VVIP DENAI CINTA

01 Julai 2010

Pelakon Wanita Terkenal Kemalangan - Pejalan Kaki Maut

Jln KL-Ipoh
berhampiran Pasar Borong Selayang
Kuala Lumpur
30 Jun 2010
12-15 tengahari

"Saya benar-benar terkejut apabila wanita itu
langsung tidak melihat kiri-kanan
dan terus melintas di hadapan kereta saya."


"Saya tidak sempat mengelak kerana kejadian
berlaku terlalu pantas. Saya amat sedih dengan
kejadian yang berlaku dan simpati kepada keluarga mangsa"



Itu antara luahan kata-kata dari pelakon drama terbabit
ketika saya temui di lokasi kejadian.


Apa yang pasti, pelakon wanita itu benar-benar trauma
dan terkejut dengan apa yang berlaku malah dia
kelihatan pucat dan tidak bermaya.


Kemalangan berlaku kira-kira jam 12-15 tengahari tadi
di laluan Jalan Kuala Lumpur - Ipoh berhampiran
Pasar Borong Selayang arah Kuala Lumpur.


Kemalangan berlaku apabila seorang wanita warga emas
warga Myanmar melintas di laluan yang sentiasa sibuk ini.


Mangsa yang tercampak ke arah cermin hadapan sebelah penumpang,
maut di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.


Dramatis Juhara Ayub, 36 tahun dalam perjalanan ke tempat kerjanya di
Akademi Seni, Budaya dan Warisan Kebangsaan ,Aswara di Kuala Lumpur.


Juhara bertugas sebagai Kordinator di Aswara. Sebaik kemalangan berlaku,
Juhara segera menelefon suaminya yang bergegas ke tempat kejadian.


Keadaan menjadi lebih mengharukan apabila anak perempuan
kepada mangsa dan juga beberapa rakan warga Myanmar, tiba di lokasi.


Anaknya menangis dan meratap kematian ibunya, bagaimanapun
saya tidak berapa faham apa yang diperkatakan ketika
saya cuba menanyakan kepadanya.



Apa yang saya faham dari tutur katanya, ibunya dari pasar
dan hendak pulang ke rumah dengan melintas jalan.


Laluan ini memang terkenal dengan kemalangan maut
membabitkan warga asing yang melintas jalan yang sentiasa sibuk.


Jejantas pejalan kaki terletak jauh dari lokasi ini.

DISALIN-TAMPAL DARI BLOG
ONDSCENE

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails