VVIP DENAI CINTA

31 Julai 2010

KEMPEN 10 JUTA TANDATANGAN BANTAH SAMAN EKOR

KUALA LUMPUR, 30 Julai : Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) akan menggerakkan satu kempen memungut sepuluh juta tandatangan rakyat bagi membantah tindakan kerajaan meneruskan saman ekor terhadap pengguna jalan raya. Menurut ketuanya, Nasruddin Hassan at-Tantawi, semua jentera pemuda seluruh negara akan dikerah bagi memastikan kempen tersebut sampai ke semua lapisan masyarakat.

"DPPP akan menggunakan seluruh keupayaan jentera kita di semua peringkat untuk mendapatkan sepuluh juta tandatangan rakyat yang tidak bersetuju dengan saman ekor," katanya ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

29 Julai 2010

SKIM CEPAT KAYA TIPU ANAK MUDA TUMPAS!!!

Nak digelakkan, kesian pulak rasenye. Tapi itulah yang terjadi kepada bangsa kita yang amat mudah ditipu dan terpana dengan kemewahan. Suka berkereta besar (mewah) dan amat teruja untuk memiliki wang ringgit berkepuk-kepuk...!!!

Inilah bahananya apabila terlalu inginkan kemewahan kononnya dengan cara yang mudah dan senang 'tanpa menjual produk'. Kepada sahabat-sahabat yang terjerumus ke lembah hina ini, banyak-banyakkanlah bersabar dalam melangsaikan hutang pinjaman yang telah dibuat untuk melabur di dalam skim cepat kaya ini...

UMPAN KERETA MEWAH
Antara kereta mewah yang dirampas dalam
serbuan di Mentari Court, Bandar Sunway.

PETALING JAYA : Polis menumpaskan satu sindiket skim cepat kaya yang mensasarkan golongan muda berikutan penahanan 100 orang termasuk seorang wanita berusia 23 tahun, dipercayai dalang kumpulan itu.

Dalam serbuan di empat restoran di Mentari Court, Bandar Sunway di sini, kira-kira jam 11 malam kelmarin, polis turut merampas 17 kereta mewah termasuk Mercedes Benz, Nissan Fair Lady, BMW dan Mazda yang dijadikan umpan untuk menarik orang ramai menyertai skim itu.

28 Julai 2010

SEKS : PENZINAAN DI KALANGAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH

Hamil : Di mana Kejujuran Pemimpin, Ulama Kerajaan
KUALA LUMPUR, 27 Julai :
Isu pelajar mengandung, pengguguran dan pembuangan bayi telah meresahkan keharmonian masyarakat dan menunjukkan musnahnya institusi kekeluargaan negara, kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Abu Bakar Chik.


Justeru itu, katanya PAS menggesa masyarakat agar mengambil langkah-langkah bagi melaksanakan perintah amar maaruf dan nahi mungkar dengan sebaiknya dan menggesa rakyat, khususnya umat Islam menunaikan amanah dengan memilih kerajaan yang jujur dalam menegakkan kesejahteraan dan keadilan rakyat.


"Perlu diingatkan bahawa undang-undang Islam dan feqah Islam mampu bagi menangani isu-isu sebegini," ujarnya yang juga Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Pusat dalam satu kenyataan hari ini.

20 Julai 2010

PENIPUAN DI FACEBOOK : NURUL GERSANG, AZHAR TERANSANG!!!

Nurul Gersang Pasang Jerat Di Facebook - Berita Hairan
KEPALA BATAS : Seorang gadis yang menamakan dirinya 'Nurul Gersang', dikesan menggunakan Facebook bagi menawarkan diri untuk menjadi teman tidur sebagai helah untuk menjerat mangsa. Gadis berusia 20-an itu memuatkan nombor telefon dalam laman sosial terbabit serta mempamerkan gambar seksi bagi menawan mangsa.


Apabila ada individu menghubunginya, dia akan bertanya 'nak booking ke' sebelum meminta 'bakal' pelanggan memasukkan sejumlah wang ke dalam akaun miliknya sebagai syarat bertemu. Bagaimanapun, gadis berkenaan memberi pelbagai helah apabila tempoh temu janji ditetapkan tiba, walaupun wang sudah dimasukkan ke dalam akaunnya.

19 Julai 2010

AHLI PERNIAGAAN (DIKAITKAN DENGAN PM) BERSAMA PARIS HILTON

KUALA LUMPUR, 19 Julai : Nama Malaysia sekali lagi tercetak dalam media Perancis baru-baru ini apabila seorang ahli perniagaan Malaysia yang rapat dengan pihak berkuasa dikatakan bersama artis barat Paris Hilton ketika beliau ditahan kerana memiliki dadah marijuana.

Ah! Undang-Undang Ciptaan Manusia Memang GAMPANG!!!

Undang-undang ciptaan manusia memang gampang!!! Gampang kalau dalam bahasa Indonesia, maksudnya 'senang'. Tapi apabila diguna-pakai di Malaysia, ia membawa maksud 'sial'!!!

Mengapa aku mengatakan undang-undang ciptaan manusia itu gampang dan sial...? Sial kerana ia sebagaimana sifat manusia itu yang tidak sempurna, mereka-cipta sendiri undang-undang untuk mengawal manusia sehinggakan sanggup mengenetepikan undang-undang yang termaktub dalam al-Qur'an.

Mana mungkin manusia dapat mencipta dan menggariskan undang-undang sesempurna yang telah disediakan oleh Allah swt Tuhan Seru Sekalian Alam...!!! Apabila manusia menggunapakai undang-undang tidak berlandaskan SYARIAH, maka kita akan melihat sekian banyak kecelaruan berlaku. Hukuman yang tidak setimpal. Hukuman yang tidak relevan!!! Pesalah terlepas dan ada masanya yang tak bersalah terhukum!!! Yang berkuasa memiliki segalanya untuk melepaskan diri sedangkan yang lemah akan terus tertindas serta terhukum kerana tiada daya upaya untuk 'membeli' kebebasan!!!

16 Julai 2010

PAKEJ KENAIKAN HARGA BARANGAN ISTIMEWA UNTUK RAKYAT MENJELANG RAMADHAN DAN SYAWAL. TERIMA KASIH PM 1Malaysia!!!

5-Dalam-1 : Harga petrol, diesel, gula dan gas naik
15 Julai 2010 : Harga petrol, diesel, gula dan Petroleum Gas Cecair (LPG) naik berkuatkuasa mulai tengah malam ini.
Petrol RON 95 dan diesel naik 5 sen. RON97 tidak lagi diberikan subsidi. Ia tertakluk kepada apungan secara terkawal, dengan harga ditentukan oleh mekanisme harga automatik, berikutan penyelarasan harga subsidi yang diumumkan kerajaan hari ini.

Tidak jelas berapa kenaikan harga RON 97. Tetapi difahamkan harganya naik 5 sen dan akan diselaraskan seterusnya kemudian. Manakala harga gula pula naik 25 sen kepada RM1.90, dengan gas LPG naik sebanyak 10 sen sekilogram. Kenaikan harga barangan berkenaan diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu pengumuman malam ini.

14 Julai 2010

DERMA DARAH 158 KALI

Sekadar Gambar Hiasan

KUALA LUMPUR : Sumbangan seorang warga emas menderma darah 158 kali sejak lebih 30 tahun lalu berbaloi apabila dia diberi penghargaan oleh Pusat Darah Negara (PDN). Mohd Gembo, 61, yang juga bekas kakitangan swasta menerima penghargaan itu pada Majlis Penghargaan Penderma-Penderma dan Penganjur-Penganjur Kempen Derma Darah Peringkat Wilayah Persekutuan Sempena Hari Penderma Darah Sedunia 2010 yang disampaikan Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin di Auditorium PDN, di sini, semalam.

KES AMINULRASYID : Saksi Ditekan, Tak Dapat Cam Suspek

Azamuddin Omar, saksi utama kes kematian Aminulrasyid Amzah, didakwa telah 'ditekan' oleh pihak berkuasa menyebabkan beliau tidak dapat mengecam anggota polis yang terbabit. Abangnya, Hafizuddin Omar, 24, mendakwa Azamuddin juga dipaksa untuk mengikuti sesi kawad cam itu minggu lalu tanpa ditemani peguam.

"Peguam perlu ada di samping dia setiap masa untuk setiap urusan melibatkan polis untuk pastikan siasatan ini adil dan telus. Tambahan pula dia masih di bawah umur," katanya dalam satu sidang media di pusat khidmat ahli parlimen Shah Alam petang ini.

05 Julai 2010

MASIH BERPELUANG SERTAI MISI RAMADHAN KE PALESTIN

SHAH ALAM, 27 Jun : Peluang untuk mana-mana rakyat Malaysia yang ingin menyertai Misi Konvoi Ramadhan ke Palestin masih terbuka sehingga 20 Julai ini yang merupakan tarikh bermula saringan memilih 60 peserta negara yang akan berada selama lima hari di negara itu.

Mereka akan bersama 300 hingga 500 pembawa bantuan dari seluruh dunia akan bersama rakyat Palestin merasai detik kehidupan dengan berpuasa, berbuka dan bersahur, demikian tegas Setiausaha Agung Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Mohd Azmi Abdul Hamid.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan tazkirah Air Mata Palestin di Masjid Al-Ehsan, Seksyen 24, dekat sini malam tadi bersama seorang aktivis masyarakat selaku jurnalis majalah Sabili dari Indonesia yang juga peneliti isu Palestin yang telah menulis empat buku mengenainya.


