VVIP DENAI CINTA

21 April 2010

JENAYAH : SEMOGA PEMBUNUH WANITA HAMIL INI DITANGKAP!!!

Nyawa bagai tidak bernilai. Saban hari kita disajikan dengan pelbagai kisah-kisah jenayah yang cukup menggerun dan membimbangkan. Rompak+bunuh, samun+bunuh, ragut+bunuh, rogol+bunuh... Suami sembelih isteri, anak sembelih ibu, kekasih ibu dera anak sampai mati dan pelbagai siri-siri perlakuan jenayah yang hingga kini tiada nokhtahnya.

Apa sudah jadi dengan masyarakat kita? Apa sudah jadi dengan sistem perundangan kita? Apa sudah jadi dengan agensi-agensi yang bertanggungjawab menjaga keselamatan dan keamanan negara...?

Sesuatu harus dilakukan agar kita merasa selamat. Selamat berada di negara tercinta ini, dan selamat serta aman ketika berada di rumah sendiri. DULU, dok kat umah boleh jugak biar pintu pagar, tingkap dan pintu terbuka, nak bagi 'angin masuk' supaya tak la panas sangat. SEKARANG, pagar, pintu dan tingkap 24jam terpaksa dikunci. Rumah-rumah pun boleh dibilang dengan jari mana yang tak memasang jeriji besi (grill). Bukan setakat banduan hidup di sebalik jeriji besi. Bahkan kita yang bebas merdeka hidup di luar penjara ni pun hakikatnya tetiap hari berkurung di sebalik jeriji besi.

.........................................
GAMBAR PAKAIAN WANITA
HAMIL MATI DIEDAR




KUALA LUMPUR, 20.04.2010 : Polis semalam mengedarkan gambar pakaian terakhir dipakai seorang wanita mengandung yang mayatnya ditemui dalam keadaan reput dipercayai dibunuh dengan kejam termasuk perutnya dipijak hingga janin terkeluar.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Datuk Ku Chin Wah, berkata pakaian wanita itu diedarkan dengan harapan ahli keluarga dan saudara maranya datang ke balai polis bagi membantu siasatan. Katanya, usaha menjejaki suspek agak sukar berikutan mayat mangsa ditemui dalam keadaan reput termasuk dokumen pengenalan dirinya tidak ditemui.

"Justeru, polis terpaksa mengedarkan gambar pakaian dipakai mangsa ketika mayatnya ditemui dan meminta mana-mana individu yang mengenalinya tampil ke balai polis terdekat untuk membuat pengecaman. Siasatan lanjut masih lagi dijalankan dan punca utama pembunuhan kejam itu belum dikenal pasti," katanya ketika dihubungi, semalam. Mayat mangsa dengan kesan jerut ditemui di Tasik Perdana di sini, dalam keadaan mengerikan termasuk janinnya terkeluar dipercayai selepas perut mangsa dipijak, Khamis lalu. - BERITA HARIAN

2 ulasan:

ashrafi berkata...

kejam betul.. ni yang rasa nak marah nih...

ROHAIFI AZRI berkata...

kejam dan mmg xberperikemanusiaan... dapat tangkap, tembak jea kat khalayak ramai org camni...

Related Posts with Thumbnails