
Sedih dengan apa yang menimpa Pak Omar, semoga KERAjaan boleh sediakan khidmat sewajarnya dari sudut perundingan dan perundangan bagi memastikan nasib Pak Omar ini terbela dan diadili sebaiknya.
Dan semoga 'beruk-beruk' dan 'biawak-biawak' lidah bercabang ini akan sama-sama melihat kebejatan undang-undang di Malaysia yang turut zalim menghukum tanpa memberikan hak kepada tahanan tersebut untuk dibicarakan.
Janganlah pula nanti negara luar akan menempelak kita "MENGATA DULANG PAKU SERPIH, MENGATA ORANG, KORANG 'BERUK-BERUK' YANG LEBIH!!!"
.............................................
LAOS DIMINTA SEGERA BEBAS PAK OMAR
ALOR SETAR : Kesihatan warga tempatan, Omar Atan, 59, yang dipenjarakan di Laos selepas didakwa terbabit dengan jenayah pemerdagangan manusia di negara itu sejak Mei tahun lalu, semakin merosot kerana tertekan selepas memikirkan nasib keluarga yang ditinggalkan di tanah air. Bapa tunggal itu mempunyai empat anak perempuan, Nur Alena, 21; Nur Asma, 20; Siti Suhaida, 17 dan Siti Nur Akila, 11, serta seorang cucu, Mohd Zafran Aqil, dua tahun.
Pihak berkuasa Laos menuduh Omar terbabit dengan kegiatan pemerdagangan orang tetapi Omar menafikannya. Omar terpaksa kembali semula ke Laos bagi menyambung hukuman penjara selepas diberi kebenaran khas oleh pihak berkuasa Laos pulang ke tanah air hampir 10 hari untuk bertemu keluarga dan menziarahi kubur isterinya, Siti Zaleha Abdullah, 48, yang baru meninggal dunia.
Pengerusi Biro Aduan Komuniti Pemuda Umno, Datuk Mohd Khairun Aseh, yang menyerahkan Omar kepada Kerajaan Laos bagi meneruskan hukuman itu baru-baru ini, berkata pihaknya sudah memanjangkan surat kepada Perdana Menteri Laos menerusi Kedutaan Malaysia untuk memohon pembebasan Omar.
Mohd Khairun berkata, pihaknya juga sudah mengadakan rundingan bersama pegawai kanan Penjara Laos selama dua hari berturut-turut selain menghantar nota bantahan menentang penahanan Omar yang disifatkan melanggar HAK ASASI MANUSIA.
Dalam pertemuan itu juga, kita juga sudah menyerahkan semua dokumen mengandungi bukti kes berkenaan selain akuan bersumpah yang diterjemahkan ke dalam bahasa Laos kepada kerajaan negara itu. Kita berharap mendapat maklum balas daripada Kerajaan Laos dalam masa satu hingga dua minggu lagi, katanya ketika ditemui di Program Pemuda Prihatin di sini, semalam.
Beliau berkata, suasana ketika menyerahkan semula Omar atau lebih dikenali sebagai Pak Omar kepada Kerajaan Laos bertukar emosi, apabila Pak Omar menangis serta tidak mahu melepaskan pelukan Mohd Khairun. - BERITA HARIAN
.............................................
BERITA BERKAITAN :
SUP BABI DAN PEMUDA UMNO BERCAKAP PERIHAL HAK ASASI
0 comments:
Catat Ulasan