VVIP DENAI CINTA

28 Jun 2010

BUKTI Gol Frank Lampard Tidak Melepasi Garisan

Sikit je lagi nak lepasi garisan gol!


THREE LIONS KENA BELASAH
BLOEMFONTEIN : Jerman, dibantu dua gol babak kedua Thomas Mueller, membenam musuh ketat England 4-1 dalam perlawanan kontroversi Piala Dunia untuk menempah tempat ke suku akhir, malam tadi.
England dinafikan jaringan penyamaan ketika kedudukan 2-1 pada penghujung babak pertama apabila rembatan Frank Lampard terkena palang dan melantun di belakang garisan gol tetapi pengadil meneruskan permainan.

Dalam permainan babak pertama yang sengit, Jerman mendahului 2-0 selepas beberapa kali membolosi benteng pertahanan rapuh lawannya menerusi hantaran mengelirukan serta larian deras.

Miroslav Klose, kembali daripada penggantungan satu perlawanan, meletakkan Jerman di depan pada minit ke-20 selepas menghukum kealpaan benteng England yang hanya melihat bola sepakan penjaga gol Jerman, Manuel Neuer ke seberang padang sebelum menewaskan David James pada minit ke-20, untuk gol peribadi ke-12 di Piala Dunia.

Lukas Podolski menjadikan kedudukan 2-0 pada minit ke-32 menerusi rembatan rendah deras selepas bertukar hantaran dengan Mueller dan Mesut Ozil tetapi Matthew Upson merapatkan jurang menerusi tandukan jarak dekat selepas menyambut hantaran lintang Steven Gerrard pada minit ke-37.

Kontroversi tercetus seminit kemudian apabila cubaan Lampard melantun dari palang ke belakang garisan gol tetapi tatkala pemain England mahu meraikannya, pengadil dari Uruguay, Jorge Larrionda tidak mengendahkannya dan memberi isyarat meneruskan permainan.

Tatkala England terus memberi asakan pada babak kedua, Mueller membenam terus cabaran The Three Lions dengan dua gol dalam tempoh tiga minit pada minit ke-67 dan 70. Jurulatih England, Fabio Capello berkata insiden Lampard itu menjadi titik tolak kesudahan perlawanan itu walaupun dia pasti tidak mahu melihat tajuk utama akhbar pagi ini selepas gagal menunaikan janji mengulangi pencapaian tunggal England di Piala Dunia 1966.

"Insiden Lampard itu adalah detik paling penting dalam perlawanan. Pengadil melakukan kesilapan paling besar tetapi Jerman memang sebuah pasukan yang hebat, kami terperangkap dengan serangan balas mereka."

"Inilah bola sepak. Sesuatu yang kecil memberikan perbezaan yang besar." – Agensi [Sumber Berita Harian]

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails