Khamis, 1 April 2010

I'm Malay first - Muhyiddin

"Saya adalah Melayu terlebih dahulu tetapi tidak bermakna sebagai Melayu saya bukan rakyat Malaysia,” kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin berkata demikian sebagai reaksi kepada pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang yang mencabarnya untuk menyatakan sama ada dia adalah Melayu atau rakyat Malaysia terlebih dahulu.

"Dia tak faham erti apa itu Persekutuan Malaysia," katanya pada sidang media di lobi Parlimen, tengah hari tadi. "Mana boleh saya kata saya rakyat Malaysia terlebih dahulu dan Melayu di tempat kedua? Semua orang Melayu akan bidas saya... dan ini tak betul," katanya. - MALAYSIAKINI.COM

................................
DAN AKU KALAU BOLEH NAK TANYA SOALAN NI KAT MUHYIDDIN : MANA YANG HANG NAK MENGAKU DULU, MELAYU ATAU ISLAM? MANA YANG LEBIH UTAMA UNTUK HANG DAHULUKAN?

1 comments:

amirul mukmin berkata...

Pada saya tidak boleh di samakan antara soalan saudara dan juga kenyataan Tan Sri. Saudara memberikan soalan balas berkaitan agama yang mana kita tahu bahawa agama sentiasa berada di tempat teratas. Berbanding dengan isu kerakyatan dan bangsa yang tidak menggugat perkara-perkara pokok. ~sekadar pendangan~

Related Posts with Thumbnails

Apabila Rakyat Bersuara!!!

Apabila Rakyat Bersuara!!!
HIMPUNAN AMAN MANSUH I.S.A 1 OGOS '09

Tok Guru Dalam Filem Pendek 'The Tree'