VVIP DENAI CINTA

27 April 2010

JUSTICE 4 AMINULRASYID AMZAH!!!

Kes ini masih dalam siasatan pihak Polis DiRaja Malaysia. Semoga pihak PDRM dapat menangani kes ini secara telus demi memastikan tiada salah-laku anggotanya hingga membabitkan kehilangan nyawa insan yang kita belum juga pasti sama ada dia penjenayah atau sebaliknya.



REMAJA MAUT DITEMBAK POLIS
SHAH ALAM :
Seorang remaja maut selepas terkena tembakan yang dilepaskan anggota polis peronda apabila remaja itu dipercayai cuba mengundurkan kenderaannya untuk melarikan diri ketika disekat dalam satu kejadian di sini, awal pagi semalam. Sehubungan itu, empat anggota peronda dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, kini diarah melakukan kerja di pejabat bagi membolehkan siasatan terperinci kes itu dijalankan.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar, berkata dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi itu, anggota peronda berkenaan terserempak dengan sebuah kereta Proton Iswara di Seksyen 11, di sini. Katanya, anggota terbabit cuba menjalankan pemeriksaan terhadap kereta itu dan mengarahkan pemandunya berhenti, namun dia memecut, menyebabkan anggota peronda mengejarnya.

"Setiba di tempat kejadian di Jalan 11/2G, Seksyen 11, anggota peronda berjaya menghalang kereta itu. Penumpang kereta berkenaan, seorang lelaki, keluar dan melarikan diri, manakala pemandu kereta, cuba mengundurkan keretanya, menyebabkan anggota peronda terpaksa melepaskan beberapa tembakan," katanya di sini, semalam.

Khalid berkata, satu daripada tembakan itu mengenai pemandu kereta berkenaan yang kemudian mati akibat tembakan itu, manakala rakannya dapat melarikan diri. Katanya, pemeriksaan terhadap pemandu berkenaan mendapati, dia adalah remaja lelaki berusia 15 tahun.

Polis juga menemui parang dipercayai digunakan untuk kegiatan samun dalam kereta berkenaan. Khalid berkata, beliau sedih dengan kejadian itu dan sudah mengarahkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Katanya, beliau akan melantik seorang pegawai di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) menjalankan siasatan penuh mengenai kejadian itu. Beliau berkata, siasatan akan dijalankan terhadap keempat-empat anggota berkenaan, walaupun hanya seorang daripada mereka yang melepaskan tembakan berkenaan bagi mengetahui punca sebenar kejadian. - BERITA HARIAN


KAKAK TAK PERCAYA ADIK JADI PENJENAYAH
KLANG : Keluarga Aminulrasyid Amzah, remaja berumur 15 tahun yang mati ditembak polis selepas dikatakan cuba melarikan diri daripada sekatan polis awal pagi semalam, terkejut dengan kejadian itu dan tidak percaya dia seorang penjenayah. Di sebalik penemuan parang oleh polis dalam kereta dipandu Aminulrasyid, kakaknya, Nor Azura Amzah, 39, berkata adiknya itu mungkin panik selepas melihat rakannya lari daripada kereta dinaiki mereka.


"Dia baru 15 tahun, takkan seorang penjenayah. Walaupun sukar menghadapi keadaan ini, saya pasrah," katanya di pekarangan rumah mayat, Hospital Tengku Ampuan Rahimah di sini, semalam.

Nor Azura juga menafikan ada parang dalam kereta berkenaan. Aminulrasyid pelajar Tingkatan Tiga Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 9, di Shah Alam, mati di tempat kejadian
. - BERITA HARIAN

36 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

memandu kereta tanpa lesen pun dah satu kesalahan.... budak tu keluar ke mana pukul 2 pagi? tang tu kakak dia tak nak percaya pulak....

hamdan suhail
sg buloh

Tanpa Nama berkata...

biasalah budak2 sikap ingin mencuba.....salah memang salah....benda nie terjadi pun sebab nak bagi pengajaran kepada semua....sedekahkan fatihah sudah......
everything happen for reason......

ROHAIFI AZRI berkata...

Eloknya budak-budak/remaja sekarang dikenakan larangan/perintah berkurung di malam hari...

Anak-anak sekarang terlalu bebas...!

Tanpa Nama berkata...

bkan nak perpihak kepada sesiapa,tapi cuma tak puas hati, kenapa perlu lepaskan tembakan if penjahat tu tak bertindak ganas?hanya mengundurkan kereta saje dah kene tembak ke?

