VVIP DENAI CINTA

07 April 2010

JOM PEKENA IKAN BAKAR PETAI @Kuantan

Jom cuti-cuti Malaysia ke negeri Pahang Darul Makmur. Dan kat sini aku nak bagi info satu tempat makan yang terbaik di Kuantan. Tak lengkap kunjungan ke Kuantan kalau tak pekena ikan bakar di TANJUNG LUMPUR. Tanjung Lumpur terletak hanya 5 kilometer dari bandar Kuantan dan sememangnya terkenal dengan restoran-restoran ikan bakar dan juga AIR GELAS BESAR!

Restoran Ana Ikan Bakar Petai antara restoran terbaik. Menu utama yang menjadi tarikan pastinya IKAN BAKAR PETAI. Bagi yang alah dan tak suka dengan petai dan aromanya, boleh memilih hidangan seafood lain yang juga terdapat di restoran ini.

Ana Ikan Bakar Petai sentiasa dipenuhi pengunjung, sama ada pengunjung tempatan malah warga Singapura pun ada yang sanggup datang dari jauh semata-mata untuk menikmati keenakan ikan bakar petai. Restoran milik 100% bumiputera Islam ini beroperasi hanya pada waktu malam.

JOM LAYAN GAMBAR


Pilih jangan tak pilih. Ikan, udang, sotong, ketam, lala, lonjak dan pelbagai seafood yang fresh menanti anda. Harga pun ok, berpatutan. Pilih makanan laut kegemaran anda dan pelayan restoran ini sedia membantu anda untuk memilih menu masakan yang sesuai.

Ruang makan bersila di tingkat atas. Surau juga disediakan
untuk kemudahan pelanggan yang ingin menunaikan solat.

Suasana ruang makan di tingkat bawah.

LALA MASAK PEDAS

SIAKAP SWEET-SOUR

SOTONG GORENG TEPUNG

DAN INILAH IKAN BAKAR PETAI (Ikan kerapu ni...)


Sebarang pertanyaan, hubungi ANA IKAN BAKAR PETAI
di talian 019-9878 155 / 013-9989 175 / 09-534 1195

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

wahh wahhh...best nyer jalan2 cari mkn nih...sy pasti dtg

ROHAIFI AZRI berkata...

datang jangan xdatang!!! mmg best ikan bakar petai ni... ;)

Related Posts with Thumbnails