VVIP DENAI CINTA

28 November 2010

AMBILLAH ORGANKU ANDAI IA BERMANFAAT UNTUKMU

"Organ dah tubuh badanku ini, bukanlah milikku. Segalanya milikMU wahai TUHANku. Jika setelah kematianku, ada bahagian dari tubuhku ini yang boleh memberi manfaat kepada insan lain, maka ambillah ia..." Daftarlah hari ini sebagai penderma organ di PUSAT SUMBER TRANSPLAN NASIONAL.

Waris Digalak Derma Organ Mangsa Kemalangan Maut
KUALA TERENGGANU, 28 Nov : Waris mangsa kes-kes kemalangan maut akan digalakkan untuk mendermakan organ mangsa bagi membantu pesakit yang memerlukan pemindahan organ, kata Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesedaran Awam Pendermaan Organ Tan Sri Lee Lam Thye.

Bapak Tiri Umur 24 Rogol Anak Tiri Umur 17

Apa kejadahnya...? Bapak tiri (semasa kejadian) berumur 24 tahun, telah 'meratah' anak tirinya yang berusia 17 tahun. Isteri sang bajingan perogol ini yang juga ibu kandung sang gadis umurnya berapa yea...? Inilah bahananya apabila si ibu kepingin bersuamikan lelaki muda yang rasanya lebih layak menjadi suami anak gadis suntinya.

Rogol Anak Tiri, Mekanik Dihukum Penjara 18 Tahun, 6 Sebatan
BERNAMA
ALOR SETAR, 28 Nov : Mahkamah Sesyen di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara 18 tahun dan enam sebatan kepada seorang mekanik atas tuduhan merogol anak tirinya tiga tahun lepas. Hakim Mohd Sabri Ismail membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal membuktikan keraguan munasabah terhadap tertuduh, yang berumur 27 tahun.

LIMA GALAKSI KU

SAMSUNG Galaxy 5
GT-15503

Hari ni 28 November 2010, Alhamdulillah dah dapat handphone baru yang Encik SAMSUNG replace kerana handphone sebelum ni rosak. Handphone yang rosak masih dalam tempoh jaminan dan atas sebab 'takde spare-part' untuk model tersebut, maka pihak SAMSUNG menggantikannya dengan model Galaxy 5 ni. Terima kasih kepada Encik SAMSUNG atas perkhidmatan yang diberikan.


SAYANG... Inilah Malam Pertama Kita

Satu perkara sebagai renungan bersama. Untuk merenung indahnya malam pertama. Tapi bukan malam penuh kenikmatan duniawi semata-mata. Bukan malam pertama masuk beradu Adam dan Hawa. Justeru malam pertama perkawinan kita dengan Sang Maut. Sebuah malam yang meninggalkan esak-tangis sanak-saudara...

Hari itu, mempelai sangat dimanjakan
Kita umpama Raja
Mandipun, harus dimandikan
Seluruh badan digosok dan dibersihkan
Kotoran dari lubang hidung dan anus dikeluarkan
Bahkan lubang-lubang itupun ditutupi kapas putih

Itulah susuk tubuh kita
Itulah jasad kita waktu itu

Setelah dimandikan
Kita dipakaikan gaun cantik berwarna putih
Kain itu, jarang orang memakainya
Kerana sangat terkenal bernama Kafan
Wangian ditaburkan kebaju kita
Bahagian kepala, badan, dan kaki diikatkan
Tataplah... tataplah... itulah wajah Kita
Keranda pelaminan... langsung disiapkan
Pengantin bersanding sendirian...

Mempelai diarak keliling kampung yang dihadiri tetangga
Menuju istana keabadian sebagai simbol asal-usul
Kita diiringi langkah-longlai seluruh keluarga
Serta rasa haru para handai taulan
Gamelan syahdu bersyairkan azan dan kalimah zikir
Akad nikahnya bacaan talkin
Berwalikan liang lahat
Saksinya nisan-nisan... yang terlebih dahulu tiba
Siraman air mawar... penghantar akhir kerinduan
Dan akhirnya... tiba masa pengantin...
Menunggu dan ditinggal sendirian
Untuk mempertanggungjawab seluruh langkah kehidupan

Malam pertama yang indah atau meresahkan
Ditemani ulat dan cacing tanah
Di kamar bertilamkan tanah

Dan ketika 7 langkah telah pergi

Sang Malaikat lalu bertanya.....

Kita tak tahu apakah akan memperoleh Nikmat Kubur
Ataukah kita akan memperoleh Siksa Kubur
Kita tak tahu... dan tak seorangpun yang tahu...

Ajaran Sesat Lumpuh? Tetapi AYAH PIN Terus Berlari Ke Langit!!!

Jakim kata kegiatan ajaran sesat terhimpit dan lumpuh. Betul ke...? Mungkin hari ini lumpuh, esok lusa timbul semula. Ayah Pin, kemana menghilangnya malaun ini. Jakim dan pihak berkuasa perlu proaktif! Dalam kes Ayah Pin (kerajaan Langit), pihak berkuasa hanya dilihat bertindak setelah masyarakat mengambil tindakan sendiri dengan menyerang dan membakar perkampungan kumpulan ajaran sesat ini. Semoga kumpulan ajaran-ajaran sesat boleh terus dihapuskan agar tiada lagi yang terus terpedaya!!!

Kegiatan Ajaran Sesat Kini Terhimpit, Lumpuh - Jakim
BERNAMA
KUALA LUMPUR, 27 Nov : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yakin hasil tindakan proaktif pihak berkuasa agama negeri dan Persekutuan berjaya menyekat dan melumpuhkan gerakan dan aktiviti kumpulan ajaran sesat di negara ini. Ketua Pengarahnya Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz berkata kumpulan-kumpulan ini sekarang sukar mendapat pengikut, berikutan masyarakat yang lebih berpengetahuan, bermaklumat dan tahu mengenai kepercayaan khurafat dan sesat.

27 November 2010

AJARAN SESAT : HALAL MAKAN TULANG BABI

JALAN SONGSANG
myMetro
PUTRAJAYA : Kegiatan ajaran sesat Islam Jamaah (IJ) yang antaranya menghalalkan tulang babi dimakan dikesan bergerak semula di negara ini selepas penahanan 21 pengikutnya selepas mereka melakukan solat Jumaat di surau tanpa tauliah di Sungai Tangkas, dekat Kajang, semalam.

Kegiatan ajaran sesat yang dipercayai didalangi lelaki warga Indonesia itu menjadikan surau berkenaan sebagai markas sejak beberapa bulan lalu sebelum diserbu sepasukan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), kira-kira jam 1.40 tengah hari.

25 November 2010

ZINA PENYEBAB UTAMA HIV-AIDS

Jangkitan HIV-AIDS melalui hubungan SEKS/ZINA. Apa penyelesaian yang diambil oleh kerajaan kita? Kerajaan bakal melaksanakan sukatan mata pelajaran mengenai Kesihatan Reproduktif dan Pendidikan Sosial di semua sekolah menengah pada tahun hadapan.

OH! PENDIDIKAN SOSIAL? Bagi yang non-MUSLIM mungkin sesuailah diberikan sukatan sedemikian. Tetapi mengapa tidak merangka untuk memperkukuhkan subjek-subjek agama dan mewujudkan persekitaran yang lebih ISLAMIK agar dapat dicegah perkara yang menyumbang ke arah zina/seks bebas...? TEPUK DADA, TANYA NAJIB DAN ROSMAH MANSOR... oopppsssss!!!


LEBIH RAMAI MENGHIDAP HIV MELALUI HUBUNGAN SEKS

KUALA LUMPUR, 24 Nov : Orang ramai khasnya kaum wanita di negara ini dinasihati agar menyedari cara dan trend HIV menjangkiti mereka, kata Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Heng Seai Kie. Ini kerana kata beliau kini lebih ramai wanita dan remaja perempuan di negara kini dijangkiti HIV menerusi hubungan seks berbanding sebelum ini melalui suntikan.

Kes Sosilawati : Perayu Fail Notis Dakwa Dipaksa Buat Pengakuan Tanpa Rela

SHAH ALAM, 25 Nov : Seorang bekas pekerja ladang telah memfailkan notis usul dan afidavit sokongan bagi mengemukakan bukti baru berhubung dakwaan bahawa beliau dipaksa mengaku salah atas tuduhan melupuskan bahan bukti pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain.

K. Sarawanan, 19, yang dihukum penjara tujuh tahun atas tuduhan itu oleh Mahkamah Majistret Telok Datuk, Banting, pada 15 Okt lalu, mendakwa beliau dipukul dan diugut akan ditembak oleh polis, menyebabkan dia berbohong membuat pengakuan salah tanpa kerelaannya.
Justeru itu, dia memfailkan notis usul itu menerusi peguam A.S. Dhaliwal untuk memohon supaya Mahkamah Tinggi di sini meminda dan memperbetulkan nota keterangan atau rekod rayuan kes yang dihadapinya.

24 November 2010

ALANGKAH TIDAK MALUNYA KITA!!!!!

Setiap hari kita ketawa. Setiap hari kita jumpa kawan. Setiap hari kita dapat apa yang kita nak. Tapi... kenapa hati kita tak gembira? Kita sembahyang setiap hari. Kita berdoa selalu pada Allah. Kita mintak sungguh-sungguh pada Allah. Tapi... kenapa susah sangat doa kita nak makbul? Sedangkan Allah ada berfirman. "Berdoalah pada-KU, nescaya akan-KU kabulkan..."

Contohi Semangat Agama Semasa Di Tanah Suci - Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat

KOTA BAHARU, 23 Nov : Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat Selasa mengajak umat Islam negara ini mencontohi semangat dan nilai keagamaan sebagaimana diamalkan jemaah haji semasa di tanah suci Mekah. Katanya, mereka perlu menjadikan agama bukan hanya dalam amalan ibadah sembahyang tetapi dalam dalam segenap segi, sama ada pentadbiran, politik, ekonomi dan sosial.

"Kita mengajak semua umat Islam dipautkan dengan semangat agama sebagaimana yang dicontohi mereka semasa mengerjakan haji di Tanah Suci, di mana mereka berpusu-pusu dan berasak-asak menunaikan amalan itu tanpa mengira keselamatan diri."

"Ini menunjukkan betapa tarikan agama lebih daripada segala tarikan lain dalam kehidupan umat Islam di dunia ini," katanya kepada pemberita sekembalinya dari menunaikan haji, di lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa, dekat sini, petang Selasa. Beliau disambut hampir 1,000 penyokong dan pemimpin PAS dan pegawai kanan kerajaan, diketuai Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakub.

Nik Aziz menunaikan haji bersama Sultan Kelantan Sultan Muhammad Ke-V, pada 10 Nov dan selamat pulang ke tanah air di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam. Laungan takbir kedengaran di ruang legar lapangan terbang itu sebaik Nik Aziz berjalan ke luar dari pintu ketibaan kenamaan, pada pukul 4 petang.

Ditanya sama ada beliau sempat bertemu dengan pelajar anak Kelantan atau Malaysia di tanah suci semasa mengerjakan haji, beliau berkata tidak sempat menemui mereka secara formal. "Secara peribadi, saya ada bertemu mereka, kerana di sana masa terlalu terhad dan terpaksa melakukan ibadat solat di masjid (datang) lebih awal kerana berhadapan jutaan jemaah haji yang berasak-asak ke masjid," katanya.





GAMBAR-GAMBAR DARI FACEBOOK TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ NIK MAT

AMINULRASYID : Pegawai Penyiasat Akui Kesilapan Tidak Ambil Gambar

SHAH ALAM, 23 Nov : Seorang pegawai penyiasat polis dari unit forensik hari Selasa mengakui kesilapannya di Mahkamah Sesyen di sini kerana tidak mengambil gambar kedudukan dan keadaan mayat Aminulrasyid Amzah semasa beliau menjalankan siasatan di tempat kejadian.

23 November 2010

Mahkamah Dibawa Melawat Tempat Laluan Kejadian

Mahkamah hari ini dibawa melawat tempat kejadian di mana kenderaan kereta polis mengejar kereta yang dipandu Aminulrasyid ketika kejadian pada 26 April lalu.

Bilakah Waktu TERBAIK Untuk Makan Makanan Segera?

INFO PEMAKANAN
Jawapan TERBAIK ialah TIDAK PERLU SELALU. Sebulan sekali pun sudah memadai atau lebih kurang daripada itu. Makanan segera lazimnya rendah nutrisi dan tinggi lemak trans, lemak tepu, sodium dan kalori. Sebagai contohnya, set burger dengan keju, kentang goreng dan pai epal mengandungi kandungan lemak tepu lebih banyak daripada apa yang disyorkan oleh American Heart Association dalam masa dua hari. Sebenarnya tidak salah menikmati kentang goreng tetapi pastikan anda tidak meninggalkan amalan pemakanan sihat.