ROHAIFI AZRI berkata...

rasenye kalo polis tu tembak tayar keter pun dah cukup... Nyawa ni xde jual 'spare-part' kat memane weiii...

Tanpa Nama berkata...

my dad was a police and he said that if the criminal tries to runaway using a vehicle, the police need to give him a warning shot which is by shooting the tire. and, if he didn't give the police any harm, they SHOULD NOT release gunshots. Instead, they only need to chase the criminal. So why did that policeman fired a gunshot in the first place? I'm sure he knows better about the laws. I think that policeman is "trigger-happy"

aKU BENCI pOLIS tU berkata...

Sapa-sapa yang membawa parang dalam kereta mulai hari ini akan dipercayai sebagai orang yang cuba menyamun... AWAS JANGAN BAWA PARANG DALAM KERETA, ANDA MUNGKIN AKAN DITEMBAK...

A "trigger happy" policeman. yeah maybe... Easy going, easy trigger. Kuat melatah baik takyah jadi polis, keja tukang kebun lagi bagus.

KiRoRo berkata...

al-fatihah la kt bdk nie..Aku asa bdk nie panik kot cuz xdak lesen..Tp pihak polis x septtnya tembak ja trus..agpun bdk nie bkn da snjata api pun..cuma undr keta ja..nyawa xdak ganti lam dunia nie..

Raizzèn berkata...

Hamdan Sohai ni ckp mcm orang takda otak.

Haven't you been 15 and young and stupid yourself ? For God's sake he's FIFTEEN.

And it doesn't give anyone's any right to go all trigger happy. Because trust me if thats the case Sohai, you wouldn't be here.

Grow some brains before you start parting your diarrhea infested lips.

Ee berkata...

ramai polis yg baru keluar akademi skrg ni yang naik tocang.. sibuk mendabik dada dan menunjukkan gahnya.. walhal tiada apa yg patut dibanggakan.. tugas polis skrg bukan menjaga ketenteraman awam tetapi mewujudkan kucar kacir dengan menunjukkan kuasanya sebagai polis..

Tanpa Nama berkata...

http://www.myspace.com/aminulrasyid
ini adalah laman sosial myspace arwah
klik dan lihat sahaja
gmbar MARIJUANA terpampang
is it ur call for JUSTICE
u can call it justice when u have money
JUSTICE only for the rich people
damn fucking shit

Tanpa Nama berkata...

dh tgk myspace dia..hurmmm sudut about me trpampang besar MARIJUANA...apa mksud dia?..
nway..hnya al-fatihah mmpu aku bg kat aminulrashid..keadilah akn trtegak jka brda d pihak yg benar..

manjeamusyuk berkata...

Setuju ngan semua dan Ee

Tanpa Nama berkata...

knape semua menyokong pihak mangsa? knape tak tengok dari segi pandangan polis berkenaan? if ko polis tiba2 je die nak reverse kete tu ngan keadaan laju, mesti la rupa cam nak langgar je kan? it is an act of self defense gak. yg kiar tengah malam tu knape? jangan lupe. budak tu melarikan dari pihak polis, jadi pihak polis bleh la menyangkakan yg suspek tu adalah penjenayah. knape nak lari? lebih baik kena saman dari kena tembak.

Tanpa Nama berkata...

i WAS one of his fren last time.
since i know him, he was very polite to other older ppl.
sometimes he a bit naughty. yeah, driving a car without a license at 2 a.m kind of naughty not a JENAYAH. FYI, he just spend his time with his fren that nite to watch football match. like some other boys who was living in the hostel, they will have a really big intention to FLY on that nite just to watch football. the POLICE SHOOT BEFORE they saw the parang. but then, because of the existence of the parang, he accused as a crime. is that we called JUSTICE? he just a boy who afraid by a police that chased him. police shouldn't have a reason to shoot him instead of blaming the arwah. the family have their dignity. we should respect them.

Tanpa Nama berkata...

moral kepada kisah in, lebih baik kena saman dari kena tembak. kepada sesiapa yg cuba lari dari pihak polis, jangan le pepandai nak lari, nanti menyesal tak sudah2. ape yg lebih penting, duit ke nyawa??

Tanpa Nama berkata...

dia masih dibwah umur..dia panik..sbb tu dia larikan diri...kite yg da dewasa ni pon panik kan bler kena tahan mcm tuh..
mayb dia nk lari sbb:
1.tade lesen
2.ketakutan sbb kwn dia da lari

**tk berani nk judge sape benar sape salah**

~~cume silalah ambil tahu dimana anak2 anda~~

Ben berkata...

Salam..
ni merupakan pandangan saya berkaitan dengan kes ni.

1. setahu sy, tindakan polis untuk mlepaskan tembakan kearah suspek yg dlm keadaan mencurigakan (dlm kes ni mungkin sbb mangsa pecut kenderaan ktika mlihat peronda). Tapi tembakan spatutnya dilepaskan bertujuan untuk memberhentikan kenderaan dengan mnembak tayar dsb. Pd pdgn sy, tembakan polis tersebut tersasar dan terkena mangsa. ini dsebabkan dalam etika polis sndiri, tembakan diparas zon Merah (kepala dan leher) adalah tidak dbenarkan sama sekali. dan dimaklumkn bhw mangsa terkena das tembakan bahagian blakang leher. rasanya walau penembak tepat pn akan menghadapi kesukaran untuk menembak tepat ke bahagian leher dlm keadaan kenderaan bergerak.

2. Berkaitan dengan mangsa yang keluar menonton bola pada lewat mlm awal pagi. bg sy, umur beliau 15 tahun tlalu muda utk kluar dan mlepak dwarong ke memane port utk tgk bola. andaikata fanatik sgt dengan sukan bola, rasanya xde masalah utk tgk kat rumah. spatutnya kalau budak tersebut sperti yg dkatakan sbagai baik, sopan santun dsb nilai murni, spatutnya masa tersebut beliau akan brada drumah.

3. berkaitan memandu kereta tanpa lesen. melihat kpd kes mangsa, spatutnya mangsa tidak lari apbila terserempak dgn peronda. tugas peronda, terutamanya dwaktu pagi sperti itu, ialah melihat keadaan lalulintas, keamanan dsb. andaikata terserempak dgn kenderaan yg mencurigakan, smestinya tindakan serta merta perlu dilakukan selari dengan memaklumkan kpd unit trafik. dan dimaklumkn ddalam kenderaan mangsa terdapat parang, sememangnya objek tajam yg mampu menyumbang kpd kcedraan. mgikut undang2, sebarang objek yg boleh mndatangkan parah atau kcedraan tidak dibenarkan dletakkan dlm kenderaan, kcuali perkakasan kenderaan itu sndiri. sekiranya dsabitkan ksalahan, mangsa akan dihadapkan dengan 3 ksalahan iaitu memandu tanpa lesen, memandu dalam keadaan merbahaya dan memiliki senjata tajam dalam kenderaan.

4. Kesimpulan, kes ni sy tidak memihak kpd sesiapa samada polis mahupun mangsa. namun tindakan ibu bapa spatutnya lebih peka thadap anak masing2. sygkan anak biar berpada2. kpd org awam, jgn salahkan Polis Di Raja Malaysia, tapi andaikata polis tersebut disabitkn ksalahan, salahkan Polis TERSEBUT sahaja.

sebarang maklumbalas berkaitan komen di dialu2kn.. tidak menjatuhkan sesiapa tapi hanya nak meluahkan pandangan peribadi.

Nor Azam berkata...

Salam.

Khas buat mereka yang mengikuti kejadian ini.

Kerana perkara ini tidak terjadi pada kita jadi tidak bermakna kita terselamat daripada hal ini dan terus menjatuhkan hukuman ke atas insan lain yang lemah. Kita tidak tahu ketetapan ALLAH s.w.t Yang Maha Kuasa. Jangan menghukum satu pihak yang lain kerana pihak itu kelihatan lemah di mata kita dan pihak itu tidak dapat bersuara lagi untuk keadilannya sendiri. Keadilan adalah milik semua orang dan semua orang berhak mendapat keadilannya. Tidak guna bertikam lidah kerana yang pergi tetap pergi dan tidak akan kembali lagi
Semoga yang lemah akan mendapat keadilan yang sewajarnya demi maruah diri dan maruah keluarganya

Semoga ALLAH s.w.t akan mencucurkan rahmatNYA ke atas roh Allahyarham Aminulrasyid Amzah dan ditempatkan bersama-sama golongan yang beriman dan diberkatiNYA dunia dan akhirat.

Tanpa Nama berkata...

setuju n sokong 100% ngan ben. memang betul la. kite tak seharusnya menyokong satu pihak je. semua pihak harus dipersalahkan, jangan sekadar nak menuding jari kearah satu pihak je. andaikata pegawai polis berkenaan daidapati tidak bersalah, siapa yg akan mendapat malu besar?? jangan bertindak mengikut emosi terlebih dahulu tunggu je penyiasatan..

Tanpa Nama berkata...

saya tak setuju dengan ben. klu dia ikut perkembangan kes ni.. dia septutnya tahu bahawa kuarge mangsa tiada langsung menyalahkan sesiapa.. hanya mntk dibersihkan nme krne anaknya bukan PENJENAYAH. hanya nakal sahaja. NAKAL dan JENAYAH tu berbeza.

yg DEPA MINTAK KEADILAN ADALAH BERSIHKAN NAMA ANAKNYA! yg polis lagi memijak2 rakannya yg menyerah diri tu pe kes? TAKKAN SAUDARA TAK TGOK LAPORAN POLIS DIBUAT OLEH RAKANNYA?

SEMUA ORG TAHU ARWAH MEMANG SALAH. BANYAK SALAH. TAPI, ADIL KE DENGAN TEMBAKAN PADA ZON MERAH?? KALAU TERTEMBAK, KENAPA TAK MENGAKU? MALAH, LEBIH MENYALAHKAN ARWAH ADA PARANG LAK. BUAT BERITA SENSASI, KUNUNNYA DIA NAK ROMPAK. APA KES?

KALAU TAK KERNA RAKAN2NYA DAN KUARGA BONGKAR SIFAT SEBENAR ARWAH, TAKKAN ADA BERITA SENSASI NI. DAH LAMA MMG NGAKU DGN KSLHN ARWAH. TPI INI DIA BUKAN WAT JENAYAH. HARAP FAHAM!

Tanpa Nama berkata...

kite tak tau cite sebenar2nya ... kalu nk dikutkan 2-2 salah ... polis salah budak tue salah ... kite tau mereka polis tp polis xpasti mane satu penjenayah ...

tp kat sini bukan bmaksud saya mgatakan adik Aminulrasyid Amzah penjenayah ... sila jgn salah faham ...


so recommendation yang bole dibuat ... buat satu akta budak bawah umor limit hanya smpi 0000h (12am) ... di SELURUH MALAYSIA ... and amek iktibar sume yang blaku nie ... coz stiap yang blaku ada hikmah dsebaliknya ... Allah SWT maha bkuasa ... kite bserah padaNya ... n AlFatihah untuk adik Aminulrasyid Amzah ...

Tanpa Nama berkata...

kalau x pasti mne penjenyah pun, kejar je la... APSAL POLIS TAKLEH KEJAR BUDAK KECIK BAWAK TAKDAK LESEN?

TEMBAK SEKALI DUA KENA TAYAR DAH R. PASAL SMPI 4 KALI. KERETA TU DA TERBABAS. TEMBAKAN TERAKHIR TERKENA MANGSA. NAMPAK TERBABAS DAH R. TAKYAH NAK TEMBAK2 LAGI. KEJAR JGN TAK KEJAR!

POLIS KAT MALAYSIA TAK WELL-TRAINED EK? LOPEK GILER. MALAM2 MNE DE BNYK KERETA. KEJAR R SELAJU MUNGKIN.

KEADILAN YG DITUNTUT, ADIK AMINULRASYID BUKAN PENJENAYAH. SEKARANG NI BERITA HARIAN DAN UTUSAN CKP DIE PENJENAYAH SEBAB ADA PRANG.

KENAPA STIAP KALI POLIS KES SALAH TMBAK, MSTI ADA DISELITKAN PARANG/BNDA2 LAIN PENYEBAB SI MANGSA SALAH? MMG TAK ADIL!!

Tanpa Nama berkata...

bagi saya .... polis manalah tahu ada budak 15 thn dalam kereta ... kalau dia tahu dan dia tembak that means something serioulsly wrong with the police... tapi let say this guy undur kereta ngan laju sampai nak langgar polis... takkan polis nak diam diri dan sanggup mati diri sendiri... kalaulah budak tu sopan santun cuba tengok facebook dia .... i don think so he is just naughty... and parents what were u doing letting your son out night at 2 am ... dah jadi benda barulah nak mintak adil, justice... aahhhhh buang masa parlimen buang masa polis and buang masa semua org kat sini yg bagi komen termasuk diri sendiri.....

Tanpa Nama berkata...

tony : aku pon sokong gak dengan ben & individu sent komen 29/4. mmangla setiap mak akan kata anak saya baik, sopan santun, hormat org tua.mak saya pown akan kata saya sorg yang baik sbb saya sorg yg hormat & bla bla bla...tapi saudara saudari pernah imagine x apa yg student PMR umu 15 TAHUN KELUAR rumah jam 2PAGI..klu mak ayah saya kompom mengamuk habis. tapi apa yg ibu bapa Allahyarham ni buat??x tgk2 anak tu ader kat bilik ke x, ader wat homwork ke x. ader? xkan la sibuk cari duit sampai xtau anak kluar kol3 pagi?jgnla nk salahkan polis. they are just doin their job.kalau org nak serang saudara saudari, ape yg anda akan lakukan?either lari or fight back gak kan..fikir2la saudara saudari sekalian.

Osama4Peace berkata...

Ini nak salah pun, salahkan mak bapak dia... Tau lah, anak bawah umur, bagi keluar lewat malam lagi... LAGI bawak kereta... Ingatkan mat rempit bawak motor dah cukup teruk, ni lagi mantap... 15tahun bawak kereta... ni kena nama Mat Reta

Tanpa Nama berkata...

sy berstuju ngn osama4peace, npa parent dorg xtahu anak mereka kluar. besides,remaja skg byk karenah. d rumah mgkin baik, dluar kta x tahu. byk kes yg brkaitan remaja skg ini. pihak polis mgkin slh krna terus mnembak. ttapi,Allahyarham sndiri menimbulkn kecurigaan. sy brsimpati dgn kematiannya, ttapi kta tdk boleh myalahkn pihak polis sahaja. jika mereka tidak menjalankan tugas,mereka dicemuh pula.oleh itu, fikirla yg terbaik dlm kes ini.

Ben berkata...

ni beberapa feedback dari sy.

1. Berkaitan perintah bdk bwh umur xleh kuar slepas 0000Hrs

~sbenarnya benda ni dah lama ada, dan dikuatkuasakan. ini adalah untuk mgurangkan kes ksalahan juvana (xtau bkesan ke tak), dimana remaja dbawah 18 thn tdk dbenarkn brada dluar premis tanpa pengawasan org tua. tapi sejauhmana ibubpa sedar tentang perkara ni sukar utk dpastikan.

2. Berkaitan tembakan rasional tak smpi 4 kali.

~sperti dlm post sy sblum ni, sy mnyatakan bhw tembakan adalah untuk mperlahankan kenderaan suspek (dlm kes ni mangsa). kita xpasti lagi 2 kali tembak tu berjaya memperlahankn knderaan mangsa. dlm keadaan normal pn mangsa brani nak reverse kete smpi hampir melanggar polis, tidak mustahil mangsa mmbawa knderaan dlm keadaan yg laju. dlm keadaan laju, tembakan tersebut perlu mengambil beberapa kriteria sblum mengambil tembakan. antaranya:

i. keadaan lalulintas.
ii. keadaan jalan raya, berada dkawasan kediaman, selekoh, bukit etc yg mgkn membahayakan persekitaran skiranya kenderaan terbabas etc.
iii.gaya pemanduan mangsa, dlm keadaan stabil atau tidak.

dan beberapa kriteria lain. jd dlm usaha utk memperlahankn kndraan tsbut, mgkn 2 das tidak mcukupi. Faktor umur 15 tahun xboleh djadikan alasan krn polis atau org awam sndiri pn xtau yg bawak kereta tu budak2 terutama pd waktu mlm. kat kreta tu pn xde tulis BUDAK 15 TAHUN SEDANG MEMBAWA KERETA. so tindakan mangsa reverse kenderaan tersbut bleh djadikan sbagai pemandu yg mencurigakan.

3. Berita sensasi.

~anda kena faham, media massa bukan sumber yg sahih. mereka hnya menyampaikan berita. sekiranya anda membaca pelbagai akhbar, gaya penulisan setiap akhbar tidak sama. terdapat tokok tambah yg dlakukan. so jgn sempitkn pemikiran dengan membaca akhbar, dan terus percaya kandungan akhbar tersebut. kalau anda seorang yg matang, anda mesti akan membuka mata dan berfikir.


Tu merupakan maklum balas terhadap post aku sblum ni. korang kene tau bezakan apa yg polis katakan dan apa yg BERITA/AKBAR katakan. yang mengatakan budak tersebut penjenayah bukan POLIS tapi AKHBAR.

Tanpa Nama 2010 April 29 12:53 mengatakan polis lopek. xpela itu pendapat anda. dan sekiranya betul, andai kata satu situasi melibatkan diri anda. contoh motor anda kene curik, atau rumah kene pecah masuk. saya nasihatkan anda xpayah la pergi ke balai polis dan lapor kat polis. kenapa? coz ANDA sendiri kata POLIS tu LOPEK. so xde gune kan?

Sekiranya anda betul dengan pendapat anda, letak lah nama kat setiap post anda. Accountability terhadap apa yg anda ungkapkn. yg kedua, fkir sblum anda post dan beri pandangan. kerana pandangan anda menunjukkan kematangan dan kepandaian anda. JGN SERLAHKAN KEBODOHAN ANDA WALAUPUN ANDA BODOH. ktiga, post sy tidak menyebelahi pihak polis atau pihak mangsa dan tidak menyalahi polis atau mangsa. sbagai seorang yg matang, buka fkiran anda, jgn tersepit dengan pemikiran yg kolot.

yang terakhir, andai kata kes ini terbukti, sekiranya mangsa salah, JGN KAITKAN MANGSA DENGAN GOLONGAN REMAJA YANG LAIN. sekiranya polis pulak yg salah, JGN SALAHKAN POLIS DI RAJA MALAYSIA, SALAHKN POLIS TERSEBUT. buang ungkapan pepatah kerana nila setitik, rosak susu sebelanga, kerana ungkapan inilah kita xkan bersatu.

sekian.

Tanpa Nama berkata...

1 - Umur 15 tahun pukul 2 pagi tengah drive ngan kgkawan..
* Mana Lesen?? Camana Mak bapak leh benarkan dia bawak keta??

2 - Dah Polis Suruh Berhenti, X mau berhenti... Dh xde lesen, etiqa memandu mana ada!! Polis tu ade kuasa suh berhenti, dia jaga keamanan... ko langgar peraturan!!

3 - Siap berkejar-kejaran ngan polis plak!! saje nak tunjuk HERO ke?? atau Panik?? Panik kot~

4 - Dh kena Block pun masih nak lari!!! Aii~ kalo aku polis, aku pun rasa was2 ngan tindak tanduk mamat nih!! paling x pun aku syak dia bawak dadah!!!

Kalo aku ketua polis, penjaga dia yang aku saman... Ke Aku yg salah, Anyway... Aku simpati dgn Arwah cuma patut menjadi pengajaran buat SESETENGAH IBU BAPA...

Tanpa Nama berkata...

To Ben..

Nampaknya anda telah menunjukkan kelemahan diri anda sendiri. Quote "sy tidak menyebelahi pihak polis atau pihak mangsa dan tidak menyalahi polis atau mangsa". Anda telah judging police was right at first place. Dari permulaan hingga akhir statement anda jelas. Fikir dulu sebelum bertindak, jangan mudah menilai terutama orang lain untuk sependapat dengan pandangan sendiri.
Pendapat saya:Kedua2 pihak, mangsa dan polis mempunyai kesan dan akibat yang berbeza. Kesilapan mangsa telah menjadikan tindakan yang amat tidak praktikal bagi polis. Secara asasnya kesalahan mangsa yang amat jelas gagal berhenti semasa amaran dibuat. Namun apakah tahap efektif dalam menyampaikan amaran untuk berhenti berjaya disampaikan. This is the vital point to induce and determined the next event to occur. Persoalannya adakah cukup tindakan atau counter measure oleh polis untuk membenarkan tembakan dilepas dengan mudah. Bagi mangsa adakah dia memahami situasi yang sedang dihadapinya dan sekiranya dia gagal berhenti dia akan ditembak dan mati adalah pilihannya. Mungkin message untuk membuatkan mangsa berhenti kereta mungkin tidak berjaya disampaikan.
Sekiranya dua perkara asas di atas tidak dpt diketahui hingga kini sebarang penilaian atau hukuman terhadap kes ini adalah lemah dan tidak dapat diterima.
Kesalahan mangsa seperti keluar tgh malam, memandu tanpa lesen dan melanggar kereta adalah tidak relevan kerana untuk menjustifikasikan tembakan masih tidak dapat dibuktikan secara konkrit hingga kini.

Police professionalism? evidently not..
Victim is a good person? doubly..

Ben berkata...

tQ kepada Tanpa Nama yg memberi feedback.

1. Setahu sy, tindakan melepaskan tembakan dalam kes kejar-mengejar adalah stelah memaklumkn kpd kawalan pusat. stelah mndpt kbenaran, brulah tembakan bleh dlepaskan.

2. sy tidak menyebelahi polis, sbb sy tau ade gak polis yg xbaek dan kuang ajo, xpecially intake2 baru ni. tapi dlm kes ni, kita sndiri dmanipulasi oleh media utk myalahkn Polis Di Raja Malaysia. mcm yg sy katakan, jgn slhkn PDRM, slhkn individu tersebut.

3. kpd saudara Tanpa Nama, payah kt nak membuktikn sape benar dan sape slh. kita nantikan je kputusan siasatan. tujuan sy membuat post dsni, bkn untuk myiasat, atau membantu siasatan. tidak sm sekali. cuma utk memberitahu kpd blogger2 skalian, jgn menghangatkn isu yg xtau kemana ksudahannya. hujah2 atau point2 yg sy letakkn dsni utk membuka mata kalian utk berfikir. bukan utk membuat kputusan, yg mane benar dan salah. bukan dtgn kita utk menentuknnya.

tq kpd saudara "Tanpa Nama". teruskn memberi buah fikirsan saudara/i dan kalau bleh letaklah nama. senang utk djadikn rujukan.

Sekian

Tanpa Nama berkata...

sape yg sokon polis,dia buta..buta hati n buta mata..come on..fifteen..wat u all expect?

Tanpa Nama berkata...

Persoalan yang kita perlu fikirkan adalah seperti berikut:

1. Kejadian tersebut berlaku pada masa gelap, jadi bolehkah pihak polis tahu yang berada dalam kereta ada remaja atau orang dewasa. Sempatkah sesiapapun yang berada dalam keadaan cemas bertanyakan nama, umur, asal-usul, hobi atau makanan kegemaran. Secara logiknya, apabila seseorang pemandu dikejar oleh kereta peronda polis, beliau mestilah berhenti. Sekiranya enggan, polis mungkin mengesyaki itu adalah penjenayah atau pengganas kerana hanya penjenayah takut dengan polis dan cuba melarikan diri.

2. Kenapa ibubapa atau keluarga mangsa boleh membenarkan mangsa memandu kereta walaupun mereka sedar mangsa tiada lesen dan dibawah umur? Ibubapa dan keluarga pun bersalah dalam hal ini kerana membiarkan anak dibawah umur keluar rumah sampai jauh malam. Kalau pihak polis didakwa dalam kes ini, keluarga beliau juga patut didakwa kerana gagal memberi perhatian yang sewajarnya sehingga mangsa mungkin merasakan memandu tanpa lesen dan melanggar orang lain tidak menyalahi undang2.

3. Namun begitu, saya tidak mengatakan tindakan polis itu adalah 100% tepat. Mungkin dalam kekalutan, pihak polis pun pun mungkin panik kerana bimbang keselamatan mereka mungkin terancam sekiranya yang berada dalam kereta adalah penjenayah sehingga polis terpaksa melepaskan tembakan amaran dan tembakan ke arah suspek. Kalau mangsa adalah ahli keluarga kita, kita mungkin akan kecewa terhadap pihak polis kerana melepaskan tembakan (yang mungkin bukan sepenuhnya mengikut garispanduan PDRM), dan kecewa terhadap diri sendiri kerana gagal mendidik anak atau adik-beradik kita dengan baik.

Kesimpulan:
1. Ibubapa perlu memastikan ke mana anak2 pergi dan siapa kawan2. Kalau perlu, ibubapa sendiri mesti menghantar dan menjemput anak2 walapun pergi tusyen, tengok wayang atau menonton perlawanan bola sepak.
2. Ibubapa tidak patut membenarkan anak2 di bawah umur, tanpa lesen memandu yang sah memandu kereta atau menunggang motorsikal.
3. Dalam Islam, tanggungjawab mendidik anak2 adalah tanggugjawab ibubapa kerana anak2 yang lahir ibarat kain putih yang suci. Bukan tanggungjawab guru, polis, bomba atau masyarakat untuk mendidik. Dosa yang dibuat oleh anak2 akan juga ditanggung "syernya" dengan ibubapa. Secara umumnya, salah didikan ibubapa menyebabkan anak2 akan engkar terhadap undang2 agama, undang2 negara dan nilai2 moral yang murni. Selain itu, dalam Islam, sekiranya seseorang itu telah baligh, beliau bukan lagi dikategori budak2 tetapi sudah dewasa dan boleh mendirikan rumahtangga sendiri atau menjadi tentera. Hanya Yahudi saja yang menetapkan orang bawah 16 tahun adalah minor supaya orang bukan Yahudi kekurangan jumlah tentera.

Walaubagaimanapun, semua ini adalah pendapat masing2. Saya tidak menyokong mana2 pihak. Tunggu sehingga siasatan pihak berkuasa selesai.

Tanpa Nama berkata...

Tolong DELETE mesej (2010 Mei 5 11:03). Tak sempat habis edit, tertekan post button.
..............................


Persoalan yang kita perlu fikirkan adalah seperti berikut:

1. Kejadian tersebut berlaku pada masa gelap,, jadi bolehkah pihak polis tahu yang berada dalam kereta ada remaja atau orang dewasa. Sempatkah sesiapapun yang berada dalam keadaan cemas bertanyakan nama, umur, atau asal-usul,. Secara logiknya, apabila seseorang pemandu dikejar oleh kereta peronda polis, beliau mestilah berhenti. Sekiranya enggan, polis mungkin mengesyaki itu adalah penjenayah atau pengganas kerana hanya penjenayah takut dengan polis dan cuba melarikan diri.

2. Kenapa ibubapa atau keluarga seseorang boleh membenarkan mangsa memandu kereta walaupun mereka sedar beliau tiada lesen dan dibawah umur? Ibubapa dan keluarga pun tak sepatutnya membiarkan anak dibawah umur keluar rumah sampai jauh malam dan memandu tanpa lesen. Kalau pihak polis didakwa dalam kes ini, keluarga beliau juga patut diberikan nasihat kerana terlepas pandang dalam memberi perhatian yang sewajarnya sehingga menyebabkan mangsa memandu tanpa lesen.

3. Namun begitu, saya tidak mengatakan tindakan polis itu adalah 100% tepat. Mungkin dalam kekalutan, pihak polis pun pun mungkin panik kerana bimbang keselamatan mereka mungkin terancam sehingga polis terpaksa melepaskan tembakan amaran dan tembakan ke arah suspek. Secara amnya, kalau perkara ini terjadi kepada ahli keluarga kita sendiri, kita mungkin akan kecewa terhadap pihak polis kerana melepaskan tembakan (yang mungkin bukan sepenuhnya mengikut garispanduan PDRM), dan kecewa terhadap diri kita sendiri kerana tidak menasihati anak atau adik-beradik kita betul2..

Kesimpulan:
1. Secara umumnya, semua ibubapa perlu memastikan ke mana anak2 pergi dan siapa kawan2. Kalau perlu, ibubapa sendiri mesti menghantar dan menjemput anak2 walapun pergi tusyen, tengok wayang atau menonton jomheboh.
2. Semua Ibubapa tidak patut membenarkan anak2 di bawah umur, tanpa lesen memandu yang sah memandu kereta atau menunggang motorsikal..
3. Dalam Islam, tanggungjawab mendidik anak2 adalah tanggugjawab ibubapa kerana anak2 yang lahir ibarat kain putih yang suci. Bukan tanggungjawab guru, polis, bomba atau masyarakat untuk mendidik. Dosa yang dibuat oleh anak2 akan juga ditanggung "syernya" dengan ibubapa. Secara umumnya, cara didikan ibubapa menyebabkan anak2 menjadi samada akur atau engkar terhadap undang2 agama, undang2 negara dan nilai2 moral yang murni.

Walaubagaimanapun, semua ini adalah pendapat masing2..
Saya tidak menyokong mana2, pihak.
Kita sama2 mengambil iktibar atas apa yang telah berlaku.
Dan kita sama2 mendoakan semoga roh mangsa berada dikalangan org2 mukmin. Al-Fatihah.
Kita tunggu sehingga siasatan pihak berkuasa selesai.

Tanpa Nama berkata...

kepada tuan/puan yg memberikan komen yang agak aggresif. jangan lah anda secara melulu memberikan pandangan agresif dan provokatif anda tersebut kerana ia jelas menunjukkan peribadi anda dan 'kebijakpandaian' anda sekalian. jika anda seorang yg terpelajar dan bergelar 'manusia berakal'. anda sepatutnya meneliti dulu kisah ini dan memberikan pandangan yang terperinci seperti saudara BEN. beliau memperikan pandangan yang terperinci, munasabah dah bukan melulu seperti komen sesetengah org. walaupun komen beliau berbau seperti memihak kepada satu pihak saja, namun itu adalah pandangan peribadi beliau, syabas buat saudara BEN dan beberapa org yg telah memberi pandangan yg bernas.setelah kes ini selesai, adakah pihak yg kalah sanggup menjilat semula komen2 agressif tersebut? jawapannya adalah tidak. untuk mengelakkan saudara menjilat komen anda tersebut . maka lebih baik anda memberikan komen yg berasas dan diterima akal dan bukan tanpa akal.

dari AWG

Tanpa Nama berkata...

x payahlah nak salahkan mak bapak ..
mana nak tahu benda nak jadi ..
manusia mmg akn melakukan kesilapan .and korg tak tahu cerita sebenar ..
ini semua tidak berasas ..
bila panik ..!! macam2 tindakan akan dilakukan . itulah yang berlaku ..
dan das tembakan tidak boleh sewenangnye dilepaskan .. nak jadi hero tetapi memakan diri sendiri ..

Related Posts with Thumbnails