VVIP DENAI CINTA

01 April 2010

TERJAH : TIADA MANFAAT; HENTIKAN TERUS!!!

TERJAH DIREHATKAN SEMENTARA, BUKAN BERHENTI TERUS - NAS AHMAD

DAKWAAN mengatakan program Terjah dihentikan terus akhirnya terjawab apabila penerbitnya, Nas Ahmad menafikannya. Nas mengaku program itu telah berakhir pada Isnin lalu setelah menyelesaikan 13 episod penyiarannya di TV3.

"Memang Terjah telah berakhir pada Isnin lalu kerana telah cukup satu musim. Selepas ini, saya tidak boleh pastikan lagi sama ada ia akan disambung atau tidak."

"Kebetulan TV3 mempunyai slot lain untuk digantikan dengan program Terjah. Nak cari slot lain pun dah penuh. Jadi, kita ambil masa sekarang ini untuk berehat sementara bagi mengkaji semula mana yang 'ok' atau tidak," kata Nas kepada mStar Online.

Kata Nas, setiap elemen yang tidak patut disiarkan dalam Terjah akan dikeluarkan. "Apabila kita kembali bersiaran nanti, kita akan pastikan program ini menjadi lebih mantap," ujarnya lagi.

Jika ada yang perasan, Terjah menyiarkan ucapan 'terima kasih atas sokongan, komen, kritikan dan segala-galanya' sebelum program itu melabuhkan tirai pada Isnin lalu. Bagi bekas wartawan Melodi itu sendiri, ucapan itu ditujukan bukan untuk menunjukkan Terjah akan berakhir di situ, tetapi disambung penyiarannya dengan pengisian yang lebih mantap - mStar Online

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails