Isnin, 12 April 2010

Dr Pornthip : Gobind Cabar Nazri Kemuka Bukti

KUALA LUMPUR, 12 April : Peguam keluarga Teoh, Gobind Singh Deo mencabar Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz mengemukakan bukti terhadap tuduhan yang mendakwa pakar patologi Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand berbohong.

Jika tidak jelas Gobind, Nazri wajar meletak jawatan kerana membuat tuduhan tidak berasas sekaligus menghina prosiding mahkamah. "Tuduhan Nazri itu tiada asas, macam mana satu aduan disiarkan jam 11 pagi, tiba-tiba jam 3 petang menteri buat kenyataan longgar begitu."

"Saya cabar dia tampil bawa kemukakan bukti. Kita tidak mahu ada menteri yang buat kenyataan yang serius tanpa bukti," katanya pada sidang media di lobi parlimen hari ini. Beliau diminta mengulas kenyataan Nazri yang mendakwa Pornthip berbohong berhubung dakwaannya yang kerajaan Malaysia menggunakan "tekanan politik" untuk menghalangnya daripada memberi keterangan dalam kes Toeh Beng Hock.

Nazri dalam kenyataannya juga mendakwa Pornthip seorang pembohong bukan sahaja dalam inkues tetapi juga sekarang. "Sepatutnya apabila tuduhan serius itu dibuat oleh saksi, Nazri sepatutnya mengarahkan inkuiri untuk menyiasat dahulu sebelum buat kenyataan," tambahnya lagi.

Nazri juga, jelasnya tiada kredibiliti untuk menentukan sama ada Pornthip berbohong atau tidak. "Sepatutnya yang menentukan sama ada saksi berbohong atau tidak adalah koroner atau hakim, bukannya menteri," tegasnya. - HARAKAHDAILY

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

Apabila Rakyat Bersuara!!!

Apabila Rakyat Bersuara!!!
HIMPUNAN AMAN MANSUH I.S.A 1 OGOS '09

Tok Guru Dalam Filem Pendek 'The Tree'