa

LOTS OF LOVE berkata...

malang itu berbau, bau hangit tayar terbakar dan mungkin juga bau minyak disel yang tertumpah di jalanan... bahkan lebih tragis lagi dengan bau darah mangsa kemalangan...

Allah swt anugerahkan akal, semoga kita menggunakan akal kurniaan Allah swt untuk sedaya upaya mengelak musibah dari terus berlaku...

TAKZIAH DAN AL-FATIHAH BUAT SELURUH KELUARGA KEMALANGAN BAS TERSEBUT.

Related Posts with Thumbnails