VVIP DENAI CINTA

16 Oktober 2010

Rayuan Amy Search Ditolak - DIPERINTAH BAYAR RM18,000

KUALA LUMPUR : Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) di sini, semalam, menolak rayuan penyanyi Amy Search terhadap keputusan hakim Mahkamah Sesyen yang meneruskan perbicaraan saman seorang kanak-kanak berusia empat tahun melecur di bahagian belakang selepas terkena tomyam panas ketika makan malam, di Restoran Cheng Ho milik penyanyi itu.

Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas), Hadhariah Syed Ismail memutuskannya ketika menolak dengan kos rayuan Amy dalam kes saman Nik Muhammad Zakwan yang diwakili bapanya Nik Zahir Nik Mohd Idris terhadapnya (plaintif). Hadhariah berkata, hakim Mahkamah Sesyen tidak terkhilaf sebarang prinsip undang-undang dan kanak-kanak itu berhak meneruskan tindakan saman terhadap Amy.

Amy atau nama sebenarnya, Suhaimi Abdul Rahman, 51, diwakili peguam Ahmad Zaharil Muhaiyar manakala plaintif diwakili peguam Adnan Seman @ Abdullah. Penyanyi itu mengemukakan rayuan selepas tidak berpuas hati dengan keputusan Hakim Sabariah Othman meneruskan perbicaraan kes saman itu sehingga menyebabkannya dia diperintah membayar ganti rugi RM18,000 kepada plaintif.

Pada 30 April lalu, Sabariah dalam keputusannya berkata, Amy selaku majikan mempunyai liabiliti terhadap kecuaian pekerjanya menyebabkan kecederaan terhadap Nik Muhammad Zakwan. Sabariah memerintahkan Amy membayar ganti rugi am berjumlah RM8,000 bagi tiga peratus kecederaan dialami Nik Muhammad Zakwan membabitkan kebakaran tahap satu dan dua, serta ganti rugi spesifik sebanyak RM10,000 kos rawatan pemulihan.

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails