VVIP DENAI CINTA

22 April 2010

PENSEL DALAM KEMALUAN MANGSA ROGOL


Apa sudah jadi dengan anak bangsa kita? Umur 14 tahun dah pandai merogol? Budak-budak sekarang makin rosak akhlaknya. Laporan Berita Harian hari ini amat mengejutkan apabila seorang pelajar dirogol oleh rakan sekelas!!!

Apa sudah jadi dengan masyarakat kita? Apakah sistem pendidikan kita ada yang tak kena? Begitu juga dengan persekitaran yang bercelaru. Hiburan melampau serta pengaruh bahan-bahan porno sama ada di internet, dvd mahupun yang didownload ke handphone!!!

Inilah bahananya apabila agama dipinggirkan dan terlalu asyik mengejar kemajuan dunia semata-mata.
.......................................

PENSEL DALAM KEMALUAN MANGSA ROGOL
KUALA LUMPUR :
Seorang pelajar perempuan Tingkatan Dua sebuah sekolah di Rawang yang dirogol rakan sekelasnya dalam bilik darjah, minggu lalu, bukan saja disahkan sudah mengandung sebulan, malah sebatang pensel sepanjang empat sentimeter turut ditemui dalam kemaluannya.

Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Rosly Hassan, berkata berdasarkan hasil laporan pemeriksaan hospital yang diterima semalam, polis percaya mangsa sudah lama dijadikan bahan pemuas nafsu beberapa pelajar serta didera sewaktu diperkosa.


"Kes ini disiasat secara menyeluruh kerana mangsa yang tinggal di sebuah rumah kebajikan di Rawang, bukan saja dirogol ketika waktu persekolahan, malah didera," katanya kepada pemberita di sini. Dalam kejadian kira-kira jam 3.35 petang, 13 April lalu, pelajar itu yang bersendirian dalam kelas, dikatakan dirogol seorang rakan sekelasnya manakala beberapa lagi pelajar lelaki mengepung mangsa bagi mengelak insiden itu disedari pelajar lain termasuk guru.

Mangsa hanya memberitahu mengenai kejadian itu kepada seorang kakitangan di rumah kebajikan berkenaan, Ahad lalu sebelum membuat laporan di Balai Polis Rawang pada hari sama.
Rosly berkata, sebaik menerima laporan itu, mangsa dibawa ke Hospital Selayang untuk pemeriksaan, manakala suspek ditahan di sekolahnya pada keesokannya.

"
Siasatan awal mendapati mangsa sudah banyak kali dirogol suspek sejak beberapa bulan lalu. Kita percaya mangsa turut diperkosa lebih daripada seorang pelajar. Namun, mangsa takut untuk membuat laporan kerana dipercayai diugut suspek yang akan bertindak lebih teruk sekiranya perkara itu didedahkan," katanya.

Beliau berkata, polis akan mengambil keterangan beberapa pelajar yang dipercayai bersubahat dalam kejadian itu.
Katanya, mangsa yang ditempatkan di hospital, kini mengalami trauma teruk dan hanya berdiam diri. - BERITA HARIAN

UPDATE : 6 PELAJAR LELAKI DIREMAN BANTU SIASATAN KES ROGOL

3 ulasan:

cengkerangcipot berkata...

gile la dorg ni..
mane mak bpak dorg ni..
adushh..
mcm2 la masalh remaje skang..

ROHAIFI AZRI berkata...

kat sekolah tu... dalam kelas boleh main rogol2...!!! hancussss anak bangsaku!!!

TokBatin berkata...

memang..sekarang dunia sudah teruk dan budak sekolah pun sudah pandai berbuat demikian..saye tak dapat merasakan bende ni berlaku kerana saye bersekolah lelaki semua..haha..tapi saye ade terpandang di sekolah campur..perkare sebegini ade berlaku..memang teruk

Related Posts with Thumbnails