VVIP DENAI CINTA

18 September 2010

IBU JACKO SAMAN PENGANJUR KONSERT

NEW YORK - Ibu kepada Michael Jackson memfailkan saman terhadap penganjur konsert, syarikat AEG Live yang bertanggungjawab mengadakan konsert penyanyi itu, tahun lalu. Katherine Jackson mendakwa syarikat itu gagal menyediakan alatan perbuatan yang diperlukan, dan gagal memantau doktor peribadi anaknya itu.

Dalam saman yang difailkan di Mahkamah Los Angeles itu, Katherine mendakwa AEG bertanggungjawab terhadap tindakan yang dilakukan oleh doktor peribadi penyanyi itu, Dr Conrad Murray. Katerine menuntut sejumlah pampasan daripada syarikat itu dan mendakwa AEG meletakkan 'keinginan mendapatkan keuntungan besar' melebihi kesihatan ikon pop dunia itu.

Bagaimanapun, AEG menolak tuduhan itu dan mendakwa saman itu tidak tepat kerana syarikat itu tidak pernah melantik atau memilih Murray, yang menjadi doktor peribadi Jackson sejak beberapa lama. Jackson meninggal dunia akibat pengambilan ubat pelali secara berlebihan pada 25 Jun tahun lalu, tiga minggu sebelum beliau memulakan siri jelajah 50 konsert di London.

Murray, yang membekalkan ubat pelali tersebut kepada Jackson, mengaku tidak bersalah atas tuduhan membunuh tanpa niat Conrad Murray dan sedang menunggu untuk dibicarakan.

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails