VVIP DENAI CINTA

14 September 2010

EMPAT REKOD JENAYAH SUSPEK SOSILAWATI, MENGAPA TIADA TINDAKAN?

TV SELANGOR.COM
13 Sept : ‘Kecekapan’ seorang peguam bergelar Datuk - suspek utama kes pembunuhan Datuk Sosilawati, yang terlepas dari sebarang pendakwaan walaupun terbabit dalam empat kes jenayah sebelum ini, menimbulkan pelbagai persoalan. Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pusat, Shamsul Iskandar Mohd Akin hairan mengapa tiada tindakan dilakukan terhadap peguam berkenaan yang memiliki empat rekod berkaitan kes kehilangan individu lain.

Bagi beliau, ia menimbulkan persoalan sama ada wujud pertalian hubungan antara suspek dengan pimpinan tertinggi polis atau pentadbiran Polis Diraja Malaysia yang lemah sepanjang kepimpinan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Bakri Zinin menyatakan seorang peguam berusia 41 tahun berpangkat 'Datuk' yang menjadi suspek utama kes kehilangan Sosilawati bersama tiga yang lain itu pernah terlibat dalam empat lagi kes kehilangan orang.

"Kita berasa hairan 'Datuk' ini yang dikatakan ada rekod jenayah yang sama, tidak diambil tindakan untuk menghalang daripada berlaku. Datuk ini, apakah ia mempunyai kaitan dengan orang politik atau ada kaitan dengan tokoh tertentu dalam polis. Saya rasa itu merupakan persoalan yang perlu dijawab oleh pasukan keselamatan sendiri," kata Shamsul Iskandar kepada TV Selangor.

Lebih-lebih lagi, PDRM ketika dipimpin Musa Hassan kerap dikritik lantaran dakwaan hubungannya dalam jenayah berprofil tinggi termasuk kegiatan kongsi gelap dan salah laku orang kenamaan. Sehingga tempoh persaraannya, bekas Ketua Polis Negara itu gagal membersihkan namanya dari dakwaan yang tersebar melalui internet, malah tidak mengambil sebarang tindakan perundangan.

"Dari segi KPI untuk ketua polis negara, proses pertukaran ini sepatutnya sudah lama dibuat. Saya percaya kerana dari pelbagai sumber, tidak keterlaluan saya katakan sudah menjadi satu rahsia umum mengenai keterlibatan pimpinan kanan polis... tidak terkecuali Tan Sri Musa Hassan terlibat dalam kegiatan jenayah berprofil tinggi termasuk melibatkan diri dengan gangster dan kongsi gelap," katanya.

Sehubungan itu, Shamsul Iskandar meminta polis kembali kepada asas penugasan iaitu membanteras jenayah dan menjaga keamanan serta ketenteramana awam, bukannya mengekori pemimpin politik pembangkang untuk mencari salah.

"Pada saya sudah sampai masanya pasukan polis mengurangkan tumpuan dan fokus mereka daripada menjaga aktiviti politik yang kita lihat sekarang ini pasukan polis menjadi perkakas kepada Umno Barisan Nasional. Tumpuan sepatutnya diberi untuk menurunkan kadar jenayah di negara kita," katanya.

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails