VVIP DENAI CINTA

08 April 2010

ISU RAFIQIN DARWISY : LUAHAN HATI ISTERI ARWAH

"SAYA TIDAK KECIL HATI ABANG DIN DIHINA"
Pusaranya masih lagi ‘merah’, namun ada sahaja perkara yang tidak diingini menimpa keluarga Allahyarham Din Beramboi. Belum reda kes rumah mereka di pecah masuk, timbul pula isu seorang remaja yang berusia 14 tahun menghina kematian arwah dengan kata-kata yang kesat menerusi akuan ‘facebook’ miliknya.

Tindakannya itu mungkin agak keterlaluan bagi ‘budak hingusan’ sepertinya kerana tidak mempedulikan sensitiviti masyarakat dan terutamanya keluarga Din Beramboi, yang masih lagi bersedih atas kehilangan arwah. Namun bagi isteri arwah, Suhaini Che Man perkara itu sedikit pun tidak merentap emosinya.

Jelas Suhaini, dia sudah pun menyedari hal itu daripada anaknya sendiri, namun tidak mahu membebankan fikirannya dengan perkara yang remeh-temeh itu. Walau apa pun yang dilemparkan pada arwah, sebagai isteri, dia lebih mengenali siapa arwah dan menyerahkan segalanya pada Tuhan.

“Dalam hal ini, Tuhan lebih sayangkan abang Din dan apa yang berlaku saya reda. Tentang budak itu, kita tak tahu apakah agendanya. Dia tak kenal arwah dan saya pun tak kenal dia. Apa pun yang dia buat, itu antara dia dan Tuhan. Saya tak ambil hati pun. Lagipun tak baik kita nak benci orang."

“Benda-benda dari Internet ni bukannya boleh percaya sangat dan kita pun tak tahu siapakah identitinya yang sebenar. Tapi siapa pun dia, saya ingin ucapkan terima kasih dan Alhamdulillah. Terpulanglah apa yang dia nak cakap. Mudah-mudahan Allah tahu siapa yang benar. Pada saya, hanya saya dan orang yang kenal abang Din saja tahu siapa dia yang sebenar,” katanya yang dihubungi semalam. -SINAR HARIAN

3 ulasan:

Dayya Ahmad berkata...

isteri arwah DB, mmg seorg wanita yg tabah.. tenang mghadapi dugaan yg menimpa... moga kehidupannya diberkati Allah... Amin...

shapoji berkata...

jgan pedulikan budak tue...
kiter perlu teruskan hidup...sapelah budak tue sgat...nanti dier akan kena la nanti...what goes around, comes around..

ROHAIFI AZRI berkata...

Shapoji : betul tu... Buat baik berpada2 dan jgn sesekali berlaku jahat...

Related Posts with Thumbnails