VVIP DENAI CINTA

13 September 2010

3 Gadis Hilang Selepas Berhari Raya

Dalam kita bergembira meraikan Aidilfitri, kita seharusnya tidak lupa untuk memastikan keselamatan diri, keluarga, serta insan tersayang agar perkara-perkara buruk dapat dielakkan. Jenayah boleh berlaku di mana sahaja. Jenayah tidak mengenal dan memilih mangsanya.

Bagi keluarga yang memiliki anak-anak perempuan terutamanya remaja. Wajar memantau sekiranya anak-anak remaja ini ingin keluar berhari raya. Kebebasan boleh diberikan namun biarlah ia ada batasannya.

.........................................
3 Remaja Perempuan Hilang Selepas Beraya Di Rumah Rakan
IPOH, 13 Sept [BERNAMA] :
Dua beradik kembar perempuan dan seorang rakan mereka dilaporkan hilang selepas beraya di rumah kawan mereka di Kampar, kira-kira 45 km dari sini, pada hari raya kedua Sabtu lepas.

Ketua Polis Daerah Kampar, Supt Abdul Aziz Salleh berkata mereka dikenal pasti sebagai Nurulashiqin Kamarazmi dan kembarnya Nurulain dan rakan mereka Suhaily Abdul Razak, masing-masing berusia 14 tahun berasal dari Taman Sentosa, Kampar.


Mereka bertiga dikatakan pergi beraya di rumah rakan-rakan di sekitar Kampar pada pukul 11 pagi tetapi tidak pulang sehingga pukul 11 malam pada hari sama, katanya kepada Bernama ketika dihubungi Isnin. Katanya ibu dua beradik kembar itu, Harliza Samah, 44, membuat laporan polis mengenai kehilangan mereka.

Abdul Aziz berkata ketiga-tiga remaja itu bersekolah di Sekolah Menengah Sentosa, Pekan Baru, Kampar.
Sementara itu, Harliza berkata anaknya meminta izin keluar pada hari raya kedua untuk mengunjungi rumah rakan-rakannya.

"Mak cik telefon mereka pada pukul 11 pagi dan mereka menjawab masih berada di pekan Kampar bersama rakan-rakan dan sekali lagi menghubungi mereka pada pukul 3 petang dan 7 petang, tetapi mereka tidak menjawab sehingga pukul 11 malam, lalu membuat laporan polis", katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails