VVIP DENAI CINTA

28 Ogos 2010

Apa Problemo Artis Jutawan Ini? : KEPUTUSAN PENJARA AC MIZAL 28 OKTOBER

27 OGOS 2010 HARIAN METRO
KAJANG : Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, di sini, semalam, menetapkan 28 Oktober depan untuk memutuskan sama ada pengacara popular AC Mizal atau Mizal Zaini dikenakan penjara atau tidak selepas bekas isterinya memfailkan permohonan komital (perintah memenjarakan) berikutan kegagalannya mematuhi pembayaran nafkah dua anak mereka.


Hakim Syarie Abdul Halim Abdullah menetapkan tarikh itu selepas pihak AC Mizal, 38 yang diwakili peguam syarie, Siti Aishah Din dan bekas isterinya, Shafnie Zainuddin, 37, yang diwakili peguam syarie syarie, Mohd Ridhwan Husin mengemukakan hujah bertulis masing-masing terhadap permohonan itu, semalam.

Sebelum ini, mahkamah yang sama menetapkan hari ini bagi membolehkan sebarang penyelesaian direkodkan (jika ada) atau kedua-dua pihak mengemukakan hujah masing-masing.
Dalam prosiding sebelum ini, Shafnie tidak bersetuju dengan tawaran penyelesaian yang dikemukakan AC Mizal yang didakwa sebagai tidak munasabah dan memohon tempoh bagi membolehkan pihaknya menelitinya terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan.

Shafnie (plaintif) sebelum ini membuat permohonan komital (perintah memenjarakan) terhadap AC Mizal (defendan) selepas dia gagal mematuhi pembayaran nafkah dua anak serta gagal menghantar dokumen kewangan syarikat seperti diperintahkan mahkamah.

AC Mizal berhadapan hukuman dipenjara enam bulan atau denda tidak melebihi RM2,000 berikutan kegagalannya membayar tunggakan nafkah dua anak lelakinya berjumlah RM50,000. Plaintif mempunyai dua cahaya mata, Muhammad Shafiq Iman, 12, dan Muhammad Shabil Iman, 9 tahun, hasil perkongsian hidup dengan defendan.

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails