Jumaat, 16 April 2010

CALON TEMPATAN : Belum Mula, Muhyidin Sudah Bohong

HULU SELANGOR, 15 April : Belum lagi penamaan calon bermula, timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yasin telah berbohong kepada penduduk Hulu Selangor. Ini kerana, beliau dengan tegas sebelum ini berkata, akan menamakan anak tempatan sebagai calon BN di Hulu Selangor.

Muhyidin membuat janji ini Isnin lalu ketika bercakap kepada penduduk Sungai Buaya, Hulu Selangor dan disiarkan kemudiannya oleh media Umno sendiri. Tetapi, hari ini beliau mengumumkan seorang penduduk Rawang dari bahagian Selayang, Selangor iaitu P Kamalanathan sebagai calon BN di Hulu Selangor.

“Hari itu (Isnin lalu) timbalan perdana menteri mengatakan anak tempatan... tapi hari ini orang luar dibawa masuk. Apakah ini bukan cakap bohong? Kalau mengatakan bahawa hendakkan anak tempatan, dan jika tidak mahu Datuk G. Palanivel juga, lebih baik pilih V. Mugilan atau Balasundram (naib ketua MIC Hulu Selangor,” kata Ketua Penerangan MIC Hulu Selangor Raily Muniandy ketika dihubungi laman web The Malaysian Insider.

Menurut beliau, MIC mempunyai ramai calon anak tempatan, yang berpelajaran. Tetapi mereka kesal kerana BN telah membawa calon dari luar iaitu dari Bahagian Selayang. Kamalanathan, menurut beliau adalah calon yang pernah kalah dalam saingan merebut Ketua Pemuda MIC bahagian Selayang.

Sebelum ini, MIC Hulu Selangor menolak cadangan agar V. Mugilan, Timbalan Ketua Pemuda MIC Pusat diletakkan sebagai calon. Muhyidin mengumumkan Kamalanathan, seorang ahli perhubungan awam sebagai calon BN di Bilik Gerakan BN Bukit Sentosa, Bukit Beruntung petang tadi.

“Kita memilih beliau kerana pengundi mahukan orang baru sebagai wakil rakyat. Beliau seorang yang kuat bekerja, lurus dah seorang yang pegang janji,” kata Muhyiddin ketika mengumumkan Kamalanathan sebagai calon BN. Sebelum ini, Pakatan Rakyat mengumumkan calonnya dari PKR, Datuk Zaid Ibrahim akan diletakkan bertanding untuk pilihan raya kecil ini. - MALAYSIAKINI

..................................

Kah kah kah kah kah... 'SENJATA MAKAN TUAN'!!! Bila PKR umumkan Datuk Zaid Ibrahim sebagai calon, UMNO-BN serang PKR kononnya letak calon bukan anak tempatan. Sekarang ape cerita? LAGI MAU TIPU KAAAAA??? LAGI MAU KELENTONG KAAAA???

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

Apabila Rakyat Bersuara!!!

Apabila Rakyat Bersuara!!!
HIMPUNAN AMAN MANSUH I.S.A 1 OGOS '09

Tok Guru Dalam Filem Pendek 'The Tree'