VVIP DENAI CINTA

19 September 2010

Pembantu Rumah Dakwa Dipukul, Didera Secara Fizikal Dan Seksual

GEORGETOWN [mStar Online] : Seorang pembantu rumah warga Indonesia berusia 26 tahun yang cedera akibat melecur di belakang badan dan dadanya, mendakwa didera secara fizikal dan seksual oleh majikannya sejak lebih empat bulan lepas. Lebih teruk lagi, mangsa mendakwa dipukul di kepala, tangan dan kakinya dengan tali pinggang sebelum ditinggalkan di Taman Cenderawasih, Nibong Tebal dekat sini Ahad lepas.

Polis turut mendedahkan laporan perubatan menunjukkan terdapat koyakan pada kemaluan pembantu rumah itu dan percaya dia mungkin dirogol oleh majikannya, seorang kontraktor memotong rumput berumur 41 tahun, yang tinggal di sebuah pangsapuri di Jelutong.


Dipercayai isteri kontraktor itu akan memukul pembantu rumah dikenal pasti sebagai Wifainda dari Jawa Timur itu jika dia enggan memenuhi keperluan seksual majikannya itu.
Ketua Polis Daerah George Town, Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata, sehubungan itu polis menahan sepasang suami isteri pada 9.15 malam, Sabtu.

Katanya, turut dirampas sehelai comforter dan cadar dari rumah itu yang dipercayai mempunyai kesan air mani.
"Pembantu rumah itu kini dirawat di Hospital Pulau Pinang kerana mengalami kecederaan di tangan dan kaki serta luka melecur di belakang dan dadanya," katanya kepada pemberita.

Dalam pada itu, Kok Meng memberitahu, mangsa pada awalnya tidak dapat mengenal pasti pangsapuri majikannya di Jelutong.
Tambahnya, polis terpaksa mengambil masa selama tiga hari dengan mengambil gambar pangsapuri-pangsapuri di Jelutong sebelum mangsa mengenal pastinya.

"Sebaik sahaja apartmen berkenaan dikenal pasti, kami bertanyakan kepada penduduk di kawasan perumahan dan mengenal pasti suspek," katanya.
Katanya polis telah memaklumkan Kedutaan Indonesia mengenai kes itu yang disiasat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan iaitu menyebabkan kecederaan parah dan mengikut Seksyen 376 kanun yang sama iaitu rogol.

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails