Pakar patologi terkemuka Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand tidak akan hadir memberi keterangan dalam inkues Teoh Beng Hock apabila ia bersambung pada 20 April ini, menurutnya, kerana 'tekanan politik' dari kerajaan Malaysia.Dr Pornthip memberitahu Malaysiakini bahawa beliau telah 'dinasihatkan' oleh pegawai-pegawai tinggi Jabatan Kehakiman Thailand - tempat beliau bertugas sebagai ketua pengarah Institut Sains Forensik Pusat - supaya jangan ke Malaysia minggu depan untuk menghadiri inkues tersebut.
Beliau berkata, kementerian kehakiman telah menerima maklumat daripada kementerian luar Thailand bahawa beliau mungkin menghadapi masalah jika ke Malaysia, termasuk kemungkinan dihalang memasuki negara ini. Menurutnya, kementerian luar Thailand telah menerima 'isyarat' dari kerajaan Malaysia melalui 'saluran tidak rasmi' bahawa kehadiran beliau dalam inkues tersebut, adalah tidak disenangi.
"Ia disampaikan kepada saya oleh pegawai-pegawai kanan tertentu kerajaan Thai bahawa terdapat tekanan politik dari kalangan tertentu kerajaan Malaysia untuk menghalang kehadiran saya di mahkamah, sehingga ia mungkin mengganggu misi penting forensik semasa saya di Selatan Thai," katanya.
........................................
NAZRI KATA DR PORNTHIP 'PEMBOHONG'
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Aziz berkata pakar patologi Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand berbohong berhubung dakwaannya yang kerajaan Malaysia menggunakan 'tekanan politik' untuk menghalangnya daripada memberi keterangan.
"Dia seorang pembohong! dia berbohong dalam inkues dan dia berbohong sekarang," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.
0 comments:
Catat Ulasan