VVIP DENAI CINTA

28 April 2010

KISAH AMINULRASYID : CERITA DARI AHLI PARLIMEN SHAH ALAM


Pada hari Isnin 26 April, jam 4 petang, saya telah menerima panggilan dari Ustadz Nasaruddin, Pemangku Ketua Pemuda PAS kawasan Shah Alam. Dia memberitahu saya bahawa seorang remaja yang berumur 15 tahun telah ditembak mati oleh Polis di Seksyen 11 Shah Alam awal pagi tadi. Penduduk sedang berkumpul di Surau Seksyen 11 untuk menunggu jenazahnya dan semua menyuarakan ketidak puasan hati atas tindakan Polis.

Remaja berkenaan anak salah seorang ahli Qariah yang dikenali.
Mendengar berita tersebut saya pun telah bergegas ke Surau berkenaan dan mendapati sudah ramai berkumpul di situ. Saya melihat ramai di antara mereka terdiri daripada remaja belasan tahun.

Sebahagian dari mereka menunggu di luar kawasan Surau sambil sebahagian yang lain berada di dalam kawasan Surau tersebut. Setiba sahaja saya, qamat Salat Asar telahpun didengari dan Salat hendak dimulakan.


Saya mengambil wudu’ dan seterusnya menyertai jemaah. Setelah selesai salat, saya mendapatkan penjelasan dari Ustadz Nasaruddin mengenai apa yang telah berlaku. Beberapa orang turut mendengar dan memberi penjelasan termasuk seorang penduduk yang telah menyaksikan sendiri peristiwa berkenaan kerana kereta yang dipandu arwah terbabas di hadapan rumah beliau.

Mengikut keterangan mereka, pada jam lebih kurang 1.30 pagi, beberapa das tembakan telah kedengaran di jalan 11/2. Apabila disiasat, didapati sebuah kenderaan sedang dikejar kenderaan polis. Akhirnya kenderaan yang dikejar terbabas dan melanggar tembuk rumah dan pemandunya, Aminulrasyid Amzah, mati terkena tembakan di kepalanya. Seorang penumpang telah keluar dan berjaya melarikan diri.


Saya kemudiannya membuat panggilan telefon kepada Dato’ Khalid, Ketua Polis Negeri dan meminta penjelasan dari beliau. Dato’ Khalid menegaskan bahawa siasatan sedang dijalankan dan anggota polis yang terbabit telah dipindahkan ke kerja-kerja pejabat. Menurut beliau, siasatan dibuat oleh polis Negeri, bukan oleh polis Shah Alam, bagi menjamin ketelusan. Begitu juga tegas beliau, bahawa siasatan dibuat di bawah Kanun Keseksaan 302, iaitu tuduhan membunuh sebagai bukti seriusnya pihak polis ke atas kes ini.


Dalam keadaan asyik mendengar penjelasan tambahan dari mereka yang berada di Surau, tiba-tiba beberapa orang membawa seorang remaja ke hadapan saya sambil berkata kepada saya, "dia lah penumpang yang bersama arwah yang telah melepaskan diri". Orang semakin ramai berkumpul dikeliling saya dan memandangkan keadaan semakin bercelaru, saya menasihati remaja tersebut untuk ke tempat lain dahulu dan 'stay low profile'.

Saya mengambil nombor telefon bimbitnya dan berjanji akan memanggilnya kemudian untuk bertemu dalam suasana dan keadaan yang lebih tenteram untuk mendapatkan penjelasan berhubung peristiwa berkenaan daripada beliau. Saya berpesan supaya dia berhati-hati supaya tidak ditahan polis kerana dikhuatiri penjelasan beliau akan dipengaruhi pihak polis untuk sealiran dengan kenyataan yang telah dikeluarkan mereka.


Kenyataan yang dikeluarkan polis melalui TV dan radio, saya diberitahu, berbunyi "seorang yang disyaki penyamun ditembak polis awal pagi di Seksyen 11 Shah Alam… sebilah parang dijumpai di dalam kereta disyaki digunakan sebagai senjata untuk menyamun… suspek kedua berjaya melepaskan diri..."


Selepas Maghrib saya berhubung dengan remaja berkenaan dan kami bertemu bersama beberapa orang sahabat sebagai saksi. Remaja tersebut memberitahu bagaimana arwah telah mengambil kereta kakaknya pada lewat malam sambil semua sedang tidur dan menjemput beliau. Mereka telah ke sebuah kedai di Seksyen 11 dan seterusnya ke Seksyen 7 setelah mendapat panggilan dari seorang rakan lain yang mengalami kerosakan motorsikal di situ.

Dalam perjalanan ke tempat kerosakan tersebut, berhampiran restoran Ali’s corner, mereka tergesel dengan sebuah kereta mewah yang sedang parkir di situ. Kemalangan ini menyebabkan arwah ketakutan dan beliau terus membawa kereta untuk melarikan diri. Pada masa yang sama mereka dapati ada motorsikal yang mengejar mereka. Apabila sampai di Seksyen 12, di jalan dari bulatan Istana Kayangan menuju SIRIM, motorsikal berkenaan terlanggar kereta yang dipandu arwah di bahagian belakang dan terus terbabas.

Arwah terus membawa keretanya dengan laju dan pada ketika itu mereka telah memintas sebuah kereta peronda polis. Kereta peronda tersebut terus membunyikan sirennya dan mengejar mereka, melalui SIRIM terus ke bulatan dan menuju ke Masjid Negeri, sampai ke Seksyen 9 dan kembali ke bulatan Istana Kayangan.

Dari bulatan Istana Kayangan mereka berpatah semula ke Seksyen 11 memasuki simpang berhampiran Caltex, Esso dan terus memasuki jalan 11/2. Tiba-tiba kedengaran tembakan beberapa das. Kereta terhoyang hayang disyaki tayar telah terkena tembakan. Arwah terus memandu dalam keadaan tayar ditembak sehingga tiba-tiba beliau rebah ke atas ribanya. Kereta terus menyimpang ke kiri dan terbatas melanggar tembok sebuah rumah.

Apabila di pegang kepala arwah, didapati berlumuran darah. Terasa kepala berlubang dan darah membasahi tangan dan bajunya. Remaja ini terus keluar dari kereta, terpaksa keluar dari pintu sebelah arwah, kerana pintu sebelah dirinya telah terhimpit. Terpaksa mengalih mayat arwah supaya dapat melepasi diri dengan tujuan menyerah diri. Tak sempat apa-apa, sebaik sahaja keluar beliau diterajang seorang anggota polis dan beliau terus melarikan diri.

Sambil mendengar penjelasan beliau, tiba-tiba abangnya muncul entah dari mana. Memarahi beliau kerana tidak pulang ke rumah. Apa dah jadi ini, kata abangnya, bagaimana adik saya digelar penjenayah. Kami menenangkan abangnya sambil memberitahu niat kami adalah untuk menolong adiknya. Dia terus meminta adiknya pulang ke rumah, ayah menunggu katanya. Kami ikut sekali. Setibanya di rumah mereka, ayah dan ibunya kebinggungan. Kami menenangkan mereka dan memberitahu mereka anak mereka bukan penyamun.


Seterusnya saya membawanya bersama abangnya untuk membuat laporan polis. Jam sudah hampir pukul 10 malam. Saya ingin menentukan bahawa laporannya sama seperti ceritanya kepada saya sebelum ini. Tiada paksaan untuk mengubah ceritanya. Selepas laporan disiapkan saya bersamanya dan abangnya bertemu pegawai yang bertugas.

Saya bertanya apakah SOP untuk pihak polis menggunakan senjata api menembak orang yang disyaki. Dia menjawab, hanya sekiranya nyawanya atau nyawa orang lain terancam.

Remaja saksi utama dibenarkan pulang ke rumah. Saya telah berhubung dengan YB Gobind Deo terlebih awal dan meminta dia mengambil kes ini. Dia berjanji akan berjumpa remaja berkenaan pada esok harinya, iaitu Selasa jam 10.30 pagi di mahkamah Shah Alam.

Selepas itu saya ke rumah arwah untuk bertemu keluarganya. Ibunya kesedihan. Abangnya kebinggungan. Bagaimana ini semua boleh berlaku. Mendengar percakapan ibunya berhubung arwah yang merupakan anak bongsunya, saya merasa sebak. Saya tak boleh bayangkan kesedihannya. Semakin ramai datang berkumpul. Saya berundur pada jam 12 tengah malam.

Esok pagi jam 9.30 pagi saya mengadakan sidang akhbar di pejabat saya. Dalam sidang akhbar tersebut saya menyatakan 3 perkara seperti berikut :

1. Arwah bukan penyamun dan penjenayah. Warga Seksyen 11 mengenali beliau dan tidak akan menerima alasan sedemikian rupa dari mana pihak sekalipun.


2. Arwah tidak cuba melanggar anggota polis seperti yang didakwa. Arwah telah ditembak semasa memandu melarikan diri dan bukan semasa mengundur kereta untuk melanggar anggota polis. Itu satu pembohongan sepertimana juga kisah kononnya ada sebilah parang di dalam kereta.

3. Saksi yang merupakan rakan sepanjang peristiwa malang tersebut perlu diberi perlindungan dan tidak ada usaha dilakukan supaya ceritanya diubah untuk bersesuaian dengan kisah yang dilaporkan pihak polis. Saya meminta Polis bertindak secara profesional dalam kes ini dan jangan berusaha untuk melindungi anggotanya.

Shah Alam menjadi medan berlakunya pembunuhan Teoh Beng Hock sebelum ini. Malaysia juga menyaksikan sebelum ini kes Kugan yang telah mati di dalam tahanan. Norizan Salleh yang ditembak secara rambang sebanyak 5 kali tetapi masih hidup untuk menceritakan pengalaman ngerinya.

Harap jangan dilupa juga kisah Altantuya bersama bom C4. Ini semua kes-kes yang tergantung yang menjadi tanda tanya masyarakat. Entah banyak mana lagi kes yang tergantung sebegini yang tidak diketahui umum.

Apa yang pasti, kita tidak boleh membenarkan kes Aminulrasyid berkesudahan sebegitu rupa. Kita doakan semoga roh Allahyarham ditempatkan bersama orang-orang yang soleh yang beroleh rahmat.


Wallahu 'Alam
KHALID SAMAD

42 ulasan:

shukry berkata...

salam...
saya cuba buat ikut kronologi ya:

-budak tingkatan tiga
-keluar lewat malam (12++ tgh mlm)
-ambil kereta kakaknya ketika semua sedang tidur
*beberapa laman web berita mengatakan keluar untuk melihat perlawanan bola sepak
-bergesel@eksiden dengan kereta mewah
-panik, melarikan diri
-memandu laju, berlanggar dengan kereta polis
-arahan berhenti diabaikan
.....

letakkan tuan berada di pihak polis peronda pada ketika itu, apa pandangan tuan apabila pada pukul 1.30 pagi ada kereta melanggar kereta peronda, terus memecut dan mengabaikan arahan berhenti? ya, melepaskan tembakan pastinya bukan pilihan...

bagaimana dengan hal yang kita tidak tahu seperti, adakah kereta mangsa mirip dengan kereta suspek apa2 kejadian jenayah?

saya sini bukanlah nk menyalahkan mana2 pihak, cuma saya tersinggung apabila ada pihak yang membuat kumpulan di facebook bermodalkan kejadian diatas...

mIsH IeRA cIK irAh berkata...

hurm... komen di atas ada logiknya...

fakhry berkata...

to shukry:

bile masa dia langgar kereta polis?
baca betol2.
dia memintas, diulangi MEMINTAS.

Miss Shizu berkata...

nh plak pendapat aku...

ko polis k, ader org bawk kete laju2 time ko ronda..ape agak2 yg korg nk buat???takan biar je..
kalau cmtuh, org akan tny plak, ape tugas polis..makan gaji bute jek..

aku bukan nk back up polis ke hape..tp bende nh kene pk positif..kiter ta ley dengar ckp2 org yg tataw bnd nh..aku sendiri pown taw dr paper...org akan buat macam2 ulasan untuk kes nh..percayalah..

kiter kene pk, hanya dengan kes nh, org kutuk polis..abes tuh yg selame nh polis jge keamanan tuh cmner lak?/ader yg anggota terkorban, tp org ckp, nk wat cmner, da keje dier memang gadai nyawa..trime je lah..
biar siasatan dijalankan...biler dah dapat keputusan baru leh kiter taw sape btol sape salah..

yang tahu kejadian nh hanya polis yang tembak, kawan arwah, arwah dan DIA...smoga arwah ditempatkan bersama org2 yg beriman...

wallahualam...

shukry berkata...

fakhry...

benar,dalam blog ini tertulis suspek 'melintas' kenderaan polis...

tetapi saya ambil sumber bukan dari blog sahaja, akhbar seperti utusan, malaysiakini, b.harian dan nstp,mengatakan bahawa suspek melanggar atau hendak melanggar kereta polis.

difahamkan akhbar harakah dan suara keadilan tiada mengulas tentang kejadian hanya tentang keluarga mangsa dan langkah yang akan diambil...

andai kata fakta blog ini lebih 'tepat' iaitu mangsa 'melintas' kenderaan polis tersebut, pastinya bukan 'lintasan' yang biasa sehingga polis kejar kenderaan tersebut, benar?

Wallahu'Alam

Tanpa Nama berkata...

slm..to syukry..klau pn ianya bukan 1 lintasan yg biasa..tp ianya tetap berbeza dgn mlanggar..dan apa rasionalnya polis menembak mangsa tanpa alasan yg kukuh..

miey berkata...

xda²
y polis tuh nk tembak pehal??
mengancam nyawa dia ke??
bt keja jgn ikot hati la bai
ikot prosedur
korg tuh pengaman,bukan pembunuh
so perlu ke nk tembak gtuh??
apa salah budak tuh??
y aku tao,budak tuh niat baik,tlg kawan dia,tp inikah blasan org utk org y baik ??????

dgr tntg cita neh,aku tingat la satu lagu,kelibat korupsi
one buck shot

Nor Azam berkata...

Salam,

Kejadian itu tetap akan berlaku dan memang telah tertulis di dalam riwayat hidupnya bahawa dia akan meninggalkan dunia ini dengan keadaan begitu tetapi kenapa perlu diaibkan dengan kata kata yang tidak sepatutnya.

Sewajarnya tiada tuduhan yang patut diberikan kepada Allahyarham dan tidak sepatutnya ada pihak yang melabelkannya sebagai penjenayah.

Saya tidak begitu berasa kesal mengenai kes menembak oleh anggota polis dan meragut nyawa itu tetapi kesal kerana kenapa tuduhan yang seberono dicampakkan kepada Allahyarham sedangkan Allahyarham tidak mampu untuk mempertahankan dirinya sendiri lagi. Kasihan Allahyarham diaibkan dan keluarganya dimalukan. Andaikata kalaulah kita berada ditempat keluarga Allahyarham.. apakah perasaan kita?

Sewajarnya kita menjaga aib si mati. Bukankah itu yang diajar dan dituntut oleh semua agama?

anti sifat pembenci berkata...

kiter tunggulah mana2 org yg terlibat tampil beri kenyataan.. betul ke wujud situasi tu..

orang yang motor pancit.
orang yang kereta mewah kena langgar..
orang yang naik motor terbabas..

kiter tunggu wujud ke x orang ni..

biasalah manusia.. satu titik hitam lg senang nampak pada kertas putih tu..

kamalHS berkata...

yang tak bagusnye... ade plak parang kat dalam kereta.... kadang2 otak nakal aku pikir agaknya... polis nak tutup kes die letak parang kat dalam kete tu.. pastu die kate la bdk ni penyamun... sebab da byk kes mcm ni... saspek mati kene tembak polis... ade parang dalam kete... so kalau polis tu tak cakap ada parang dalam kete... mesti die kena dakwa... kalau ada parang.. nampak skit mcm penjenayah.. aik...??? polis takkan tak de unit siasatan.. spy ke.. csi ke fbi ke... yang siasat/intip org ni penyamun ke atau tak?... nampaknye polis kite da malaske sebb gaji baru naik.. ?... sama2 kite fikirkan...

balkis berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
balkis berkata...

saya berharap kes ni disiasat dgn seadil2nya...kl ikut kan masej dr media mmg tidak blh diterima akal yg rasional...

melihat gambar kejadian x mungkin kereta tu reverse utk melanggar anggota polis...

kenyataan media mmg xblh dipercayai dan pls la sape2 wartawan tulis la kenyataan yg blh diterima akal...

sebilah parang berada dlm kereta?...xkan la kakak mangsa nak bawa parang.... xkan la budak semuda 15 tahun dah merancang utk merompak or menyamun???

letak kan pemikiran anda di tempat yg sewajarnya. bukan utk menyokong mana2 pihak tp nampak sangat mangsa kejadian berpihak pd magsa dan keluarga

kemusykilan saya:
1. berapa ramai org yg berada dlm kenderaan amirul...setakat pembacaan xjumpa brp ramai kecuali mangsa dan rakan yg buat aduan polis...
2. knp perlu menempak pada sasaran selain tayar kereta?
3. kejadian blh dielak kan sekiranya anggota polis tersebut lebih mahir memandu berbanding magsa. u r trained person to catch ppl but u loser to someone aged 15...mane letak nye kemahiran pihak polis???

pada saya polis x patut melepaskan tembakan ke arah mangsa sbb mangsa x mengancam pihak polis

pihak polis blh catat no plat kenderaan tersebut dan cari pemiliknya dan buat soal siasat selepas pengecaman dilakukan..

kita mmg xblh menyangkal takdir Illahi tapi kt blh berusaha mengubah takdir tu ...

Tanpa Nama berkata...

masalah budak tue mirip seperti penjenayah ... nape x berenti je kereta tue ... tau la panik ... tapi melarikan diri dari boleh mberikan anggapan bahawa mereka tu penjenayah ... lebih2 lagi skarang nie banyak kes samun n bunuh ... dan polis tue langsung tidak mgetahui budak tue berumur 15tahun ... so kite jgn hanya mnunding jari kepada pihak polis ... banyak pihak harus dipersalahkan ... pihak polis hanya mahu mjaga keamanan ... tp sbagai manusia ... kita tak lari dari mlakukan kesilapan ...

Haiblas berkata...

Kepada yg mempersoalkan "kenapa budak tu x ikut ckp polis berenti kete, polis ingatkan org dlm kete tu penjenayah and kete yg dibwknya pon cam kete penjenayah", aku nak kata kat korg... Besar mana pon penjenayah tu, as long as dia xde sampai nak membunuh sesape masa tu, polis xde hak langsung utk tembak dia! Penjenayah pon berhak diadili, hatta kalau dia tu didapati penah melakukan pembunuhan sekalipon, as long as dia x mengancam nyawa sesape masa tu maka dia tidak bole ditembak sesuka ati! Masalahnya skrg ni polis2 Msia mmg trigger happy sbb xde sesapa yg monitor diorg btol2 and politician pon mempergunakan diorg so diorg ni protected dlm kes2 camni!

Haiblas berkata...

Kalau org tu terlibat dlm kes samun dan bunuh pon as long as dia x mengancam nyawa polis, polis xde hak utk tembak dia... Ko blaja mana ni polis bole tembak org suka ati just ikut agak2 dia je... kalau rasa diri tu overwhelmed ngan "penjenayah" tu, get a friggin backup!

Well they aren't among the smartest people. X pnah dgr plak org blaja tinggi2 nak jd polis, so mmg ada je yg x bleh pikir cam dlm kes ni...

Kene respek kat polis ni sbb dia jaga keamanan? Well yeah sure, but u have to earn that respect!

Haiblas berkata...

"tp sbagai manusia ... kita tak lari dari mlakukan kesilapan ..."... Alhamdulillah setakat ni, aku x penah bunuh org lg - kalau kite gunakan akal yg Allah bagi ni, and sentiasa humble and wat suruhan agama insyaAllah kita xkan wat kesilapan camni...

Of course, kalau somehow dah mahkamah decide yg polis2 tu x bersalah, budak tu yg bersalah maka aku tarik balik kutuk2an aku kat polis kat atas2 ni... tp sejauh manakah keadilan yg mahkamah kita bole bg? Don't be naive.

Tanpa Nama berkata...

aku sokong tanpa nama sebelum nie. kpd haiblas: masalah disini polis menembak kereta mangsa dlm keadaan kejar mgejar dan kemungkinan yang tinggi bahawa tembakan itu adalah tersasar. mmg lar pnjenayah pon berhak diadili. polis hanya nk mlumpuhkan kereta tsebut tp sperti mane yg diperkatakan sebelum ini. Manusia byk silapnya.


aku ada terbaca
"Dalam aduannya itu, rakan remaja itu mendakwa keluar dari kereta untuk menyerah diri dan mendakwa salah seorang anggota polis menendangnya dari belakang.

Dia juga, dalam aduan tersebut, mendakwa anggota polis yang lain turut memukul dan memijaknya beramai-ramai.

Dia mendakwa meronta-ronta serta dapat melarikan diri daripada anggota polis tersebut, lalu balik ke rumah."

aduan saksi utama.

yang mjadi persoalanya. seorng bdk brumor 15 tahun dibelasah 4 orang polis yg telah mnerima latihan mempertahankan diri masih dapat melarikan diri. kalu aku dlm situasi tu. aku dh weng dah. kofem2 polis tue attack kepale. kofem2 penin. aku baring jela. kalu xpon dh kene blasah ramai2 cover jela diri tue. sakit kot.

Tanpa Nama berkata...

errr dah brape byk kes bdk 15 tahun ni wat samun?
takkan semudah itu polis nak lpskan tembakan? atau ni salahguna kuasa?

Haiblas berkata...

"Tanpa Nama berkata...

aku sokong tanpa nama sebelum nie. kpd haiblas: masalah disini polis menembak kereta mangsa dlm keadaan kejar mgejar dan kemungkinan yang tinggi bahawa tembakan itu adalah tersasar. mmg lar pnjenayah pon berhak diadili. polis hanya nk mlumpuhkan kereta tsebut tp sperti mane yg diperkatakan sebelum ini. Manusia byk silapnya."

Kenapa perlu menembak masa kejar mengejar? Menembak hanya perlu bila ada kejadian tembak menembak. Ko btol2 percaya ke polis tu nak tembak tayar tp tertembak kepala? Kalau betol pon, unless dia confident dia bole sasar kat tayar and x kene org dlm kete tu, mmg dia x patut lepaskan tembakan. Kenapa x block kete org tu guna kete polis? Biasa polis wat camtu kan? Sayang sgt ke kete?? Hmm mungkin gak kan sbb kete kat Msia ni overpriced.

Tanpa Nama berkata...

Polis mesti dah ikut SOP.. Kereta budak tu pintas kereta polis.. polis kejar sambil bunyi siren dan keluarkan arahan berhenti.. Budak tu degil dengan terus memandu laju.. Polis menembak tayar kereta dengan tujuan untuk melumpuhkan kereta tu.. (Polis tak tawu tu budak keci.. berumur 15 tahun..) Kemungkinan tembakan polis tersasar ada disebabkan kenderaan bergerak..

kalau betul la budak tu tak menyamun.. n budak baik.. ni boleh dikatakan kes kecuaian Polis dan ibu bapa.. Polis cuai sebab tembakan tersasar mengenai budak tu.. Ibi bapa budak tu pulak cuai sebab biarkan anak mereka keluar rumah lewat malam.. n pandu kenderaan tanpa lesen.. Dakwa sekali mak bdak tu.. Dia punca kematian budak tu..

razmie

Haiblas berkata...

Again, nape nak kene tembak kete tu utk lumpuhkan kete tu? Kalau dah tau ada risiko tembakan tu tersasar walaupon 0.5%, mmg x patut tembak lebih2 lagi mangsa x lepaskan tembakan pon. Ada byk cara lagi utk stop kete budak tu kan? Nape nak langgar kete budak tu dr tepi? Kalau takut sgt kene tembak ngan budak tu, ko ikut jela kete dia sampai mana2... lambat laut abis minyak dia berenti la - much better than killing an innocent. Tu yg aku tulis td... polis ada yg trigger happy.. nak settle ngan pistol je.

Yeah the kid was wrong but he was in NO WAY deserved a death sentence for what he did.

Asmoham berkata...

hmm.. semua org mengomen dgn penuh emosi sekali. sape2 yg penah menembak atau ariff ttg handgun mesti tahu betapa tahap recoil handgun esp semi auto, ditambah dgn jarak kereta yg berubah2, dan bergerak2 ke kiri dan ke kanan.. susah sbnarnya nak dapat tembakan tepat. if betul polis tu nak tembak tayar, sgt susah utk ditembak dgn tepat. dan samalah jika betul nak ditembak kepala sgt susah utk ditembak dgn tepat.


n mmg prosedur kalau kereta penjenayah x mau berenti,memecut laju dan keretanye lebih mantap @ x dpt dikejar oleh polis, polis akan tembak tayar.. n utk dpt tembak tayar.. sekurang2 4-5 das baru kene.. depends on jarak ,kelajuan, jenis pistol/rifle, dsbgnye. byk dah penjenayah2 berkereta mewah dan kereta sport di lumpuhkan dgn cara nieh. (kite xtau kete kakak arwah tu kete ape)

dan biasanye lepas ditembak tayar, kereta komfem terbabas dan berhenti. "penjenayah" yg tersepit akan kuar dan menembak betubi2, menyerang dgn parang, atau melarikan diri.

so, berkemungkinan atas faktor teknikal tembakan tidak tepat, ini adalah kemalangan.

dan laporan bahawa rakan mangsa ditendang dan dipijak itu adalah mungkin description utk bgaimana polis menjatuhkan saspek dan restrain saspek ( kilas tangan, merebahkan, pijak dan menggari)


dan tindakan2 diatas lah telah berjaya melumpuhkan byk geng2 samun, pecah rumah, rompak , rogol dan bunuh berkumpulan..

ditambah pula lokasi shah alam. high crime rate. shah alam ngn subang jaya.

jike kenderaan suspek @ "penjenayah" tidak di lumpuhkan,

mgkn byk lagi yg akan jd mangsa penjenayah..

jgn kata kalian lupe kes-kes penjenayah yg merompak dan merogol yg melakukan jenayah berturut2 3-4 buah rumah dlm satu malam.

so harap2nya apa yg saya tulis dpt neutralkan keadaan yg makin bercelaru.

n kalau ada ape yg silap mintak dibetulkan.

sy x ckp adik aminulrasyid jahat @ penjenayah..

tp utk orang yg mempertikaikan usia 15 tahun sbg naif..

anda silap sahabatku..

ramai rsnye penjenayah JUVANA yg keganasan mereka kadang2 tak terfikir oleh kita.

so.. apa2 pn, kita doakan yg teraniaya terbela, yg bersalah didakwa.

Al-fatihah utk arwah adik aminulrasyid n takziah buat keluarga beliau.

mudah-mudahan kejadian yg sama x kan berulang. kita kene tahu apa anak2 n adik2 kita buat, jgn alpa.
phak berkuasa perlu memastikan perkara2 teknikal ( tembakan tidak tepat, kereta suspek terlalu laju dsbgnya) dpt diatasi dan paling penting sekali..

SHIT HAPPENS... n org panggil ACCIDENT atau MALAPETAKA.

i bet no one wishes this would happen. ibu bapa, remaja terbabit, polis dan org awam.


sekian ...

Tanpa Nama berkata...

terlebih dahulu Al-Fatihah kpd arwah dan takziah kepada keluarga beliau.. Mmg ramai yg bg kronologi kata kereta yg dipandu arwah bergesel dgn kete mercedez dan dikejar oleh beberapa buah motorsikal dan sebuah dr motorsikal itu melanggar bhgian belakang kereta mangsa dan dlm cubaan melarikan diri itu arwah memintas kenderaan polis dan disitulah tragedi itu bermula.. dalam semua SCENE ini, knp arwah enggan memberhentikan keretanya?? knp terus lari?? Ini pendapat sy dan sy tidak menyalahkan mana2 pihak.. Cuma berfikir secara logik dan put ur shoes also in arwah side..

1) klu dia tidak melarikan diri semasa melanggar kereta mercedez,beliau terpaksa membayar gantirugi.. sedangkan beliau berumur 15 tahun dn x berlesen.. MMG LOGIK BELIAU TAKUT,KRN 9/10 ORG YG DLM KEADAAN BELIAU AKN MELARIKAN DIRI..sedangkan org dewasa pun klu terlanggar kereta org yg tgh parking akn lari kebiasaannya..

2)Beliau dikejar oleh sekumpulan org bermotorsikal selepas itu..LAGILAH ARWAH JD TAKUT DAN PANIK.. KLU ARWAH BERHENTI KEMUNGKINAN AKN JADI BAHAN BELASAHAN.. X PASAL2 JD KES PKUL PULA.. JD INI TINDAKAN YG MMG NORMAL AKAN DI AMBIL..TERUS MELARIKAN DIRI DAN BALIK KE RUMAH..LOGIK TINDAKAN BELIAU YG DLM KETAKUTAN..

3)Arwah ,memintas kenderaan polis krn ketakutan dikejar bdk2 motor dan tidak berhenti bila polis mengejar.. berdasarkan dlm 2 kejadian di atas, agak2 anda semua, apa yg sedang di alami oleh beliau?? ini situasi dh boleh jd situasi "PROVOKE".. Arwah risaukan keselamatan dirinya dan sbg budak perasaan takut pada keluarga juga timbul.. ARWAH cuba utk menyelamatkan keadaan dirinya dan dlm ketakutan dan juga "PROVOKE" beliau meneruskan tindakan itu..Bila polis mengejar perasaan takut lagi menebal krn dirinya dikejar polis..

Cuma, pihak polis sudah menembak tayar kereta beliau dan sejauh manalah kereta yg sudah pancit tayarnya blh berjalan... Sejauh mana?? ADAKAH TEMABAKAN YG PUHAK POLIS LEPASKAN TERSASAR?? ADAKAN INI NEGLIGENCE DR PIHAK POLIS??

Semuanya berbalik pada situasi.. Krn sy terbaca SOP polis hanya boleh melepaskan tembakan pada individu bila individu itu mengancam nyawa dan kedudukan polis.. ARWAH dan sahabat tiada senjata spt senjata api yg boleh membahayakan polis pd masa itu..

Harap kes ini akn disiasat dgn teliti..Pertimbangkan setiap detik kejadian dgn reasonable dan mengkut SOP.. Setiap manusia punya kesilapan,cuma bezanya wajar ke kita menghukum dgn cara yg demikian?? Mungkin pihak polis juga mempunyai alasan bertindak demikian..

Apapun sy sentiasa menyokong pihak polis dan pihak berkuasa krn jasa mereka terhadap org awam dan negara..Sy hargai mengorbanan mereka..

Namun mungkin yg jd persoalan utama, adakah wajar tindakan itu di dalam masa yg sedemikian??

forrest gump berkata...

kepada tanpa nama,

"Arwah risaukan keselamatan dirinya dan sbg budak perasaan takut pada keluarga juga timbul.. ARWAH cuba utk menyelamatkan keadaan dirinya dan dlm ketakutan dan juga "PROVOKE" beliau meneruskan tindakan itu..Bila polis mengejar perasaan takut lagi menebal krn dirinya dikejar polis.." kalau takut macam mana sekalipun, polis sudah bunyikan siren, dan mengeluarkan arahan supaya berhenti...malah sudah melepaskan tembakan ke tayar...sepatutnya arwah berhenti sahaja...dia cumalah 15 tahun, penjenayah dewasa pun biasanya menyerah jika sudah sampai ke tahap begitu...& untuk menembak tepat ke kepala sewaktu kereta terhuyung-hayang amatlah sukar. manusia punya kesilapan....kecuaian ibu bapa tidak mengawasi anak2 keluar malam, mmbenarkan memandu tanpa lesen patut menjadi iktibar...semoga kes ini memberi pengajaran kepada kita semua baik kepada org awam mahupun anggota keselamatan....al-fatihah buat arwah. semoga rohnya dicucuri rahmat.

Tanpa Nama berkata...

aku nak cerita sikit ape yg berlaku kat aku berkaitan dgn polis ni. 1 malam lebih kurang dalam pukul 8-9 malam aku memadu kereta aku. yang pasti lajunya x lebih 80 km/j.

tiba2 datang sebuah peronda polis betul2 tepi kereta aku sebab jalan tu ada dua lorong. aku di lorong kiri dan peronda di lorong kanan. aku betul2 terkejut sebab mase tu aku x pakai tali pnggang keledar. aku perlahan kereta sebab depan kereta aku ada lagi kereta lain sedangkan nak potong kereta tu, peronda sebelah kanan. peronda tu pun memperlahankan keretanya dan terkebelakang sikit.

ape yang terkejut lagi, peronda tu dah menyalakan lampu sirennya cuma x membunyikan je. aku da gabra tp x lari. bagi aku nak saman sebab x pakai tali xpe la, aku terima. tiba2 peronda tu nak potong aku dan peronda tu da bagi signal ke kiri. aku da bersedia nak stop tepi jalan. tapi bila peronda tu betul2 tepi kereta aku, aku tengok polis sebelah pemandu memerhatikan aku. selepas itu, peronda tu terus laju dan mematikan lampu siren dan signal dan terus ke depan.

persoalannya sekarang, apa pandangan peronda tu kpd kereta aku? kenapa peronda tu menyalakan siren? kenapa tiba2 x jadi nak tahan kereta aku?
dalam kereta tu hanya ada kau sebagai driver, isteri ku sebelah pemandu dan anak aku yang umur 1 tahun. adakah kereta aku disyaki seseuatu oleh peronda tu? aku rasa cerita aku ni lebih kurang sama dengan cerita yang di atas tu........

Tanpa Nama berkata...

dapat akt puak-puak ni suma jadi isu.
kalo korang nak adil la kan..
ko bukak fail
askar kena langgar mati..
budak uitm kene langgar parah..

kalo korang nak fairla..
benda dah jadi..kita boleh ulas..
tapi adakah kita ikhlas mengulas?
ataupun dalam masa yg sama "point" ini amat bernilai sekali pada pandangan masyarakat "marhaen"..

salam ikhlas

no hard feeling

Haiblas berkata...

Ooo abistu ko nak kata yg klu ada kete bwk laju langgar Merc, pintas polis, pemandu dia wajib dibunuh aaa? Kepale hotak ko ni bukan psl nak wat isu politik, ni psl nak btau polis yg diorg are NOT ABOVE THE FUCKING LAW. Aku x persoalkan yg pihak polis/berkuasa patut stop kete tu, tapi tembak dr jarak yg bole tersasar sampai kene kepala driver? That's fucking magnificent.

Haiblas berkata...

Seriously, kalau polis langgar kete tu pastu belasah budak tu cukup2 aku bole terima lg la... tp masalahnya skrg diorg nak tegakkan undang2 diorg sendiri, bole tembak je kat someone tu klu dia disyaki penjenayah. Come on you can't deny that... setiap kali kuar berita psl penjenayah kene bunuh ngan polis, kdg2 org tu xde pon senjata api, tp kene riddled w/ bullets... besenya org India lah yg kene camni. Mungkin la polis tu dan org lain x kesah sbb yela penjenayah menyusahkan org everybody would be happy if they're dead, tp undang2/hukum tu kene la ikut, hatta dlm Islam skali pon org tu kene bwk ke muka pengadilan. Pastu ko nak bela pihak polis lagi?? How bout the fucking parang that they planted into the car after the child's death, and accused the child of crime right after they killed himm??? Nape x siasat dulu baru kuarkan kenyataan akhbar?? Mungkin x sume polis wat camni tp sebahagian, and those sebahagian fucking deserved to be punished accordingly.

Tanpa Nama berkata...

secara logiknye
kenape sebelum tu beberape das tembakan masih budak ni tak berhenti dan menyerah diri?
kenape masih nak lari . kite sume tau kalo masih lari, polis lagi nak kejar kan. mesti die tembak lagi . so why die nak lari jugak
? y and y?

menyerah kan still boley jelaskan kenape

Tanpa Nama berkata...

Situasinya, saya sendiri yg sudah berumur 23 tahun dan sudah bekerja,pernah ditahan polis semasa sekatan jalan raya..pada masa itu saya langsung tidak membawa apa2 dokumen dlm kereta saya termasuk lesen, ic atau apa saje pengenalan kerana tempat tujuan terlalu dekat dgn rumah..saya tidak memberhentikan kenderaan saya semasa sekatan itu, kereta saya dikejar dan saya berhenti, tetapi perasaan pada masa tu tuhan saja yang tahu...kena jerkah dgn polis, kena maki sampaikan dada saya berombak dan rasa nak terbuang air pun ada..jd bayangkan budak yg baru berumur 15 tahun kena kejar dgn polis...pastinya takut yang teramat. noktah.

Tanpa Nama berkata...

Hari ni baca paper, lelaki yg bawa kereta kancil bawa kekasih yang telah dibunuh..polis kejar kerana ia mencurigakan...lelaki tu lari tapi polis tak tembak pun sehingga kereta tu terbabas sendiri..so musykil di sini..adakah dasar undang2 berbeza mengikut kepada IPD? mmg amat menimbulkan kemusykilan..kenapa tak tembak je sedangkan lelaki tu lari juga...dah terbabas cuma diberkas jer.......

Prihatin berkata...

ok...bg aku klu ye pun polis 'TERTEMBAK'they should kuarkan statement apologize..dah salah tembak...ngaku jelah.mungkin masyarakat xkan marah klu polis dah admit kesalahan deorg...kitorangleh terima..polis jugak manusia..ader wat kesalahan..ni duk putarbelit..ape cer?


pk kan balik nape polis siap boleh ubah statement kate budak 2 penjenayah...bukti xde..sbb deorg dibackup...deorg ingat boleh buat sesuke hati..deorg pk deorg kuasa besar..dunia ni deorg punye, suka2 hati nak amik 'NYAWA' org tnpa ade bukti kukuh

aku bukan anti polis...tp klakuan polis skg mmg teruk...that why org pndg rendah pd golongan polis...rasuah n everythg...buat salah xngaku, tp bile pasal org lain, nk kene ngaku salah je...hm...

bg aku,reaksi normal budak 2 lari dr polis...xde lesen n memandu laju...by the way...

budak 2 pun xde rekod jenayah, xperlulah korang nak salahkan de....de hanya budak lag...polis ni dah DITRAINED macam2...xkan akal xde kut nak wat decision berhadapan situasi macam nie...

Ape2 pun,,,aku harap siasatan yg dijalankan nnt telus...Al fatihah buat arwah

Tanpa Nama berkata...

Kita doakan semoga roh beliau berada di kalangan org2 yang beriman.
Al fatihah.

Tunggu sahaja laporan siasatan pihak berkuasa.

Tanpa Nama berkata...

Jika polis mendapati seseorang itu telah membunuh orang lain di depan matanya sendiri, namun polis tetap tidak boleh membunuh atau menembak org itu selagi ia tidak mengancam nyawa polis tersebut.
So, pembunuh pun x boleh ditembak sewenang-wenangnya, ni pula polis tak pasti siapa identiti suspek.. apa kata kalo mangsa yang ditembak tu adalah anak atau sanak saudaranya sendiri.

Sebenarnya 2 isu besar yang perlu dibincangkan ialah:

1-Kenapa Pols menembak mangsa (lebih drp 1 das) tanpa mematuhi prosedur sebenar untuk menembak.?

2. Kenapa keluarkan kenyataan mangsa adalah suspek penyamun / penjenayah sedangkan kes belum disiasat lagi.?

jawab 2 isu pokok ini dahulu baru boleh bincang isu2 picisan yang lain tu.

Tanpa Nama berkata...

Apa-apa pun jangan disalahkan institusi PDRM. Yang perlu disalahkan adalah anggota polis yang cuai. Cuai menembak dan cuai memberi maklumat kepada media. Kalo pegawai terlibat tak menyeebut perkataan penyamun kpd media... mungkin isu ni tak sehangat sekarang. Kalau didapati bersalah..yang patut dihukum adalah anggota & pegawai terbabit sahaja & bukan Institusi PDRM. PDRM cuma perlu kaji semula prosedur utk elak org awam jadi mangsa dan elak org awam takut dgn polis.

Sama-sama kita doakan semoga keadilan tertegak di sini & Al Fatihah untuk Adik Aminurasyid.

Tanpa Nama berkata...

Kita tidak mempertahankan tindakan pemuda yang melanggar undang-undang. Polis wajar mengambil tindakan kepada sesiapa yang melanggar undang-undang dan menghalang polis dari melaksanakan tanggungjawabnya. Akan tetapi sebagai pegawai yang terlatih dan tahu melaksanakan undang-undang, sepatutnya pegawai polis memahami betapa pentingnya bertindak mengikut SOP yang ditetapkan dan bukan mengikut perasaan. Sebagai seorang pegawai polis beliau perlu tahu ketika bila adanya justifikasi untuk menembak orang awam yang melanggar undang-undang. Dalam hal ini saya berpendapat,pegawai polis berkenaan telah bertindak mengikut perasaan bukan undang-undang dan peraturan yang ada. Perbuatan itu sungguh memalukan. Apatah lagi ia berlaku selepas peristiwa yang menggemparkan,dimana seorang murid sekolah ditembak polis kerana dianggap penjenayah kerana gagal memberhentikan kereta apabila diarahkan oleh polis. Kes itu belum lagi selesai disiasat. Sepatutnya semua pegawai penguatkuasa yang diberi kuasa membawa senjata termasuk anggota polis, mengaqmbil aktibar dari kejadian itu, dan lebih berhati-hati. Tujuan undang-undang diujudkan ialah untuk melindungi manusia sebab itu undang-undang ditakbirkan olih manusia dan bukan robot . Oleh itu, jika manusia tidak memiliki kebijaksanaan untuk melaksanakannya, maka keselamatan manusia tidak lagi terjamin.

Apa yang berlaku mencerminkan ada sesuatu kekosongan didalan kepolisan Malaysia. Ini memerlukan tindakan drastik diambil oleh pengurusan tertinggi Polis untuk memulihkan keyakinan rakyat bahwa Polis Malaysia boleh diharap untuk melindungi keselamatan dan kesejahteraan rakyat negara ini.


Kerajaan dan rakyat Malaysia telah memberi bagitu banyak keistemewaan kepada warga polis dinegaera ini dibandingkan dengan apa yang dinekmati oleh perkhidmatan yang lain, tetapi prestasi polis tidak meningkat bahkan semakin merosot...ingatlah kuasa itu seperti senjata yang tajam,jika salah menggunakannya, ia akan mendederakan diri sendiri dan orang yang tidak berdosa. Kuasa adalah amanah Allah, jaga dan uruskanlah dengan jujur, ikhlas dan penuh tanggungjawab.


Rafik...

ridzuan berkata...

Kronologi aku lak berdasarkan kronologi syukri

-budak tingkatan tiga
-keluar lewat malam (12++ tgh mlm)
-ambil kereta kakaknya ketika semua sedang tidur
*beberapa laman web berita mengatakan keluar untuk melihat perlawanan bola sepak
-bergesel@eksiden dengan kereta mewah
-panik, melarikan diri
-memandu laju, berlanggar dengan kereta polis
-arahan berhenti diabaikan

rumusan :- kenapa banyak sangat perkara berlaku dalam 1 masa yg sama? bergesel kereta mewah, lepas tu kawan2 org kereta mewah keje pakai motosikal? org keta mewah kuar makan ngan kawan2 yg bawak motosikal? kenapa org bawak motosikal nak kejar dia semata2 tergesel kereta? mana org yg jatuh motosikal tu tak buat laporan polis pasal langgar lari?

Pada pandangan aku, malam tu durang bawak keta laju...alasan gesel keta mewah...kena kejar motor adalah satu alasan yg nak melindungi tindakan memandu dengan laju. budak umur 15 tahun, dapat bawak kereta....sendiri imagine. bila dah kantoi, come up ngan cerita tak menasabah....

polis pandu keta...suruh berenti taknak...naik berang...tak pk...terus tembak....pastu nak cover line...taruk parang. konon tudung penyamun...tapi taktik tak menjadi, makan diri balik.

Kesimpulan :
kejadian takkan berlaku kalau
1 - mak bapak tak kawal anak ngan baik n kasi anak belajar bawak keta

2 - kalau tak curi2 kuar lewat malam, takkan berlaku kejadian ni.

3 - kalau dia menyerah diri, benda takkan sampai mcm ni.

4 - polis kalau bersikap rasional, perkara ni boleh dielakkan.

cuba korang pk bebaik logiknye. now ahhli politik khususnya PAS nak jadikan isu. Come on...hormat la pada arwah dan keluarga...lu nak main politik jgn la libatkan isu ni. kerajaan dan tak gune....opposition lak opportunist...apa nak jadi negara kita ni?

Tanpa Nama berkata...

Isu macam ni la paling best nak hentam kerajaan yang sedang berkuasa. Jaga keselamatan rakyat kene hentam, jaga kesihatan rakyat kene hentam...sume yang baik tak nampak, nampak yang buruk aje. Dasar kaum tak bersyukur.

Kronologi aku plak :-

(i) Budak umur 15 tahun (dah baligh dan berfikiran waras)

(ii) mengambil kereta senyap2 (tendency ke arah mencuri walaupun kereta kakak die)

(iii) ambil kereta tengah malam (patut student mcm ni dah tido, mak bapak telahpun pastikan anak berada di dalam rumah dan pintu rumah dah berkunci)...x kan sorang ahli keluarga pun x dengar grill pintu dibuka, pintu gate dibuka, bunyi kereta ditolak?

(iv) alasan nak tolong kawan motor rosak ( x kan die tak de motor atau kawan die yang lain x de motor? Kenapa perlu bawa kereta meskipun belum tentu ada lesen/

(v) Betulke kawan motor rosak (Bukti?) Pastu betul ke nak tengok bola (game apa malam tu?)Selalu ke mak die bagi keluar malam tengk bola? atau ni first time (nampak mcm dah banyak kali)...

(vi) betul ke budak 15tahun naif? dalam negara maju, umur 15 tahun dah matang dan boleh lakukan jenayah seperti rogol, mecuri, merompak...compare dengan negara dunia ketiga...

(vii) Rakan yang ikut mangsa, dari mana die tumpang..adakah turut membantu mangsa mengeluarkan kereta. So family rakan mangsa pun gagal memantau anak mereka.

(viii) Kereta tergesel mercedes? Mana bukti kereta dilanggar? Ada x kesan langgar pada kereta mercedes dan kereta mangsa. Kesan cat yang melekat pada kereta mangsa dan kereta mecedes mesti ada...

(ix) Motor yang mengejar? Berapa ramai dan banyak motor yang mengejar. jenis apa? apa kaitan mereka mengejar mangsa? mangsa ada langgar lari sehingga mereka mengejar mangsa? Berapa jarak mangsa dengan rakan yang menghadapi kerosakan motor? (banyak nampak chain of event terputus seolah2 sengaja diujudkan)


(ix) Kereta mangsa meminta kereta polis...polis bunyikan siren (tanda bahawa ianya amaran supaya berhenti)...Mangsa pandu laju (dijangka akan menyebabkan eksiden dengan kereta lain, pejalan kaki memandangkan area shah alam merupakan kawasan sibuk dan kereta masih banyak di atas jalanraya)..

(xii) Polis menembak tayar setelah amaran berhenti tidak diendah...(sikap mangsa yang tidak mematuhi undang1 dan engkar peraturan keselamatan jalanraya)..Rakan mangsa kenapa tidak memberi nasihat supaya berhenti? Adakah rakan mangsa yang mendesak agar kereta tersebut dipandu laju dan jangan berhenti? Mungkin mangsa nak berhenti tetapi rakan mangsa yang mengarahkan memandangkan mungkin rakan mangsa tidak tahu memandu? Tembakan pada tayar adalah amaran dan mangsa masih memandu. (Keadaan ini sangat merbahaya kerana kereta mangsa boleh melanggar pejalan kaki dan penduduk awam yang mungkin sedang melepak di kaki jalan restoran mamak (maklumlah ramai tengok bola)...Polis ada base untuk ambil tindakan pencegahan...


Banyak lagi persoalan yang akan aku bangkitkan demi membela tindakan PDRM...Tunggu...

Tanpa Nama berkata...

emm.,btol2.,logik.,boleh jd gak cmtu.,ap2 pon kte yg xde info yg btol2 ni x layak nk wat spekulasi sndri.,

dan krna kes ni,.xyah la nk muncul group2 dlm fesbook la ap la.,smua seolah2 nk jtuhkn polis.,jasa yg diorg wat slama ni lebih x dipandang.,mcm yg "Miss Shizu" ckp kan.,

pape pon sme2 kte doakan moga roh arwah di letakkan di kalangan org yg beriman.,salam

Tanpa Nama berkata...

base tol la...geram ah bce komen2 yg ala2 s0k0ng polis2 terbabit tuh..doksoh nok tegkkn benang hok basoh la weh,,bunuh ttp bunuh,,,nih dok komen sal kete dok benti tuh bakpe??..hukum ttp hukum,,,sedangkn dlm islam pon klo xde niat nak membunuh/terbunuh,walhal bapak terbunuh ank sbb igt ank tuh bintg buruan,ttp ade hukamn dye....xblajo ke hape,,nih ah kalo xgune hukum agama...xkesah r polis tuh xsengaja ke watsoeva,,jji hukuman ttp jalan...dah,tuh hukum yg allah ttpkan,,,kate negare ISLAM,,,,yg saketnyer,,xyah la beriya sgt nak ckp sal salah arwah tuh,,akuh sendiri kalu kena gituh,lari gamoknye..gabra beb,,dah kalo gabra,tindakan mengatasi pikiran,,xcaye korg cube ah wat gituh..kalu x xkan ade kes langgar lari;langgar,gabra dan lari...lu piki r sendri...
kalau sedare mare korg yg kena xkesahlah dekat jauh,korang MESTI akn salahkn polis itu kan,,,xyah ah nak salahkn mak bapak dye,korang2 tuh gheti sgt ke jage ank?tau sgt ke ape aktviti2 ank tuh?atau yg xde ank...lglah xlayak komen..jadi mak bapak dulu,,buat anak banyak2,,hadap r korg ngn masalh ank2,,sedangkan org ank ramai yg menjadi blake2 tuh,mesti ade sorg dua yg dop jadi..

R.I.P aminulrasyid...and justice 4 u...

ain najlaa berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
faridapedaah :D berkata...

seriously , knape nak kena sokong polis tu ? bukan nak berat sebelah ke ape ke , tapi logicly polis tu dah tembak tayar kereta tu . so lama kelamaan kereta tu akan berhenti jugak . knapa tak follow je kereta tu sampai berhenti ? bukannya pemandu (arwah) tembak dia (polis) tu pun . kalau arwah tembak lainla cerita dia nak shoot skali lagi . tahula muka dia (arwah) macam ada seorang penjenayah ni . kejar jela . asal ? takut sangat kena tembak ? bukan polis dah memang pakai baju kalis peluru ke ? kalau kena tembak sekalipun , polis kan pakai baju kalis peluru . masalah gila ! lagipun seriously logik arwah lari . dengan pressure baru lepas langgar kereta , kena kejar dengan motor , kena kejar dengan polis , SAPE TAK PRESSURE ? dahla dia baru 15 . he is just a kid ! mestilah dia takut lebih2 lagi kalau kena tangkap dengan polis . apa dia nak cakap sama family dia ? tahula dia salah sebab mmandu tanpa lesen , tapi biasalah remaja buat salah . but he dont deserved to be killed ! that policeman ada 1001 cara untuk berhentikan kereta tu ok ? takkan lah tembak satu2 jer cara yang ada ? tipulah kan ..
al fatihah untuk arwah aminulrasyid . justice untuk arwah ..

Related Posts with Thumbnails