VVIP DENAI CINTA

08 April 2010

BRUNEI LEBIH TAKUT LAKNAT ALLAH, MALAYSIA TAKPE COZ MENTERINYA OTAI-OTAI

Sekadar gambar hiasan

BANDAR SERI BEGAWAN (Brunei) : Menteri Hal Ehwal Agama Brunei, Zain Serudin menolak usul ahli Parlimen, Goh King Chin supaya zon khas jual beli arak diwujudkan untuk pelancong bukan Islam. Zain menegaskan, andai ia diwujudkan, Brunei yang mengharamkan penjualan arak pasti dilaknat Tuhan.

"Yang paling kami takuti ialah laknat Allah. Laknatnya bukan pada mereka yang melakukannya sahaja tapi semua yang berada di negara ini. Pelancong yang ingin minum arak boleh minum di negara mereka, malah mereka boleh mandi arak."

"Hari ini mereka mahu zon arak, lepas ini mungkin zon pelacuran, kasino. Kami perlu tolak semuanya dan kekalkan kemakmuran," tegasnya. - AP

.............................

Berita ni tersiar 24.03.2010 di Harian Metro. Saja aku masukkan semula untuk tatapan sesiapa yang terlepas pandang untuk membaca berita tersebut. Malu jugak dengan Brunei, negara jiran yang lebih serius dalam mempertahankan nilai-nilai Islam dalam pentadbirannya.

Yea la, mungkin orang kita akan kata negara Brunei tu kecik, orang bukan Islam pun tak ramai berbanding Malaysia. Tapi apa ceritanya pulak dengan kedai 24jam seperti 7Eleven yang terletak di kawasan majoriti melayu tetapi turut menjual Arak?

Semoga menteri-menteri kat atas tu lebih bijak berfikir. Arak jelas haram hukumnya di dalam Islam. Sedangkan DADAH boleh kita haramkan walaupun ia tidak disebut secara jelas di dalam al-Quran, mengapa tidak arak turut diharamkan?

-wallahu a'lam-


Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails