Nak kata dia bengap, di pangkal namanya tertulis DR (Doktor). Tetapi agak sangsi jugak la apabila gaya penulisan dan pandangannya bagaikan budak sekolah menengah. Bahkan budak sekolah menengah pun rasanya lebih bernas pandangan serta pendapat dan ulsasannya berbanding Doktor ini.
Artikel yang ditulis Doktor tersebut disalin dari laman Surat Pembaca akhbar Berita Harian yang tersiar hari ini (01.04.2010)
.......................................
KELANTAN DISKRIMINASI PENYANYI WANITA
PADA 26 dan 27 Mac lalu, program jelajah hiburan dan informasi TV3, Jom Heboh mencatat sejarah apabila buat pertama kali menjejakkan kaki ke bumi Cik Siti Wan Kembang. Program dua hari dua malam itu berjaya menarik ratusan ribu rakyat Kelantan berkunjung ke Stadium Sultan Mohamed Ke-IV bagi melihat lebih dekat selebriti TV3 yang sebelum ini hanya mampu disaksikan di kaca televisyen.
Namun, dalam kemeriahan pesta itu, ada satu perkara yang membingungkan kita apabila kerajaan Kelantan melarang persembahan nyanyian artis wanita dalam konsert hiburan yang diadakan pada akhir program terbabit.
AKU KATA : Aku rase Doktor ni sorang jea yang ada penyakit BINGUNG (jangan bengong dah la). Apa masalahnya dengan larangan tersebut? Sebagai seorang muslim, ahli akademik dan berada di Jabatan Pengajian Islam (Fakulti Sains Sosial), apakah anda sedih tidak melihat penyanyi Stacy terkinja-kinja di atas pentas?
Alasannya ialah persembahan artis wanita dibimbangi menyalahi Enakmen Kawalan Hiburan Negeri Kelantan 1998, khususnya dalam konteks sub seksyen yang berbunyi 'mengawal selia perilaku pelakon, penyanyi, dan penghibur.' Apa pun alasan diberikan, saya melihat larangan itu lebih kepada menurut pendapat Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat berkaitan suara wanita dan hiburan.
Ketika memberi justifikasi terhadap larangan qariah Kelantan menyertai Musabaqah Al-Quran sedekad lalu, Menteri Besar yang lebih dikenali sebagai Tuan Guru itu seingat saya pernah mengeluarkan kenyataan lebih kurang seperti berikut:
"Saya sememangnya bersetuju dengan pendapat bahawa suara perempuan itu bukan aurat. Tetapi saya tidak boleh bersetuju dengan tindakan orang perempuan yang sengaja melunakkan suara bagi menarik perhatian orang lain, walaupun dengan tujuan untuk membaca al-Quran."
Jika ini pegangan Menteri Besar yang baru saja dilanjutkan jawatan sebagai Mursyidul Am Pas itu, saya bimbang bukan Islam khususnya akan menganggap Pas sebagai parti yang ekstrem terhadap wanita.
AKU KATA : Doc... Dah berapa lama anda hidup? Dah berapa penggal PAS memerintah di Kelantan? Kalau inilah alasan anda bahawa orang bukan Islam akan menolak PAS hanya kerana PAS melarang artis wanita menyanyi, anda memang telah memberikan alasan yang cukup dangkal dan cetek!!!
Tidak mustahil pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti, masyarakat bukan Islam akan menolak Pas lantaran persepsi bahawa Pas akan mendiskriminasikan wanita jika diberi peluang memerintah Kerajaan Pusat, khususnya dalam hal membabitkan industri hiburan.
AKU KATA : Doc... Aku rasa hanya hang yang menolak PAS sebab tak dapat tengok artis wanita tergedik-gedik atas pentas!!! Please Doc... Pandang ke depan! Siapa kata artis wanita tak boleh buat persembahan? Penyanyi Aishah pun ada buat persembahan di Kelantan.
Ya, mungkin ada kelemahan terhadap Enakmen Kawalan Hiburan Negeri Kelantan 1998, namun ia boleh diperbaiki dari masa ke semasa. Untuk hanya sekadar perkara ini dijadikan alasan mengapa bukan Islam menolak PAS, ia adalah pandangan dungu dan cetek!!!
Dalam hal ini, menarik juga untuk dibincangkan manakah lebih baik dan berfaedah antara lagu dakwah yang dinyanyikan artis wanita, contohnya lagu Doa nyanyian Rahimah Rahim, dengan lagu Cukuplah Sekali yang dinyanyikan Jay Jay pada malam konsert Jom Heboh itu.
AKU KATA : Apa yang nak hang perbincangkan tu langsung tak menarik la Doc. Dari hang dok komplen kerajaan PAS Kelantan, banyak lagi isu sosial lain yang harus hang tinjau2 dan komplen. Bukannya tak boleh menegur PAS, tetapi apa yang hang utarakan ni tak selayaknya dengan PHD yang hang genggam.
Yang hang dok sibuk sangat nakkan penyanyi wanita tu kenapa? Kenapa lebih nampak kepada masalah ketiadaan penyanyi wanita? Hang ni kerja dengan syarikat rakaman ke? Tengok kepada jawatan, tugas hang berkait dengan SAINS SOSIAL. Patutnya hang buatlah kajian 'KESAN PENYAKIT SOSIAL DARI PENGANJURAN JOM HEBOH'. Buat perbezaan antara Jom Heboh yang di buat di negeri lain berbanding dengan apa yang dibuat oleh Kelantan.
Saya tidak pasti sama ada Tuan Guru bersetuju dengan saya bahawa lagu Jay Jay ini lebih baik semata-mata kerana dia penyanyi lelaki, bukan wanita.
AKU KATA : Hang ni Doc, setakat nak nyanyi lagu-lagu dakwah, cukuplah panggil artis Nasyid. Malam tu pun dah ada kumpulan RAIHAN. Apa-apalah hang ni Doc. Renung-renungkan... Dan selamat beramal...!!!
DR MOHD HILMI ABDULLAH,
Jabatan Pengajian Islam,
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan,
Universiti Pendidikan Sultan Idris,
Perak Darul Ridzuan.

2 comments:
Salam Rohaifi. Satu lagi tanda akhir zaman...
Betul tu Babah... Memang ada kelemahan lagi dengan Enakmen Hiburan yang Kelantan praktikkan. Tapi itu lumrah, apabila undang2 itu dibuat oleh manusia...
Tetapi kita tetap bersyukur kerana Kelantan bersedia untuk cuba berubah dan mengubah suasana dan cara berhibur.
Apa yang dilakukan oleh UMNO? Bukan setakat berhibur, bahkan Menteri2nya ada yang berskandal dengan artis wanita!!!
Catat Ulasan