Khamis, 8 April 2010

MIC Bertanding Di Hulu Selangor - Najib

07.04.2010 : Persoalan parti mana dari komponen BN yang akan bertanding dalam pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor terjawab hari ini apabila perdana menteri berkata ia akan ditandingi oleh calon dari MIC.

"Kerusi (parlimen) Hulu Selangor akan ditandingi oleh seorang calon dari MIC, kerana itu kerusi MIC," kata Datuk Seri Najib Razak kepada pemberita di Shah Alam hari ini.

Beliau bagaimanapun tidak mengumumkan siapakan calon dari MIC itu. "Biar calon ditentukan oleh pengerusi BN (Najib) sebab saya nak kita menang," kata Najib yang juga pengerusi BN.

Sebelum ini, MIC telah mengemukakan timbalan presidennya, Datuk G Palanivel untuk bertanding sekali lagi di Hulu Selangor. Umno bahagian juga mendesak supaya kerusi itu dikembalikan kepada Umno. Bagaimanapun, semalam dilaporkan bahawa, Umno boleh menerima calon dari MIC tetapi bukan Palanivel. - MALAYSIAKINI


PARLIMEN HULU SELANGOR
53.9% MELAYU
26.7% CINA
19% INDIA
0.4% LAIN-LAIN

AKU : TUNGGU KOMEN PEJUANG MELAYU (PERKASA) TU JE. TAKKAN KAWASAN PENDUDUK 53.9% PENGUNDINYA MELAYU TAPI CALONNYA DARI KALANGAN BUKAN MELAYU. TAK RELEVAN!!!

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

Apabila Rakyat Bersuara!!!

Apabila Rakyat Bersuara!!!
HIMPUNAN AMAN MANSUH I.S.A 1 OGOS '09

Tok Guru Dalam Filem Pendek 'The Tree'