Sumber dari Majalah RAPI Bil.152

22 November 2010

Bicara Kes Kematian Animulrasyid Amzah Ditangguh Ke Esok

SHAH ALAM, 22 Nov : Mahkamah Sesyen di sini hari ini menangguhkan sehingga esok perbicaraan kes seorang koperal polis yang didakwa menyebabkan kematian Aminulrasyid Amzah, 15, dalam satu kejadian tembakan ketika remaja itu sedang memandu kereta di Seksyen 11 di sini, April lepas. Hakim Latifah Mohd Tahar membuat penangguhan itu selepas peguam Salim Bashir yang mewakili Jenain Subi memaklumkan bahawa seorang lagi peguam bela tertuduh, M. Athimulan perlu menghadiri perbicaraan kes lain di Pulau Pinang.

19 November 2010

SUARA YANG DIDENGARI OLEH MAYAT

Yang akan mengikut mayat itu ada tiga iaitu :
1. Keluarga
2. Hartanya
3. Amalnya

Dua yang kembali dan satu akan tinggal bersamanya mayat iaitu :
1. Keluarga dan Hartanya Akan Kembali.
2. Sementara Amalnya Akan Tinggal Bersamanya.

Maka ketika roh meninggalkan jasad... Terdengarlah suara dari langit memekik, "Wahai fulan anak si fulan.. Apakah kau yang telah meninggalkan dunia atau dunia yang meninggalkanmu? Apakah kau yang telah menumpuk harta kekayaan atau kekayaan yang telah menumpukmu? Apakah kau yang telah menumpuk dunia atau dunia yang telah menumpukmu? Apakah kau yang telah mengubur dunia atau dunia yang telah menguburmu?"

CINTA SENGAL : Uncle Seekers Dan Mantan Permaisuri Agong


KONTROVERSI : Cinta Uncle Seekers Dan Mantan Permaisuri Agong PART 1 - PART 7; telah disalin-tampal dengan jayanya dari blog pakcik seekers (UNCLESEEKERS.BLOGSPOT.COM) itu sendiri. Pendedahan 'berani mampos' oleh Uncle Seekers sememangnya amat mengejut berukkan sekalian beruk-beruk mahu pun ungka-ungka di dalam hutan. Hatta mawas di Zoo Negara amat tertarik dengan 'cinta monyet' yang sespesies dengannya ini.


Apakah ini sekadar cinta monyet?
Atau cinta beruk...?
Atau mungkin cinta antara enggang dengan biawak...?
Sama-sama kita tunggu segala pendedahan yang menyengalkan ini...


Cinta kambingan ini, amat mengejutkan. Permaisuri Siti Aishah amat dikagumi dan dihormati pekertinya semasa dia menjadi permaisuri al-Marhum as-Sultan Selangor sebelum ini. Bahkan auranya sebagai Permaisuri Agong yang bertudung litup amat disegani oleh sekalian rakyat jelata. AMAT MALANG dan AMAT TIDAK WAJAR sama sekali untuk KISAH CINTA tahap cinta budak-budak tadika sebegini didedahkan kepada khalayak umum.

Sudah sampai masanya untuk pihak-pihak berwajib 'membuat kerja' dan bukannya hanya sekadar MAKAN GAJI BUTA!!!

KONTROVERSI : Cinta Uncle Seekers Dan Mantan Permaisuri Agong - PART 7

PERMAISURI SITI AISHAH - PART 7

KONTROVERSI : Cinta Uncle Seekers Dan Mantan Permaisuri Agong - PART 6

PERMAISURI SITI AISHAH - PART 6
Gambar kenangan bersama aisyah, menantu, anak perempuan dan dua orang cucu uncle.
Aisyah suruh anak dan menantu saya dengan panggilan bonda

Abah (klik) atau (klik)sedang menasihati kami berdua
di rumah persinggahan kami di Janda Baik


Pertukaran nombor telefon mula bertukar...

Seperti yang dijanjikan dalam facebook saya beberapa hari yang lalu, part 6 ini adalah kisah “cinta syyhh” yang terakhir tetapi saya akan berikan gambaran ringkas motif sebenar kenapa kisah ini dipaparkan dalam 'part 7'

KONTROVERSI : Cinta Uncle Seekers Dan Mantan Permaisuri Agong - PART 5

PERMAISURI SITI AISHAH - PART 5
Adakah dato seri pikir sekiranya saya kawin dengan aisyah, otomatik saya jadi bapak tiri sultan selangor yang akan membawa gelaran "tuanku uncleseekers". dato seri.. tolong jangan buat lawak. Beta tak sanggup...he he..Ini kan semua hanya "cinta syyhh"

Hampir 95% menyuruh aku supaya segera menyiapkan part 5 dan bakinya memberi teguran agar dihentikan segera kisah “cinta syyhh” ini kerana ianya bukan saja membuka aib permaisuri tetapi diri ku sendiri!

KONTROVERSI : Cinta Uncle Seekers Dan Mantan Permaisuri Agong - PART 4

PERMAISURI SITI AISHAH - PART 4
"Cinta Syyhh" - cinta yang diamanahkan...

Pada 7hb Jun 2010 ketika aku sedang menikmati nasi goring selepas "skrip reading" filem Momok Jangan panggil aku” bersama artis AF Noni, Ekin dan pendatang baru dalam dunia filem iaitu Babyfaralia sekitar jam 4 petang, aku terima panggilan dari Aishah. "Abang di mana? Datang jumpa Aishah di Ampang Jaya…bla la bla."

KONTROVERSI : Cinta Uncle Seekers Dan Mantan Permaisuri Agong - PART 3

PERMAISURI SITI AISHAH - PART 3
"Sudah-sudah la tu bro... Lu dah sampaikan point lu... Kesianlah kat Pemaisuri... dia wanita yang baik dan dihormati. Jangan disensasikan perkara ini sampai membuka keaiban org... tak baik bro... Sebagai sahabat, gua hormat pemaisuri... gua sayang lu bro."

Subuh tadi aku terima pesanan dari seorang sahabat agar pendedahan ini dihentikan demi menjaga nama baik permaisuri. Mood aku untuk menulis bagaimana bermulanya "cinta syyhh" aku dengan aisyah terus terbantut!

Oklah… aku slow sikit untuk part 3 ni demi menjaga hati seorang sahabat.

KONTROVERSI : Cinta Uncle Seekers Dan Mantan Permaisuri Agong - PART 2

PERMAISURI SITI AISHAH - PART 2
Yang Teramat Mulia Cik Puan Besar Selangor
Datuk Amar Siti Aishah binti Dato Seri Abdul Rahman

Beberapa panggilan yang aku terima hari ini semua memuji kerana keberanian aku membongkar isu ini. Bukan kerana berani tapi kerana mencari kebenaran (to seek the truth). Ada juga yang suruh aku bersedia makan yang sedap-sedap dan main internet puas-puas kerana tak lama lagi aku akan ditahan bawah ISA! (bolehke?)

