VVIP DENAI CINTA

29 April 2010

INILAH KEKALAHAN PALING MANIS DALAM HIDUP - Jose Mourinho

REAKSI spontan jurulatih Inter Milan, Jose Mourinho (tengah) dan Samuel Eto'o (kanan) meraikan kejayaan selepas layak ke final Liga Juara-Juara menerusi agregat 3-2 walaupun tewas kepada Barcelona 0-1 dalam perlawanan separuh akhir kedua, awal pagi ini. Milan akan bertemu Bayern Munich di final pada 22 Mei ini di Madrid. - Foto AFP

MALAM BERSEJARAH, KEKALAHAN PALING MANIS DALAM HIDUP
- Jose Mourinho
BARCELONA : Jurulatih Inter Milan, Jose Mourinho menyifatkan kejayaan skuadnya melangkah ke final Liga Juara-Juara Eropah untuk bertemu Bayern Munich sebagai saat paling hebat dalam hidupnya.

Inter menewaskan Barcelona 3-2 secara agregat meskipun tewas 1-0 pada perlawanan separuh akhir kedua, awal pagi ini dengan bermain 10 orang hampir sejam di tempat lawan di Stadium Nou Camp.Inter menang pada separuh akhir pertama 3-1 dan akan akan bertemu Bayern Munich pada perlawanan akhir pada 22 Mei ini di Madrid.

"Ia saat yang paling manis sepanjang karier saya. Kepada pemain, saya dan semua penyokong, ia paling hebat," katanya. Selain gol tunggal Gerard Pique pada minit ke-84, penyandang juara, Barcelona nyata gagal menyerlah untuk mencari sekurang-kurangnya dua gol di tempat sendiri. Inter akan bermain untuk kali pertama di perlawanan final Eropah sejak 1972.

"Bertemu Barcelona adalah sesuatu yang amat sukar dengan 11 pemain, tetapi kami bermain 10 orang malam tadi dan ia satu pencapaian yang amat bersejarah. Ia adalah kekalahan paling manis dalam hidup saya," katanya. - AFP (Sumber - Berita Harian)

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails