VVIP DENAI CINTA

17 Mei 2010

PENJENAYAH TUMPAS SETELAH DIKEJAR 30KM, Tewas Terlanggar Lembu

Jade Hill
Bukit Angkat,
Kajang, Selangor
16 Mei, 2010
1-45 petang

Kebiasaannya, kehadiran binatang ternakan seperti lembu yang mengganggu lalulintas, menjadi isu kepada pengguna. Bagaimanapun, lain pula pada kes yang berlaku ini - lembu sanggup mengorbankan dirinya sendiri, semata-mata untuk menumpaskan satu kumpulan penjenayah.

Akhirnya, seekor lembu maut manakala dua lagi cedera, satu darinya parah...


Semuanya bermula kira-kira jam 1-15 petang apabila sepasukan 3 anggota polis dari Unit Peronda Lebuhraya, terserempak dengan sebuah kereta bercermin gelap dipandu amat laju di lorong paling kanan.
Kereta Toyota Vios ini dinaiki 3 lelaki ditemui sekitar KM 290 Lebuhraya Utara Selatan berhampiran Bangi arah Kuala Lumpur.


Kereta peronda lantas mengejar kereta terbabit dan memintanya berhenti. Kereta ini kemudian berhenti di tepi lebuhraya, dan sebaik anggota polis cuba menghampirinya, kereta ini kemudian dipecut laju.


Maka bermulalah adegan seperti filem apabila polis mula mengejar kereta ini yang kemudian memasuki susur ke Plaza Tol Kajang, dan merempuh palang besi Smart Tag. Kereta ini kemudian terus memecut ke arah Sg Ramal Dalam sebelum membelok arah ke Bukit Angkat.


Sebaik menyedari laluan ke Jade Hills adalah jalan mati, pemandu kereta membuat pusingan u, dan sungguh malang, di hadapan mereka sekumpulan kira-kira 10 ekor lembu sedang melintas jalan. Rempuhan kuat menyebabkan beberapa ekor lembu melambung menyebabkan seekor darinya mati di tempat kejadian dan seekor lagi cedera parah.


Kereta ini hanya sempat bergerak kira-kira 50 meter sebelum terhenti setelah mengalami kerosakan teruk di bahagian enjin dan gandar.


Dua dari saspek melarikan diri, manakala seorang lagi berjaya ditangkap.


Pemeriksaan menemui kira-kira 20 batang besi tapak pembinaan di dalam bonet belakang dan sebilah pisau rambo di tempat duduk hadapan. Besi terbabit dipercayai dicuri dan untuk dijual.


Lelaki yang ditangkap mengakui, mereka mencuri besi-besi buruk untuk dijual bagi mendapat wang untuk membeli dadah. Menurutnya, ia dilakukan apabila mereka keputusan bekalan dadah dan perlukan wang untuk membelinya


Keseluruhan perjalanan dianggarkan kira-kira 30 kilometer.
Dan, tiada sebarang tembakan dilepaskan.

SUMBER DARI BLOG
ONDSCENE

...............................................
Tengok dari gambar suspek ini, dia adalah seorang berbangsa India. Bukan persoalan bangsa yang ingin aku bangkitkan, tetapi PERSOALAN lelaki ini yang menerima padah 2 kali!!! PERTAMA : Ditahan / diberkas pihak polis. KEDUA : Padah apabila melanggar 'Tuhan' agamanya... Lembu setahu aku adalah 'SUCI' bagi penganut HINDU. Mamat ni tentu merana dikutuk dek kaum seagamanya kelak... ;)

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails