VVIP DENAI CINTA

13 September 2010

PANAS : Wajah Sebenar 'Dua Suspek Utama' Kes Bunuh Sosilawati Terbongkar, Soalnya Kenapa Identiti Mereka Semua Masih Dirahsiakannya!!!

Sudah beberapa hari suspek utama kes pemunuhan ngeri jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain dijejaki. Malah, suspek yang dipercayai merupakan seorang 'Peguam yang bergelar Doktor', adiknya serta enam yang lain telah pun dikenalpasti. Biarpun ia masih belum 'disahkan', namun umum mengetahui bahawa kesemua suspek bukanlah berbangsa Melayu sebaliknya India. Tambahan mula terdapat banyak laman blog yang menyiarkan wajah sebenar suspek ketika ditahan oleh pihak polis.

Anehnya, media arus perdana terutamanya UTUSAN MALAYSIA masih 'berselera' untuk merahsiakan identiti suspek kepada umum. Kenapa ini berlaku? Apakah dek kerana suspek mempunyai hubungan cukup rapat dengan kepimpinan UMN
O BN Selangor, maka identiti beliau yang sebenarnya perlu dirahsiakan.

Sedangkan, dalam kes-kes sebelum ini setiap suspek yang berjaya diberkas pasti akan didedahkan identitinya oleh pihak terbabit. Malah, mereka masih gemar membuat rakyat tertanya-tanya dalam setiap kenyataan yang dibuat. Antaranya, masih menggunakan
"suspek yang dikehendaki" tanpa memberitahu identiti sebenar.

Malah dalam laporan Utusan Malaysia hari ini, jelas mengatakan "Empat suspek termasuk seorang peguam bergelar Datuk ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes kehilangan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya bersama tiga yang lain sejak 30 Ogos lalu. Suspek yang berusia 41 tahun itu merupakan suspek paling dikehendaki, dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur pada pukul 1.40 petang dari Balai Polis Bukit Jalil di sini untuk disoal siasat. Turut ditahan reman untuk tempoh yang sama ialah tiga lagi individu termasuk seorang yang dipercayai adiknya yang disyaki terlibat dalam kes tersebut", lapor muka depan akhbar arus perdana terbabit. Soalnya, kenapa mahu dirahsia sedangkan maklumat tentang suspek sudah pun dibocorkan.

Kenapa Begitu Sukar Dedahkan Identiti Suspek

Soalnya sekarang, kenapa begitu sukar untuk pihak terbabit 'melaporkan identiti suspek' berkenaan. Kesukaran ini menimbulkan kemusykilan dan keraguan, seolah-olah ada perancangan lain yang mahu dibuat terhadap kes ini.

Mungkinkah akan berlaku lagi kehilangan
'Rekod perjalanan ke Malaysia' seperti yang berlaku terhadap Altantunya Shaariibuu dulu agaknya? Atau mungkinkah ada orang lain yang akan dijadikan 'kambing hitam' sebagai suspek utama kes ini, akhirnya suspek utama terlepas. Ini sesuatu yang menarik untuk diperkatakan sebenarnya.

Soalnya juga, apakah istilah
'suspek paling dikehendaki'... masih boleh digunakan terhadap 'suspek yang sudah mengaku melakukan pembunuhan tersebut dan telah menunjukkan tempat mereka melakukan perbuatan jenayah itu'. Sedangkan segala bukti-bukti kukuh jelas mengaitkan mereka dengan kes berkenaan.

Wajarkah kes seperti ini perlu dirahsiakan kepada umum? Kenapa pihak polis begitu sukar untuk mendedahkan identiti suspek kepada pihak media. Mereka telah melakukan siasatan dengan cepat terhadap kes ini, tetapi masih terlalu lambat untuk umumkan identiti suspek kepada umum.


Ia menyebabkan umum tertanya-tanya tentang siapakah rakyat Malaysia yang tergamak melakukan perbuatan sedemikian rupa. Dasyat dan kejam!. Itulah gambaran yang boleh kita huraikan terhadap kes ini. Mereka rupanya belajar tektik membunuh daripada apa yang terjadi terhadap kes Altantunya suatu ketika dulu.


Inilah wajah sebenar dua suspek utama kes pembunuhan Sosilawati itu

[Justeru itu, rakyat amatlah berharap agar pihak terbabit lebih jujur melaporkan berita. Kenapa perlu disembunyikan jika memang benar mereka semua suspek yang paling dikehendaki. Rakyat ingin tahu, bagaimanakah seorang suspek kes jenayah boleh mendapat anugerah 'Datuk' dengan begitu mudah dalam usia yang muda.

Malah, kita juga terkejut dengan pengakuan suspek bahawa memang sudah ada beberapa siri pembunuhan yang sama di kawasan terbabit sebelum ini. Masalahnya, kenapa pihak polis gagal menjalankan siasatan andainya ada laporan kehilangan seperti yang berlaku terhadap Sosilawati Lawiya ini?


Maknanya, penjenayah itu memang mempunyai satu kumpulan pembunuh yang sudah diupah bagi menamatkan riwayat sesiapa sahaja yang tidak bersetuju atau menjadi musuh perniagaan mereka. Bukankah ini tidak sepatutnya berlaku di zaman moden ini.


Tambahan pula di saat-saat Ketua Polis Negara, Musa Hassan pencen semalam. Agaknya, inilah hadiah paling istimewa sempena persaraan KPN yang telah gagal melaksanakan tanggungjawab beliau selama ini. Semua ini menimbulkan persepsi buruk kepada rakyat sekarang]. - PAHANG DAILY ONLINE

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

indentiti suspek tak didedahkan sebab dia hanya suspek (okt= orang kena tuduh) bukan org yang dah dituduh yg dah dijatuhi hukuman oleh mahkamah..

Related Posts with Thumbnails