VVIP DENAI CINTA

02 April 2010

PERGI TAK KEMBALI : SALAM TAKZIAH BUAT KELUARGA ARWAH DIN BERAMBOI

"Terima kasih sahabat... Kerana membuatkan kami sering tersenyum dengan bicaramu yang menghibur hati... Pastinya hari mendatang akan terasa sunyi tanpa celotehmu. Kami menyayangimu tetapi DIAlah yang sebenar-benarnya lebih menyayangi dirimu saudara. Semoga pergimu ke sisiNYA juga dengan penuh senyuman untuk berada di samping KASIH SEGALA KEKASIH..."


02.04.2010 : Pelawak dan pelakon terkenal, Mior Ahmad Fuad Mior Badri , 43 atau lebih dikenali sebagai DIN BERAMBOI telah kembali kerahmatullah pada jam 12.30pagi. Adik Allahyarham, Rozana Mior Badri berkata semua ahli keluarga berada di sisi ketika Allahyarham menghembuskan nafas terakhir kecuali ayahnya.

Allahyarham dilaporkan meninggal dunia akibat demam denggi berdarah yang menyebabkan beberapa organ badannya gagal berfungsi. Allahyarham meninggalkan seorang balu dan tiga anak masing-masing berumur antara 18, 16 dan enam tahun.

Beliau dimasukkan ke ICU Hospital Selayang sejak Selasa lepas selepas kritikal akibat mengalami demam denggi berdarah. Allahyarham adalah anak ketiga daripada empat beradik dan merupakan anak lelaki tunggal.

Kita kehilangan sebutir bintang yang pergi di saat namanya sedang meningkat naik di dalam bidang penyiaran (Dj Radio) dan di dalam bidang lakonan. Sememangnya pemergian Allahyarham meninggalkan kesan yang mendalam bukan sahaja kepada keluarga dan sahabat baik beliau, malah kepada seluruh peminat-peminat yang mengikuti perjalanan karier Arwah.

Semoga roh Allahyarham Mior Ahmad Fuad Mior Badri ditempatkan oleh Allah swt di kalangan hamba-hambaNYA yang beriman dan beramal soleh. Bersama kita sedekahkan bacaan al-Fatihah buat arwah... al-Fatihah...

Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Taman Ehsan, Kepong sebelum solat Jumaat.


Mior Ahmad Fuad Mior Badri
22.12.1966 - 02.04.2010
Al-Fatihah

................................................

UTUSAN ONLINE update berita ini jam 2.47pagi

KUALA LUMPUR 2 April - Pelawak popular dan penyampai radio Era, Mior Ahmad Fuad Mior Badri meninggal dunia di Hospital Selayang, lewat malam tadi. Allahyarham yang dikenali sebagai Din Beramboi menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU) pukul 12.30 malam.

Menurut adik Allahyarham, Rozana Mior Badri, semua ahli keluarga berada di sisi Allahyarham kecuali ayahnya yang tidak dapat hadir. Katanya, Allahyarham meninggal dunia akibat demam denggi berdarah yang menyebabkan beberapa organ badannya gagal berfungsi. "Jenazah abang saya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Taman Ehsan, Kepong di sini sebelum solat Jumaat," katanya ketika ditemui di hospital itu, malam ini.


.......................................


TERKINI : Jam 330pagi - Jenazah Allahyarham Din Beramboi kini di rumah No.2079, Jln E5 / 12 Taman Ehsan kepong. Kebumi sebelum solat Jumaat. HARAP MAKLUM


.......................................

"Innalillah... Pada 12.30 malam, kawan kita Din Beramboi telah meninggalkan kita dan pulang ke rahmatullah. Al Fatihah buat Din... Tuhan sayang sangat kat kau Din." - AFDLIN SHAUKI

"Din tersenyum dalam kubur. Muka dia tenang. Ramai yang sayang kat din, din selamat jalan... Semoga semuanya berjalan lancar." AFDLIN SHAUKI, 12.15pm, 02APRIL2010

4 ulasan:

miss norafizan berkata...

al fatihah... http://missnorafizan.blogspot.com/2010/04/din-beramboipergimu-tiada-ganti.html

atahsaat berkata...

Al Fatihah

tiada-lagi berkata...

meninggal sbb demam denggi berdarah?bukan sbb kencing tikus masuk bloodstream die ke?apa pun, takziah, al-fatihah..

Tanpa Nama berkata...

al fatihah.semoga roh mu di tempatkan di sisi orang-orang yang beriman.....moga keluarga mu tabah menjalani hidup ini tanpamu .inilah ujian allah pada hambanya........

Related Posts with Thumbnails