Sebagai anak kelahiran Kelantan, takkan pernah sama sekali aku nak wakilkan haprak ini yang kononnya nak pergi minta maaf kepada KDYMM al-Sultan Selangor. Baik dan bertanggungjawab sangatlah tu sampai kononnya nak mewakili 'RAKYAT KELANTAN' untuk pergi memohon maaf.
Walhal media pro-BN sebenarnyalah yang mencetuskan situasi 'melaga-lagakan' Tok Guru Nik Aziz dengan al-Sultan Selangor khususnya untuk tujuan berkempen pada pilihanraya kecil Parlimen Hulu Selangor baru-baru ini.
Kalau kau pergi untuk meredakan keadaan dan menceritakan perkara sebenar kepada KDYMM al-Sultan Selangor, itu aku teramat sudi untuk mewakilkan kaupergi. Tapi kalau setakat kaupergi dengan tujuan nak menonjolkan diri dan memandai kononnya kau lah wakil 'RAKYAT KELANTAN', tok sah haraplah aku sudi nak kau jadi wakilnya!!!
Kau memang katak, katak yang juga bagai kacang lupakan kulit. Dan kau juga tak ubah seperti pepatah orang tua-tua; "bagai melepas anjing tersepit." Dah tolong kau, kaupergi gigit semula insan mulia yang tolong kaulepas dari tersepit!!!

IBRAHIM WAKILI RAKYAT KELANTAN MOHON MAAF
TENDONG : Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali, semalam mewakili rakyat Kelantan memohon ampun kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berikutan tindakan Menteri Besar, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang mempertikaikan titah baginda melarang masjid digunakan sebagai pentas politik.
Ibrahim yang juga Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) berkata, beliau bertindak demikian atas perasaan tanggungjawab sebagai rakyat negeri itu kerana percaya Nik Aziz tidak akan menarik balik kenyataannya yang melanggar titah Sultan Selangor.
"Saya mahu memohon ampun kepada Sultan Selangor atas kemurkaan baginda yang saya percaya terhadap Menteri Besar kerana mempertikaikan titah baginda melarang masjid dijadikan sebagai pentas politik," katanya selepas majlis kesyukuran Ibrahim sebagai Ahli Parlimen dan penyampaian 100 kereta sorong kepada petani di sini, semalam.
Ibrahim berkata, beliau berbuat demikian selepas keengganan Nik Aziz memohon keampunan kepada baginda berikutan kenyataan pemimpin Pas di Hulu Selangor baru-baru berhubung larangan Sultan Selangor supaya masjid tidak digunakan bagi tujuan politik. Nik Aziz ketika ceramahnya di Kuala Kubu Baru menganggap larangan menggunakan masjid dan surau di Selangor untuk gelanggang berpolitik sebagai karut serta peninggalan penjajah.
Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam titah pada Oktober tahun lalu mengingatkan pegawai masjid dan jawatankuasa kariah masjid di Selangor memastikan rumah ibadat itu tidak digunakan sebagai gelanggang politik yang boleh memecahbelahkan perpaduan ummah.
Mengulas lanjut, Ibrahim berkata, Nik Aziz yang juga Mursyidul Am Pas dilihat sering menafikan kenyataannya selepas ia mencetuskan kontroversi. "Ini kebiasaan beliau, apabila bercakap dan jadi kontroversi, tidak akan mengaku, tetapi saya sendiri lihat ketika buat ulasan, ia jelas merujuk titah baginda,” katanya.
"Saya bersetuju Islam dan politik tidak dapat dipisahkan tetapi apa yang kita perkatakan ini adalah masjid dijadikan sebagai gelanggang politik, itu berbeza," katanya. - Berita Harian

0 comments:
Catat Ulasan