KONTROVERSI : Cinta Uncle Seekers Dan Mantan Permaisuri Agong - PART 1

Permaisuri Siti Aishah - PART 1
Yang Teramat Mulia Cik Puan Besar Selangor
Datuk Amar Siti Aishah binti Dato Seri Abdul Rahman

16 November 2010

Lenyapkan Stigma Masyarakat Terhadap Pesakit HIV

Tertarik untuk menyelitkan berita ini di sini. Buat sahabat, Ustaz Muhamad Bin Abdullah yang pernah aku kenali semasa sama-sama belajar di SMU (A) Maahad Muhammadi Lelaki, Kota Bharu. Teruskan perjuangan dan membela nasib insan-insan terpinggir terutamanya pembawa virus HIV/AIDS.

"SAYA tak malu dengan awak, jadi awak tak perlu rasa malu atau rendah diri." Ayat keramat itu sering diulang Muhamad Abdullah, 34, kepada penghuni Darul Ukhuwah setiap kali dia membawa mereka ke majlis kemasyarakatan dengan harapan ia mampu membina kembali keyakinan mereka. Sebagai tonggak utama penubuhan Rumah Perlindungan HIV Darul Ukhuwah, Muhamad bersama Yayasan Al-Ijabah mempunyai misi yang cukup ringkas namun mampu memberi 1001 makna terhadap pesakit Aids/HIV terutama yang disisih keluarga.

Pemilik Virgin Atlantic Bakal Jadi 'Pramugari' AirAsia

Khhaaaiiikkkkhhhhtttthhhuuuuiiiihhhh!!! Dah takde cara lain gamoknye nak mencari publisiti. Kalaulah aku yang jadi penumpang pesawat AirAsia yang kononnya bertuah kerana bakal dilayani oleh hartawan dan pemilik Virgin Atlantic, Richard Branson yang akan memakai sut lengkap pramugari, mahu je aku termuntah bile menengokkan dia bersut lengkap pramugari tu!!! Kalau 1st Lady 1Malaysia [Bik Mama] pakai sut pramugari, itu aku agak suka ar... hahahahahaaammmjadahhhhhhh!!!!!

CINTA SENGAL : Dibelasah Teman Lelaki Gara-Gara Menolak Cinta

SIRAM MINYAK HITAM
JOHOR BAHRU : Hasrat seorang wanita memutuskan hubungan cinta dengan kekasihnya bertukar mimpi ngeri apabila dia bukan saja dibelasah di sebuah rumah di Kulai, malah turut dimandikan dengan minyak hitam oleh teman lelakinya itu.

Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari Ahad lalu, lelaki terbabit hilang pertimbangan selepas mangsa yang tawar hati dengannya menyatakan hasrat berkenaan. Berdasarkan laporan polis, mangsa dibelasah menggunakan kayu di belakang badannya selain disepak beberapa kali sehingga tersungkur.

KES ARTIS TUA 'BERJIWA MUDA' BERKHALWAT

SEDIA FAKTA PERTUDUHAN
PUTRAJAYA : Selepas mengaku tidak bersalah ketika dihadapkan di Mahkamah Syariah pada 3 November lalu, penyanyi dan pelakon Aman Shah yang dituduh berkhalwat dengan janda beranak dua di kuarters kerajaan di Presint 15, di sini, pada 26 September lalu, bakal dibicarakan pada 12 Januari depan.

Sumber Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) berkata, beliau yakin pihak pendakwaan bersedia mengemukakan fakta berkaitan pertuduhan yang dikenakan terhadap artis lingkungan 50-an terbabit. Menurutnya, artis terbabit mengaku tidak bersalah apabila pertuduhan mengikut Seksyen 27, Akta Kesalahan Jenayah Syariah 1997 dibacakan terhadapnya.

15 November 2010

Mahkamah Tetapkan 25 Nov Dengar Rayuan Kes Lupuskan Mayat Sosilawati

SHAH ALAM, 15 Nov : Mahkamah Tinggi di sini Isnin menetapkan 25 Nov ini untuk mendengar rayuan pekerja ladang K.Sarawanan yang dipenjara tujuh tahun bagi kesalahan melupuskan mayat jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain.

Pada tarikh itu juga hakim Datuk Wira Mohtarudin Baki akan membuat semakan terhadap hukuman itu yang dijatuhkan ke atas Sarawanan dan seorang lagi pekerja ladang U.Suresh.

14 November 2010

'ANU' RAJA AZMI?

'ANU DALAM BOTOL' : PAS Mahu Penjelasan
Dewan Pemuda PAS menyatakan kekesalannya dengan penerbit dan pengarah filem terkenal Raja Azmi Raja Sulaiman yang bersungguh-sungguh ingin menayangkan filem '...Dalam Botol' yang didakwa berunsurkan tema gay. Sehubungan itu, Ketuanya Nasrudin Hassan mahukan Raja Azmi menjelaskan apakah motif utama pembikinan dan penyiaran filem berkenaan?

11 November 2010

Katak 1.3kg 'Teman Baik' Budak 5 Tahun

myMetro
PASIR MAS : Berbanding kanak-kanak seusianya yang lebih gemar memelihara burung atau kucing sebagai haiwan peliharaan, Mohd Muqri Ramli, 5, pula mempunyai minat pelik apabila menjadikan katak seberat 1.3 kilogram (kg) sebagai ‘temannya’. Menurutnya, meskipun ramai geli melihat apatah lagi memegang katak tetapi dia tidak sedikit pun berasa sedemikian kerana menganggap amfibia jinak itu sebagai comel dan tidak berbahaya.

AMINULRASYID : Inspektor Titis Air Mata

Seorang inspektor forensik sebak ketika memberitahu perbicaraan Aminulrasyid Amzah mengenai kedudukan mayat remaja yang mati ditembak oleh polis itu. Inspektor Mazli Jusoh, kemudiannya memohon kepada hakim Mahkamah Sesyen Shah Alam Latifah Mohd Tahar untuk berehat seketika untuk menenangkan dirinya.

"Boleh saya henti selama lima minit,” katanya sebelum menuju ke bilik air setelah mendapat kebenaran. Mazli, menganggotai pasukan polis pada 2000 dan dipindahkan ke unit forensik pada Julai 2007. Sebelum itu, beliau memaklumkan mahkamah bahawa kedudukan mayat Aminulrasyid amat menyedihkan dan percaya ia telah dialihkan.

MyKid TIDAK DITERIMA DI BANK, APA JAWAPAN JPN?

MyKid Kini Boleh Diperoleh Dalam Tempoh Sejam
PUTRAJAYA 11 Nov : Tempoh permohonan MyKid, kad pengenalan pintar untuk kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah, kini boleh diperoleh dalam tempoh sejam, bermula hari ini, berbanding sebulan sebelum ini. Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Seri Mahmood Adam berkata langkah inovasi terbaru Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) itu dapat memudahkan urusan ibu bapa yang mendaftarkan kelahiran anak mereka.

Katanya kad pintar, yang bertujuan memudahkan rujukan maklumat dan data peribadi kanak-kanak, diperkenalkan sebagai MyKid Ekspress, berjaya menambah baik perkhidmatan jabatan berkenaan.

"MyKid boleh dipohon oleh ibu bapa sebaik saja mendaftarkan anak mereka untuk mendapatkan sijil kelahiran dan tidak perlu menunggu lama untuk mendapatkan kad pengenalan kanak-kanak," katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Inovasi JPN di sini, Khamis. Turut hadir Ketua Pengarah JPN Datuk Alwi Ibrahim. Bagaimanapun, Mahmood berkata buat masa ini, pelaksanaan MyKid Ekspress itu hanya boleh dilakukan di ibu pejabat JPN di Putrajaya sebelum diperluaskan ke seluruh negara pada tahun hadapan.

Beliau berharap lebih ramai ibu bapa tampil membuat permohonan MyKid berikutan tempoh masa yang lebih singkat itu. "Urusan menggunakan MyKid lebih mudah kerana ibu bapa tidak perlu membawa sijil kelahiran anak mereka ketika membuat urusan di mana-mana sahaja," katanya.

.................................
Tidak perlu bawa MyKid untuk berurusan di mana-mana??? Jangan nak menipu la derrrr. Cuba bawa MyKid dan buka akaun bank untuk anak, pihak bank langsung tak pandang MyKid! Pihak bank mintak sijil kelahiran jugak la derrrr... Sepatutnya dalam cip MyKid tu dah dilengkapi segala maklumat kelahiran dan pihak bank tidak perlu lagi mensyaratkan ibubapa membawa sijil kelahiran!!!

Gelaran 'DOKTOR' Dengan Ijazah Palsu, Betul Ke Tak Tahu Atau Memang Beli Ijazah Palsu Tu?

Fazley Letak Jawatan Kerana Ijazah Palsu
PETALING JAYA : Penyanyi Fazley Yaakob (gambar) membuat keputusan melepaskan jawatannya sebagai Pengarah Eksekutif, Fazley International Collage (FIC) ekoran pendedahan Perbadanan Penyiaran British (BBC) berhubung kelayakan akademik penyanyi itu. Fazley menerusi akaun Twitter miliknya berkata, peletakan jawatan itu semata-mata untuk menjaga hubungan baik FIC dengan University of Wales, United Kingdom.

SEBARKAN : BERSATU DALAM DOA HARI ARAFAH

KUALA LUMPUR, 10 Nov : Umat Islam seluruh dunia digesa bersatu menadah tangan berdoa beramai-ramai pada jam 1800 GMT pada Hari Arafah 16 November bersamaan 9 Zulhijjah ini. Atas keyakinan 'doa adalah senjata orang Islam', muslim di seluruh dunia digesa berdoa 10 minit pada hari tersebut untuk kesatuan dan kesejahteraan ummah.

Inisiatif ini dianjurkan oleh Global Prayer 2010 for Palestin, Peace and Unity.

"Semua muslim di seluruh dunia, digesa bersatu dan mengangkat tangan bersama berdoa secara besar- besaran.
Doakan agar Allah SWT melindungi umat Islam yang dizalimi seperti di Palestin, Pakistan dan di seluruh dunia dan kembalikan keamanan," kenyataan dalam web mereka dipetik.

Selain itu, mereka juga mahu stesen televisyen, internet dan stesen radio menghebahkan perkara tersebut untuk tujuan lebih ramai menyertai Global Prayer tersebut.
"Kita khabarkan kepada semua agar boleh kumpulkan umat Islam dengan jumlah yang besar pada hari yang mulia ini untuk membantu saudara Islam kita. Bolehkah kita meluangkan 10 minit dari masa kita untuk memohon pertolongan Allah?" soalnya. Pada hari tersebut juga, umat Islam di seluruh dunia disunatkan berpuasa.

10 November 2010

AMINULRASYID - KERETA DIBAWA KE MAHKAMAH

Kereta Proton Iswara yang dipandu Aminulrasyid Amzah yang mati ditembak polis dibawa ke Mahkamah Sesyen Shah Alam, hari ini supaya pihak pendakwa, peguambela dan hakim Latifah Mohd Tahar mendapatkan gambaran lebih jelas.

Ia juga bagi memudahkan ahli kimia Saari Desa untuk menjelaskan mengenai laluan peluru yang ditemui di kepala mangsa yang berusia 15 tahun itu. Peluru tersebut ditemui ahli patologi forensik dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah di Klang.


INGIN BERKAHWIN? KOS KENDURI TINGGI? 100 PASANGAN AKAN DITAJA PERKAHWINAN OLEH KERAJAAN KELANTAN. Tarikh Tutup 15 November 2010!!!


100 pasangan ditaja untuk melangsungkan perkahwinan. Bayangkan kalau kerajaan negeri Kelantan Darul Naim mendapat HAK ROYALTI MINYAK, agaknya selamba-rock jea Kerajaan Kelantan taja 1,000 pasangan yang ingin melangsungkan perkahwinan. Terima kasih kepada pimpinan Kerajaan Kelantan yang sering hadir dengan 'idea-idea segar dan bernas' untuk kebaikan rakyat-negeri-dan negara.
..................................................

KELANTAN TAJA 100 PASANGAN KAHWIN
HARAKAHDAILY
KOTA BHARU, 9 Nov : Kelantan sekali lagi mencetus idea baru apabila menaja 100 pasangan yang akan melangsungkan perkahwinan sempena program Kahwin Perdana 2010, 25 Disember ini. Program itu akan diadakan di Dewan Besar Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan (Putik).

Sultan Kelantan dan MB Berangkat ke Tanah Suci

KOTA BHARU, 9 Nov : Sultan Kelantan, Sultan Muhammad Ke-V akan berangkat menunaikan haji ke Makkah, esok (10 Nov), kata Pengelola Istana Kelantan, Datuk Abdul Halim Ahmad. Dalam kenyataan akhbarnya, beliau berharap semoga Tuanku akan selamat berangkat dan pulang ke tanah air. "Sama-sama kita mendoakan kesejahteraan baginda,” ujarnya.

Sementara itu, Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan isteri, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak juga akan menunaikan haji tahun ini bersama baginda. Turut serta Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Aiseri Alias, Mufti Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Shukri Mohamad, dan Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Mohd Nassuruddin Daud.

Sultan Kelantan dijangka berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada jam 3.00 petang esok, manakala Tuan Guru dari Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra penerbangan pertama 6.15 pagi esok.


Tuan Guru ketika ditemui di kediamannya petang tadi berharap, rakyat seluruhnya mendoakan kesejahteraan rombongan ke Tanah Suci agar selamat pergi dan kembali.
"Tak apa tak datang (hantar) ramai-ramai pun, doa pun sudah cukup," ujarnya sambil tersenyum ceria. Sultan Muhammad Ke-V dijadualkan berangkat pulang ke negara ini pada 23 November nanti.

Harga Emas Mungkin Naik Kepada AS$2,000 Dalam Masa 2 Tahun Akan Datang - Habib Jewels

CYBERJAYA, 9 Nov : Harga emas mungkin naik sehingga AS$2,000 seaun pada masa dua tahun akan datang dengan asas yang kukuh, kata Pengarah Urusan Habib Jewels Datuk Meer Sadik Habib. "Harga tentunya meningkat walaupun dalam jangka pendek, mungkin ada sedikit pelarasan," katanya pada taklimat media di sini Selasa.

Bagaimanapun Meer Sadik berkata bagi tempoh yang lebih lama, harga mungkin naik, antara lain disebabkan oleh kelemahan dolar Amerika. "Jangka panjang adalah baik memandangkan AS mencetak wang yang banyak dan ini negatif kepada dolar AS, yang merupakan satu daripada alasan harga emas yang lebih tinggi," katanya. Pada umumnya, Meer Sadik berkata, memandangkan asasnya kekal, permintaan bagi emas masih lebih tinggi berbanding bekalan, dengan itu memberi tekanan menaik terhadap harga.

"Baru-baru ini, kita juga melihat banyak pelabur meninjau untuk membeli emas dan barang kemas. Banyak negara menyimpan emas. Negara besar seperti India dan China menyimpan kira-kira US$2 trilion rizab emas," katanya. Meer Sadik berkata beliau yakin harga, yang kini berlegar pada US$1,400, mungkin naik kepada US$1,750 pada tahun depan dan kepada US$2,000 dalam masa dua tahun akan datang.

Sebanyak 32 Lubang, Lekukan Peluru Ditemui Pada Kereta Dipandu Aminulrasyid

SHAH ALAM, 9 Nov : Mahkamah Sesyen Selasa diberitahu bahawa sebanyak 32 lubang dan lekukan peluru ditemui pada kereta yang dipandu Aminulrasyid Amzah pada hari dia dikatakan ditembak mati oleh seorang anggota polis. Ketua unit senjatapi dan kesan alat dari Seksyen Criminalistic, bahagian forensik, Jabatan Kimia, Shaari Desa berkata kesemua kesan itu ditemui semasa beliau memeriksa kereta bernombor pendaftaran BET 5023, yang diserahkan kepadanya oleh pegawai penyiasat pada 5 Mei lepas.

Saksi : Peluru Di Kepala AminulRasyid Tak Dikenalpasti

Seorang pakar tidak dapat mengenalpasti secara positif kaliber atau senjata asal peluru pada kepala Aminulrasyid Amzah, Mahkamah Sesyen Shah Alam diberitahu hari ini. Ahli kimia Saari Desa, 43, memberitahu mahkamah bahawa peluru tersebut rosak teruk sehingga beliau tidak dapat mengenalpasti senjata yang digunakan untuk menembaknya (peluru).

Biasanya, kata beliau, peluru itu boleh dikenalpasti sekiranya ia mengenai permukaan yang lembut, seperti air, di mana peluru dan jaketnya masih bersama, dan pihaknya boleh menentukan kalibernya.
Bagaimanapun, kata Saari, jika ia mengenai permukaan yang keras, seperti konkrit, jaket peluru akan pecah dan rosak, menyebabkan sukar untuk mengenalpasti senjata yang digunakan.

AMINULRASYID : Mahkamah Periksa Kereta Yang Ditembak 32 Kali

Pihak pendakwa, peguambela dan hakim Mahkamah Sesyen Shah Alam, Latifah Mohd Tahar akan mendapatkan gambaran lebih jelas mengenai kereta Proton Iswara yang dipandu Aminulrasyid Amzah, yang mati ditembak polis, apabila ia dibawa ke mahkamah esok untuk diteliti.

Ia bagi memudahkan ahli kimia Saari Desa untuk menjelaskan mengenai laluan peluru yang ditemui di kepala mangsa yang berusia 15 tahun. Peluru tersebut ditemui ahli patologi forensik dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah di Klang.

09 November 2010

BAJU DENGAN SULAMAN KALIMAH 'ALLAH'


Amat biadab apabila Kalimah 'ALLAH' dicetak/disulam pada sehelai t-shirt. Baju ini didapati dijual di sekitar Keningau, Sabah. Gambar dan maklumat mengenai penjualan baju ini diambil dari facebook milik Pusat Latihan Dakwah Keningau (PLDK), Sabah.

MADE IN INDONESIA

Seorang warga PLDK telah melihat baju ini dijual dan membelinya serta diserahkan kepada
Tuan Pengetua PLDK Ustaz Norjeli. Susulan itu, satu laporan telah dibuat oleh al-Fadhil Ustaz Norjeli kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

08 November 2010

PENCEN Dibayar Esok Sempena Hari Raya Haji

Sekadar makluman untuk ayah-ayah, ibu-ibu, datuk-datuk dan nenek-nenek atau sesiapa yang layak menerima PENCEN. Pencen akan dibayar esok sempena Hari Raya Aidil Adha.

KUALA LUMPUR, 8 Nov : Bayaran pencen akan dikeluarkan mulai esok sempena sambutan Hari Raya Haji. Menurut Jabatan Perkhidmatan Awam, waran pencen yang bertarikh antara 10 hingga 30 Nov boleh ditunaikan mulai esok.
BERNAMA

Adat Pertandingan - Ada Kalah Ada Menang

Lumrah kehidupan dan adat pertandingan. Dah namanya pun undian serta pemilihan, maka pasti ada pihak yang menikmati kemenangan dan ada pihak yang mensyukuri kekalahan mereka.

Terima kasih kepada 124 sahabat yang sudi untuk klik undian 'firasat anda' mengenai Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN GALAS, Gua Musang baru-baru ini. Firasat anda mungkin betul, namun penentunya tetap di tangan pengundi di DUN berkenaan.

Tahniah kepada calon BN yang
berjaya memenangi PRK tersebut.


BN 5,324
PAS 4,134
Undi rosak 132
Majoriti 1190 undi

SOSILAWATI HAMPIR PUTUS ASA - Tragedi Bot Karam

IBU HAMIL 4 BULAN HAMPIR PUTUS ASA
KEMAMAN [
myMetro] : "Fikiran saya ketika itu kosong. Ada ketikanya saya sudah putus asa dan hanya ingatkan mati namun atas semangat serta dorongan rakan lain, kami bertahan dan akhirnya selamat. Saya bersyukur dan berterima kasih kepada semua rakan yang membantu saya sekeluarga," kata Noraini Sosilawati Saregar Soffian, 30, seorang daripada 16 mangsa sebuah bot yang karam ketika dalam perjalanan ke Jeti Lembaga Kemajuan Ikan (LKIM), Dungun dari Pulau Tanggol, dekat sini.

07 November 2010

Najib Bersemangat Tinggi, Semakin Beransur Sembuh - Ketua Pengarah Kesihatan

KUALA LUMPUR, 6 Nov : Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersemangat tinggi dan terus menunjukkan tanda-tanda semakin sembuh, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican. Dalam satu kenyataan, beliau berkata kesan lesi akibat cacar air pulih dengan baik dan simptom gastritis telah pun dapat diatasi. "Beliau kini mengikuti diet biasa," katanya kepada Bernama.

Pakar Akrobatik Ahdli Tunjuk Persembahan Di Ekspo Cheng Hoo Di Kelantan

KOTA BAHARU, 7 Nov : Pengunjung Ekspo Cheng Hoo yang pertama kali diadakan di Kelantan berpeluang menyaksikan pakar akrobatik terkenal dunia dari China, Ahdli yang akan mengadakan persembahan di sini selama enam hari mulai 21 Nov ini. Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri, Datuk Husam Musa berkata, sebanyak 16 acara persembahan akan diadakan sepanjang ekspo itu termasuk mengayuh roda di atas tali dan pertunjukan oleh 10 anggota pasukannya termasuk wanita.

06 November 2010

MALAYSIA NEGARA ISLAM? PATUTLAH KONSERT AIR SUPPLY BERLANGSUNG DI AIDIL ADHA!!!

Tiada salahnya penganjuran konsert sekiranya ia dilaksanakan tanpa unsur-unsur menggalakkan pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan semasa ia dilangsungkan. Begitu juga halnya dengan konsert AIR SUPPLY ini, anjurkanlah di Malaysia (kerana Perdana Menteriku yang sedang sakit amat mengharapkan kehadiran penghibur bertaraf antarabangsa). Tetapi mengapa memilih tarikh untuk diadakan konsert ini di saat umat Islam meraikan Aidil Adha???!!!

Amat mengecewakan dan tidak sama sekali patut berlaku, Air Supply Love Never Ends World Tour Concert Live in Malaysia 2010 yang bakal diadakan 15 November, 16 November dan 18 November, dianjurkan semasa umat Islam di dalam sebuah negara Islam Malaysia sedang menyambut kedatangan Aidil Adha (Aidil Adha dijangka 17 November 2010).

RITA TERTEKAN ISU SAMAN

KUALA LUMPUR : "Saya tidak tahu secara terperinci perjanjian antara ibu dengan mereka. Lebih merumitkan keadaan urusan itu dikendalikan peguam ibu, (Allahyarham Ahmad Kamil Abdul Karim)." Itu komen Erni Dekritawati Yuliana Buhari, anak sulung Datuk Sosilawati Lawiya terhadap saman dikemukakan dua ahli perniagaan terhadap syarikatnya, Nouvelle Beauty Centre Sdn Bhd (Nouvelle Beauty).

KERAJAAN PERLU BERTERUS-TERANG KESIHATAN PM

KUALA LUMPUR, 6 Nov : Kerajaan sepatutnya berterus-terang dengan keadaan kesihatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Husam Musa. "Semalam, (Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri) Dr Mohd Ismail Merican berkata Perdana Menteri mungkin boleh keluar dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) hari ini."

"Walaupun kita tidak menolak kemungkinan yang dijangkakan oleh beliau, tetapi sebelum ini juga Perdana Menteri dilaporkan pulih agak cepat setelah dilaporkan semakin pulih selepas diberi minum air kelapa dan tempat tidurnya dialas dengan daun bambu.
Tetapi selepas itu, tiba-tiba dilaporkan Perdana Menteri masuk hospital pula," katanya.

03 November 2010

KES BUNUH ALONG SPOON - ANGGOTA POLIS DIHUKUM MATI

Bunuh Along : Hukuman Mati Ke Atas Anggota Polis Kekal
PUTRAJAYA, 2 Nov : Seorang anggota polis tetap menjalani hukuman mati selepas gagal dalam rayuan terakhirnya di Mahkamah Persekutuan bagi mengetepikan sabitan dan hukuman mati kerana membunuh penyanyi kumpulan Spoon, 11 tahun lalu.

Annuar Tidak Utamakan Sultan Kelantan

Kalau kau tak suka dan tak hormat dengan pimpinan kerajaan Kelantan yang diterajui Menteri Besar Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, itu dah memang hak kau sebab kau pembangkang di DUN Kelantan. Tapi SIKAP BIADAB kau membelakangkan DYMM A-Sultan Kelantan dengan terlebih dahulu membawa Piala Malaysia untuk ditunjukkan kepada suku-sakat kau dan kaugunakan piala tu untuk kepentingan politik sempit kau, itu yang aku marah. Apa kau ingat yang pergi stadium sokong pasukan Red Warriors tu orang dari parti kau jea ke...? Memang kau BIADAB dan membelakangkan Sultan!!!

HARAKAHDAILY

GUA MUSANG, 3 Nov : Presiden Persatuan Bola Sepak Amatur Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa dianggap tidak mengutamakan Sultan Kelantan kerana cuba mempolitikkan Piala Malaysia ketika kempen pilihan raya kecil Dun Galas sekarang. Sepatutnya, kalau Annuar Musa menghormati Sultan Kelantan, piala itu dipersembahkan kepada baginda dahulu sebelum diarak kepada rakyat Kelantan. Ini dibuktikan apabila piala berprestij itu dibawa ke Galas Isnin lalu pada satu majlis kempen Umno yang diadakan di Dataran Kesedar.

