Apabila sesuatu itu terlalu dipolitikkan, maka wujudlah situasi busuk lagi membusukkan. Lebih menyedihkan apabila golongan agama (ulama?) turut terheret hingga wujud insiden tuduh menuduh di kalangan mereka bagi mempertahankan diri dan membenarkan tindakan mereka.
PAS seharusnya tidak terheret dengan permainan politik UMNO. Biarlah jika benar ada 'ULAMA' yang ingin menyertai UMNO. Usah dihiraukan sangat permainan sedemikian sehingga PAS turut mengadakan majlis ceramah semata-mata ingin menonjolkan 'ulama' yang kononnya DITIPU untuk hadir ke majlis UMNO mengisytiharkan 40 Ulama Muda menyertai UMNO.
Malulah dengan mereka yang non-muslim, melihat golongan ilmuan Islam kita bertekak dalam perkara sebegini. Jangan terlalu galak untuk terus membidas UMNO, kadang-kadang perlu juga dalam sesuatu kes untuk membiarkan UMNO seperti si Luncai yang terjun dengan labu-labunya. Biarkan... Biarkan...
Dan apa yang lebih pelik dan janggal, mengapa 'title' ULAMA wewenang diberikan kepada ustaz-ustaz muda ini...? Asal balik dari Mesir, balik dari Jordan, belajar di Universiti Al-Azhar, maka terus mereka ini layak bergelar ULAMA...???
...........................................
UMNO Tipu, Jatuh Reputasi Ulama Muda - Harakahdaily.net
SHAH ALAM, 28 Jun : Empat ulama muda nafi menyertai Umno Jumaat lepas seperti dihebohkan media arus perdana sebaliknya mereka dijemput hadir kerana dikatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ingin bertemu dengan lepasan Jordan. Wallahu a'lam.
Salah seorang daripada mereka, Ustaz Hosni Mubarak Abdul Hamid, 27, dari Sungai Buloh berkata demikian ketika berucap menafikan perkara itu di majlis Pentas Pemuda Pakatan Rakyat anjuran Pemuda PAS Shah Alam di TTDI, dekat sini malam tadi.
"Kami dibawa masuk melalui bangunan sebelah Mall, naik escalator, pusing-pusing tiba-tiba sudah berada di dalam Bangunan Umno di PWTC, diminta beratur menyambut Najib datang dan bersalaman, ketika itu gambar diambil bertalu-talu."
"Kemudian diumumkan kepada media bahawa inilah 40 ulama muda yang menyertai Umno, benar ada yang menyertai Umno tetapi ramai yang tertipu melihat kepada reaksi mereka yang asyik menunduk sahaja," jelasnya ketika ditemui selepas berucap pada majlis itu.
Hosni menamatkan pengajiannya di Markaz Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat Negeri Selangor di Jugra pada 2003 dengan mendapat diploma dalam bidang itu. Bermula 2004, beliau belajar di Universiti Al-Albayt, Mafraq, Jordan dan 2009 mendapat Ijazah Sarjana Muda Fiqh dan Usul di Kuliah Syariah dan kini bersedia menyambung pengajian Master di sebuah universiti tempatan.
Anak ketiga daripada empat beradik ini sangat kesal dengan kejadian menipu oleh Umno kerana masyarakat telah memandang serong dengan paparan media yang secara langsung menjatuhkan reputasinya sebagai pewaris ilmu.
"Saya dan tiga lagi sahabat lepasan Jordan, Mohd Fakhruzzaman, 37, dari Shah Alam, Mohd Akram An-Nazilin, 27, (Putrajaya) dan Mohd Jalaluddin Tahir, 26 (Sungai Petani) menafikan kami berbuat demikian sebaliknya Umno yang menipu," tegasnya.
Majlis tersebut turut disertai Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pusat, Suhaizan Kayat, Ketua DAPSY, Anthony Look dan Exco Selangor, Dr Yaakob Sapari.
Mengulas kejadian itu, Idris berkata, jika ulama pun Umno tipu, apatah lagi rakyat biasa sambil menegaskan PAS tidak gentar dengan penyertaan seberapa ramai ulama kerana rakyat lebih tahu sama ada PAS baik atau Umno sudah gelisah.

'Hosni Ulama Tak Diundang UMNO' - Malaysiakini.com
Ulama muda Umno Fathul Bari Mat Jahaya - antara 40 ahli agama yang menyertai parti itu - menafikan terdapat antara mereka yang 'diperdaya' bagi menghadiri majlis serahan borang keahlian kepada Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini.
Menurut Fathul, pihak mereka, bekas menteri besar Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim sebagai pengelola majlis itu tidak pernah mengundang Hosni Mubarak Abdul Hamid bagi tujuan itu. "Beliau (Hosni) tiada dalam senarai kami," katanya mengulas laporan Harakahdaily hari ini yang memetik Hosni sebagai berkata beliau dan rakan-rakannya dijemput hadir untuk bertemu Najib dan bukannya hendak menyertai Umno.
Akhbar web PAS itu juga melaporkan Hosni, 27, mendakwa beliau dan tiga lagi ulama lepasan universiti di Jordan diminta beratur menyambut Najib sebelum gambar mereka diambil bertalu-talu oleh jurugambar.
"Kemudian diumumkan kepada media bahawa inilah 40 ulama muda yang menyertai Umno, benar ada yang menyertai Umno tetapi ramai yang tertipu melihat kepada reaksi mereka yang asyik menunduk sahaja," Hosni dipetik sebagai berkata dalam sebuah ceramah.
Fathul pula ketika dihubungi Malaysiakini hari ini berkata pihaknya masih hairan dengan kehadiran Hosni dan rakan-rakannya. "Kami tidak tahu siapa jemput," jelas anak bekas mufti Perlis itu. Katanya, penafian pihaknya hari ini "bukanlah soal masuk Umno atau tidak" tetapi sebagai ulama, Hosni tidak harus membuat kenyataan sebegitu.
"Kami juga mahu nama Shahidan dibersihkan (daripada tuduhan itu)," kata anak kepada Mat Jaya Hussin yang berkhidmat sebagai mufti dalam era kepimpinan Shahidan di Perlis. Mempersoalkan tindakan Hosni itu, Fahtul berkata: "Kalau ditipu, kenapa tidak balik terus? Kami tengok selepas program masuk dok makan."
Ditanya tentang dakwaan yang dilaporkan dalam akhbar sama bahawa seorang lagi ulama Wahab Abdullah yang mendakwa turut 'diperangkap', Fahtul bagaimanapun tidak tahu tentang status perkara itu.
"Yang ini saya kena semak dahulu," kata Fathul, ulama lulusan pengajian hadis daripada Jordan dan Madinah.

Apa sudah jadi...?
Semoga PAS tidak terjerat
dengan permainan politik murahan UMNO.

0 comments:
Catat Ulasan