VVIP DENAI CINTA

09 April 2010

PAMERAN SENI YANG MENGHINA ISLAM

Sebuah hadis diriwayatkan daripada Thauban r.a., bahawa Rasulullah SAW bersabda, yang bermaksud : "Setelah aku wafat, setelah lama aku tinggalkan, umat Islam akan lemah. Di atas kelemahan itu, orang kafir akan menindas mereka bagai orang yang menghadapi piring dan mengajak orang lain makan bersama."

Maka para sahabat r.a. pun bertanya, "Apakah ketika itu umat Islam telah lemah dan musuh sangat kuat?" Sabda Baginda SAW : "Bahkan masa itu mereka (umat Islam) lebih ramai tetapi tidak berguna, tidak bererti dan tidak menakutkan musuh. Mereka adalah ibarat buih di laut."

Sahabat bertanya lagi, "Mengapa seramai itu tetapi seperti buih di laut?"
Jawab Rasulullah SAW, "Kerana ada dua penyakit, iaitu mereka ditimpa penyakit al-Wahn."

Sahabat bertanya lagi, "Apakah itu al-Wahn?"
Rasulullah SAW bersabda :
"Cintakan dunia dan takut akan kematian."

Mungkin ada yang dah melihat gambar kebiadaban golongan kafir yang sentiasa bersikap kurang ajar menghina Islam. Gambar ini khabarnya Pameran Seni yang diadakan di Sepanyol tetapi aku tak tahu bila ia diadakan (Sahabat yang punya maklumat, harap dapat kongsikan bersama).


3 ulasan:

NARDtheNERD berkata...

ada blog yang sy baca kata itu juga menggambarkan kekuatan islam. =)

cengkerangcipot berkata...

kekuatan yg mcm mne ntu?
mungkin sye kurang jelas..

ROHAIFI AZRI berkata...

Mungkin maksud NARDtheNERD, ia menunjukkan Muslim tu lebih hebat, lebih kuat berbanding kafir la'natullah tu apabila steady jea sujud kpd Allah walaupun ada 2 bangsat tu ada kat atas dia.

Boleh juga dita'rifkan yg umat Islam tetap akan sujud pada ILAHI walau ditindas.

Apapun, 'seni' yg dibuat ini mmg jelas ingin menghina Islam. Kita dihina, kerana kelemahan kita sendiri yang CINTAKAN DUNIA dan TAKUT AKAN KEMATIAN...

Related Posts with Thumbnails