02 November 2010

Jual Mercun Di Perlawanan Akhir Piala Malaysia, Pekerja Kantin Sekolah Dipenjara Tujuh Tahun

Kahkahkahkahkahkahkah... JUAL MERCUN KENA 7 TAHUN PENJARA BEB!!! LUPUSKAN EMPAT MAYAT (kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya) PUN KENA 7 TAHUN PENJARA JUGAK...? Kahkahkahkahkahkahkah... Lebih-lebih plak aku gelak, kang tak pepasal dituduh menghina mahkamah... Kahkahkahkahkahkahkah... LUPUS MAYAT dengan JUAL MERCUN, mana lebih BERAT KESALAHANNYA...? LU PIKIR LA SENDIRI...!!! Kahkahkahkahkahkahkah...!!!
...............................

Jual Mercun Di Perlawanan Akhir Piala Malaysia, Pekerja Kantin Sekolah Dipenjara Tujuh Tahun
KUALA LUMPUR, 1 Nov : Seorang lelaki yang mengaku menjual mercun kepada peminat bola sepak pada perlawanan akhir Piala Malaysia di Stadium Bukit Jalil di sini Sabtu lepas, dia dijatuhi hukuman maksimum penjara tujuh tahun oleh Mahkamah Majistret pada Isnin. Majistret Abdullah Siddiq Mohd Nasir menjatuhkan hukuman itu terhadap Sh Ahmad Sh Othman, 50, selepas dia mengaku bersalah terhadap pertuduhan memiliki 95 biji mercun pelbagai jenis semasa ditahan di Stesen LRT di stadium itu pada 11 malam Sabtu lepas.

Keluarga Sosilawati Fail Saman RM60 Juta

BERNAMA

SHAH ALAM, 2 Nov : Keluarga Allahyarham Datuk Sosilawati Lawiya Selasa memfailkan saman terhadap N Pathmanabhan dan lima pekerja ladang yang didakwa terlibat dalam kes kematian jutawan kosmetik itu bagi menuntut ganti rugi RM60 juta.

Keenam-enam anak Sosilawati, iaitu Erni Dekritawati Yuliana Buhari, Erwan Suwari, Rizuwan Buhari, Md Erwan Nasri Buhari, Erni Rineelawati Buhari dan Siti Nur Fatimah Buhari memfailkan saman itu melalui Tetuan Kamarudin & Partners di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini pada 8.45 pagi.
Selain Pathmanabhan, mereka juga menamakan K Kathavarayan, R Mathan, T Thilailayagan, J Sarawanan dan U Suresh, kesemuanya pekerja ladang milik Pathmanabhan, sebagai defendan.

01 November 2010

VIRUS SUPERBUG, ANCAMAN BARU?

Jangan Panik Dengan Laporan Mengenai Superbug - Liow
SANDAKAN, 30 Okt : Rakyat Malaysia tidak perlu panik dengan laporan mengenai kes 'superbug' pertama yang dikesan pada seorang wanita berusia 24 tahun, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai. Beliau berkata pesakit tersebut merupakan satu-satunya pembawa bakteria yang kebal kepada hampir semua antibiotik itu, dan dia telah sembuh selepas menerima rawatan daripada sebuah hospital.

"Kami telah mengeluarkan bakteria berkenaan dari tubuhnya dan ia tidak berjangkit kepada pekerja kesihatan atau pesakit lain," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Program Karnival Kesihatan di Klinik Desa Karamunting di sini Sabtu.

Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat, superbug atau nama saintitiknya, NDM-1 (New Delhi metallo-lactamase-1), ialah sejenis enzim yang mampu memusnahkan hampir semua antibiotik serta menjadikan mereka tidak berkesan.

Berikutan pengesanan kes pertama itu, Liow berkata semua hospital dan klinik telah diarah mematuhi secara ketat, garis panduan dalam pemberian antibiotik kerana bakteria berkenaan kebal terhadap ubat berkenaan dan boleh membiak.

Mula dikesan di India dan Pakistan, superbug dilaporkan telah mengakibatkan kematian seorang lelaki Belgium selain menjangkiti beberapa orang lagi dari Britain, Australia dan Amerika Syarikat yang berkunjung ke kedua-dua negara untuk melakukan pembedahan. Mangsa dari Belgium dilaporkan dijangkiti bakteria itu selepas menerima rawatan sebuah hospital di Pakistan untuk kecederaan di kaki akibat kemalangan kereta.

PIALA MALAYSIA - Kerajaan PAS Rakam Tahniah

GUA MUSANG, 31 Okt : Kerajaan PAS Kelantan rakam ucapan tahniah kepada pasukan bola sepak The Red Warriors di atas kejayaan menjulang Piala Malaysia selepas menewaskan Negeri Sembilan 2-1 malam tadi. Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah berkata, dengan kemenangan itu sekali gus Kelantan berjaya menebus kekalahannya di tangan Negeri Sembilan 1-3 pada saingan akhir musim lepas.

"Tahniah kepada pemain yang telah berusaha bersungguh-sungguh sehingga dinobat sebagai juara siri perlawanan bola sepak Piala Malaysia yang sememangnya menjadi idaman rakyat selama masa," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Katanya lagi, kemampuan Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa telah mencipta sejarah baru arena bola sepak negeri ini.

7 MAUT - Tiada Gunanya Memaafkanmu

Senang mengungkapkan maaf. Tetapi nasi telah menjadi bubur. Ungkapan maaf itu tak mampu mengembalikan mangsa yang maut dalam kemalangan tempoh hari. Pihak berkuasa, sila jalankan tanggungjawab anda!!! JANGAN HENDAKNYA KES INI MENJADI SEPERTI LAGU 'BANGAU OH BANGAU'!!! Masing-masing menyalahkan pihak lain untuk menutup salah sendiri...!!!

Pemandu Bas Minta Maaf Kepada Keluarga Mangsa
KUALA LUMPUR, 31 Okt : Pemandu bas yang terlibat dalam kemalangan di Kilometer 38 Genting Sempah yang meragut tujuh nyawa Jumaat lepas, memohon maaf secara terbuka kepada semua pihak, terutama keluarga mangsa yang terlibat dalam nahas itu. Menyesali dan mengakui kesilapannya, pemandu bas berusia 36 tahun itu mendakwa kemalangan ngeri itu berpunca daripada brek bas yang rosak.
Related Posts with Thumbnails