VVIP DENAI CINTA

31 Oktober 2010

GO MORE KELATE GO MORE!!!

ALHAMDULILLAH, akhirnya tertunai jua hasrat pencinta dan peminat bolasepak negeri Kelantan Darul Naim untuk melihat pasukan ini menjulang piala paling berprestij dalam arena bolasepak tempatan iaitu PIALA MALAYSIA.

SEJARAH DILAKAR malam tadi apabila Kelantan membenam juara bertahan Negeri Sembilan dengan keputusan 2-1. Semoga akan ada kesinambungan agar pasukan Kelantan terus menguasai arena bolasepak tempatan seterusnya menyuntik serta menyemai 'benih' dan bakat baru bagi mewarnai pembangunan bolasepak negeri dan negara.

..................................

Kelantan Catat Sejarah, Muncul Juara Piala Malaysia 2010
KUALA LUMPUR, 30 Okt : Kelantan melakar sejarah negeri apabila buat julung kali menjulang Piala Malaysia, setelah menewaskan juara musim lepas Negeri Sembilan 2-1, pada perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil di sini Sabtu malam.

Kemenangan itu turut menebus kehampaan tewas 1-3 kepada Negeri Sembilan pada saingan akhir piala paling berprestij Liga Malaysia itu musim lepas, selain menamatkan kemarau selama 55 tahun sejak kali pertama Kelantan mara ke pusingan akhir pada 1955, ketika piala tersebut dikenali sebagai Piala H.M.S Malaya.


Negeri Sembilan memperolehi gol pertama seawal minit ke-13 menerusi sepakan penalti yang disempurnakan oleh Shahurain Abu Samah. Pengadil perlawanan Subkhiddin Mohd Salleh memberi sepakan itu kepada Negeri Sembilan setelah penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat menjatuhkan S. Kunalan dalam kotak penalti.

Negeri Sembilan terus mengasak pintu gol Kelantan menerusi beberapa serangan namun gagal menembusi kekentalan benteng lawan yang dibarisi Mohd Daudsu Jamaludin, Mohd Farisham Ismail dan Rizal Fahmi Abdul Rosidi.

Bersambung babak kedua, 'The Red Warriors' yang ditemani sekurang-kurangya 60,000 penyokong terdesak untuk mencari gol dan melakukan beberapa asakan yang akhirnya membuahkan gol penyamaan pada minit ke-57. Hantaran luar Norshahrul Idlan Talaha tidak disia-siakan Hairuddin Omar yang menanduk dan merobek gol Negeri Sembilan.

Kelantan semakin garang apabila Mohd Badri Mohd Radzi menambah jaringan pada minit ke-65 hasil hantaran cantik Mohd Norfarhan Muhamad. Ketiadaan tonggak utama Mohd Aidil Zafuan Abdul Razak yang terpaksa dikeluarkan selepas mengalami kecederaan menyebabkan Negeri Sembilan semakin tertekan apabila ketinggalan 1-2.

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails