VVIP DENAI CINTA

01 Mei 2010

BUDAK MELECUR : AMY SEARCH DIARAH BAYAR RM18,000

Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini memerintahkan penyanyi Amy Search membayar ganti rugi berjumlah RM18,000 kepada seorang kanak-kanak lelaki yang melecur akibat terkena tomyam panas di Restoran Cheng Ho milik penyanyi itu.

Hakim Sabariah Othman memutuskan bahawa sebagai majikan, Amy boleh dipertanggungjawabkan apabila kecuaian dilakukan oleh pekerja ketika dalam tugas. Sabariah menetapkan RM8,000 bagi ganti rugi am terhadap kecederaan di bahagian badan kanak-kanak itu, RM10,000 untuk ganti rugi khas dan enam peratus faedah atas jumlah penghakiman.

Pada 24 Sept 2008, Nik Zahir Nik Mohd Idris memfailkan saman bagi pihak anaknya, Nik Muhammad Zakwan, 4, kerana mendakwa pekerja Restoran Cheng Ho milik Amy di Wangsa Maju cuai sehingga menyebabkan bahagian belakang badan anaknya melecur.

Dalam saman itu, Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman, 51, sebagai pemilik restoran Cheng Ho, di mana kejadian itu berlaku, telah dinamakan sebagai defendan. Amy diwakili peguam Ahmad Zaharil Muhaiyar manakala plantif diwakili Adnan Seman. - Bernama

....................
Bayar jea ar pakcik Amy, dengan status pendapatan serta kewangan pakcik Amy apa la sangat RM18,000 tu. InsyaAllah ada la plak rezeki lain lepas ni. Dengarnya jualan tiket untuk konsert Search-Wings (Double Trouble) pun memang mendapat sambutan hangat...!!!

Dan berhati-hatilah dalam berurusan dengan pelanggan agar peristiwa sebegini tak berulang lagi. 'kasteme owizz rite'!!! ;)

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails