VVIP DENAI CINTA

12 April 2010

JOM BAWA LARI ANAK DARA ORANG

Kahkahkahkahkahkahkah....!!!! Baru nak tahan budak jantan ni? Hahahahahahahahaahamjadah!!! Laporan polis dah dibuat oleh ibu budak pompuan ni dalam bulan Mac lagi.

Lepas tu siap masuk pulak suratkhabar yang budak jantan dengan budak pompuan tak cukup umur ni pulak buat laporan polis kat IPD Langkawi kononnya sebagai menafikan dakwaan laporan polis maknya tu.

Lebih pelik lagi apabila ibu budak pompuan ni siap pergi ke Langkawi, berbincang perihal nak bawa balik anaknya ni. Berbincang pulak kat IPD Langkawi... Polis IPD Langkawi tak perasan ke yang ibu budak ni dah buat laporan polis kat IPD Kuala Muda? Dalam dunia serba canggih ni, takkan la antara kedua-dua balai polis ni tak boleh berhubung?


Hari ni ape ke pulak bangangnya baru nak bertindak pegi tangkap budak jantan tu? Kenapa lembab sangat dan lewat sangat tindakan pihak polis? Kalau dalam tempoh budak pompuan tu tinggal bersama keluarga budak jantan tu dan terjadi apa-apa, apakah pihak polis nak bertanggungjawab. Nak kata budak pompuan ni sukar dijumpai kerana dibawa lari, tak jugak sebab dia boleh muncul buat laporan polis dan akhbar menyiarkan gambarnya.

DAN APA PULAK FUNGSI JABATAN AGAMA ISLAM apabila mengetahui budak pompuan ini menginap di rumah keluarga teman lelakinya? Bila aku kata korang makan gaji buta, korang marah... Apa sudah jadi? Lawak APRIL FOOL belum habis lagi ke? Hahahahahahahahahampeh!!!

..................................
REMAJA LARIKAN HALIMATON DITAHAN
LANGKAWI : Teman lelaki Halimaton Abdul Rashid, pelajar pintar (pintar menggatal) yang melarikan diri ke pulau ini bulan lalu untuk berkahwin, ditahan polis pada Jumaat lalu untuk disiasat kerana disyaki melarikan pelajar berkenaan daripada penjaganya.

Mohamad Noor Abdullah, 19, atau lebih dikenali sebagai Adam, ditahan di rumahnya oleh sepasukan polis dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Langkawi sebelum dihantar ke IPD Kuala Muda, tempat laporan kehilangannya dibuat pada 22 Mac lalu. Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintendan Ishak Hasan, ketika dihubungi mengesahkan penahanan remaja lelaki itu dan kes diserahkan kepada IPD Kuala Muda untuk siasatan lanjut.

Penahanan dipercayai mempunyai kaitan dengan laporan polis yang dibuat oleh keluarga Halimaton selepas pelajar itu dilaporkan hilang dari rumah kakaknya di Bandar Puteri Jaya, Sungai Petani, pada 22 Mac lalu.

Dalam perkembangan lain, Halimaton yang mencatat keputusan cemerlang 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) pada 2007 tiba di Alor Setar dari Langkawi kira-kira jam 2 petang Jumaat lalu bersama beberapa kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Baling dan ditempatkan sementara di pejabat jabatan berkenaan, di Alor Setar.

Kakaknya, Hamiza, ketika dihubungi semalam berkata adiknya dibawa pulang selepas ibu, bapa dan dua ibu saudaranya pergi ke rumah Mohd Nor pada awal pagi hari yang sama. Bagaimanapun, katanya, Halimaton terpaksa dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar lewat petang itu apabila pengsan selepas menerima rawatan tradisional yang diatur oleh keluarganya.

"Keluarga saya berjaya membawa pulang Halimaton dengan kerjasama polis. Mereka menaiki feri dari Langkawi kira-kira jam 10 pagi. Bagaimanapun, dia pengsan selepas menerima rawatan daripada seorang pengamal perubatan tradisional. Setakat ini saya tidak pasti keadaannya,” katanya.

Halimaton dari Kampung Lanai, Kupang Baling dipercayai tinggal di rumah Mohd Nor, di Langkawi sejak dilaporkan hilang. Ibunya, Normah Abd Mutalib, 46, datang ke Langkawi pada 1 April lalu dan berbincang untuk membawanya pulang ke Baling tetapi dia enggan. Perbincangan antara dua keluarga terbabit setuju menikahkan pasangan itu dalam tempoh terdekat selepas mendapat kebenaran Mahkamah Syariah Baling. - BERITA HARIAN

5 ulasan:

NARDtheNERD berkata...

gatai la budak ni. tak syg mak sungguh. haesh.

..:: k i n a k O y u @ m a m a ' a D a m ' ::.. berkata...

ini kes x sayang mak lah nie. sanggup belakangkan family yg dah kita kenal sejak dlm perot lagi untuk meneuskan hidup bersama lekali yg baru kenal x sampai 1 tahun.

adesss...ape punye kepala otak lah!

ROHAIFI AZRI berkata...

emmm... kecik2 lagi dah gatai nak berlaki. tunggu la habis belajar dulu. Tapi polis macam lambat bertindak ar... baru nak tahan dak jantan tuh! patutnye awal2 lagi dah bertindak...

ustaz ahmad berkata...

zaman dah semakin canggih..kawin pun nak guna canggih2..baru gempak..kui kui...
tu la kalau kita nak tahu tugas polis..allembabbb

Tanpa Nama berkata...

knpa la ibu yg kena merayu...
anak zaman skrg...tuhan je yg tahu hati seorg ibu...
mngetepikan seorg ibu yg btarung maut mlahirkan..
mgasuh dari kecik..
mcari rezeki mbesarkan..
demi sorg lelaki yg dari mane asal nye...
ibu 1 je dlm dunia..
jgn mnyesal nanti da la..
lelaki mane2 pon leh cari..
smoga bbhgia la hndk nye~

Related Posts with Thumbnails