"Peserta yang akan ke sana adalah orang yang sanggup mati syahid, mereka yang tidak sampai ke tahap itu dan ingin pulang, awal-awal lagi akan digugurkan ketika pemilihan bermula 20 Julai ini.
"

04 Julai 2010

KECIK-KECIK PUN DAH PANDAI BEROMEN : YA ALLAH...!!! APA AKAN TERJADI PADA GENERASI AKAN DATANG...?

Gambar-gambar ini bukan dirakam di negara kita Malaysia. Namun situasi dan perkara sebegini tidak mustahil berlaku dan akan berlaku kepada anak-anak kita sekiranya kita terus leka dalam memberikan pendidikan terbaik berpaksikan al-Quran dan as-Sunnah kepada pewaris generasi kita ini. Bahkan akhbar Harian Metro semalam (03.07.2010) melaporkan perlakuan AKSI SEKS yang dilakukan oleh BUDAK PRASEKOLAH berumur 4 dan 5 tahun di Ampang, Selangor!!!


03 Julai 2010

PORNOGRAFI DAN BAHAN LUCAH BUKAN PUNCA JENAYAH SEKS?

Penganalisis jenayah, Kamal Affendi Hashim menyatakan bahawa jenayah salah laku seks tidak ada kena mengena dengan internet dan hiburan yang dipaparkan media, sebaliknya terjadi kerana pilihan pelaku jenayah atas sebab tertentu.

"Pihak yang mendakwa salah laku seks berlaku kerana hiburan yang dipaparkan media dan capaian internet tanpa sekatan adalah pihak yang enggan mengaku kesilapan sendiri. Dalam hal ini, ibu memainkan peranan untuk mendidik serta memberi penerangan mengenai kebaikan dan keburukan sesuatu perkara kepada anak." - Petikan Berita Harian 03.07.2010

Sama ada saudara Kamal Affendi Hashim ini memiliki pengalaman mendidik anak di zaman millenium ini, itu kurang saya ketahui. Tetapi untuk beliau sama sekali menafikan bahawa unsur seks dan porno yang terpapar di media khususnya internet sebagai punca salah laku seks amatlah tidak wajar dan nyata tidak tepat...!!!

Bagaimana seorang ibu hendak mengawal 24jam si anak agar 'betul arah tuju' perjalanan hidupnya dalam dunia hari ini yang memaksa golongan ibu untuk turut bersama membantu suami mencari rezeki untuk kesejahteraan rumahtangga. Jika benar sekalipun penerangan dan didikan si ibu, bagaimana pula dengan pengaruh persekitaran, pengaruh rakan sebaya dan juga pengaruh media serta paparan internet yang pastinya lebih kuat mempengaruhi jiwa si anak.

Bersama kita renungkan dan lihat berita yang tersiar
di akhbar Harian Metro bertarikh 03.07.2010 ini :

BUNYI GHAIRAH DARI BILIK

KUALA LUMPUR : Umur baru mencecah empat dan lima tahun, tetapi dua kanak-kanak perempuan bersaudara sudah pandai melakukan aksi lucah sesama mereka sebelum perbuatan tidak senonoh itu disedari ibu seorang daripada budak terbabit. Menurut sumber polis, kejadian memalukan itu berlaku Ahad lalu di sebuah pangsapuri di Ampang di sini, apabila kedua-dua kanak-kanak yang layak digelar budak tabika itu ditinggalkan di bawah jagaan nenek mereka.

02 Julai 2010

AJAR SEKS IBARAT AJAR PENCURI MENCURI - Tuan Guru Nik Abdul Aziz

Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, tidak bersetuju pendidikan seks diajar di sekolah kerana menganggap langkah itu memberi lebih banyak keburukan daripada kebaikan kepada generasi muda.

Mursyidul Am PAS itu berkata, langkah itu hanya akan menggalakkan kanak-kanak di bawah umur mempelajari ilmu seks sesama mereka menyebabkan wujudnya gejala negatif seperti pembuangan bayi.

01 Julai 2010

Pelakon Wanita Terkenal Kemalangan - Pejalan Kaki Maut

Jln KL-Ipoh
berhampiran Pasar Borong Selayang
Kuala Lumpur
30 Jun 2010
12-15 tengahari

"Saya benar-benar terkejut apabila wanita itu
langsung tidak melihat kiri-kanan
dan terus melintas di hadapan kereta saya."
Related Posts with Thumbnails