VVIP DENAI CINTA

19 Mac 2010

WARTAWAN HIBURAN MALAYSIA HAMPIR MEROYAN!!!

"SIAPA MAKAN CILI; DIALAH YANG TERASA PEDASNYA." Wartawan Hiburan bagai cacing kepanasan, laporan polis yang dibuat telah memberikan pengiklanan secara percuma kepada laman FB 'All Entertainment Reporters In Malaysia Sucks'. Jika semalam laman tersebut hanya memiliki kurang 2000 peminat, namun ia telah meningkat secara mendadak lebih 4000 peminat pada hari ini.

Nampaknya laporan polis yang dibuat dilihat 'memakan diri' bagi wartawan tersebut kerana laman ini semakin mendapat tempat di hati peminat hiburan tanah air. Hasil penelitian, ada juga segelintir dari wartawan-wartawan hiburan yang bertindak mewujudkan provokasi dengan membuka akaun Facebook hanya untuk memanaskan ruang sembang di 'All Entertainment Reporters In Malaysia Sucks'.

Apa yang lebih membimbangkan, wartawan-wartawan hiburan itu sendiri yang mewujudkan suasana 'panas' dengan mengapi-apikan keadaan sehinggakan ada yang memainkan isu perkauman dan bangsa.

Kewujudan group seperti 'All Entertainment Reporters In Malaysia Sucks' di Facebook membuktikan laman internet boleh memberi impak besar bukan sahaja kepada dunia politik, bukan juga hanya kepada gosip artis semata-mata, bahkan wartawan hiburan turut terkena tempiasnya.

'All Entertainment Reporters In Malaysia Sucks' dilihat tercetus lantaran ketidak-puasan hati peminat hiburan tanah air melihatkan cara laporan wartawan-wartawan hiburan yang seolah mengeluarkan cerita dan gosip sehingga mengaibkan individu (artis).

Cara mendapatkan berita sebagaimana program TERJAH terbitan TV3 juga dilihat tidak bersesuaian dengan budaya dan agama Islam yang kita junjung. Rancangan TERJAH juga harus diperhalusi oleh pihak TV3 kerana kandungannya tidak bersesuaian dengan penampilan pengacara 'mulut busuk' yang dipanggil Kak Rock.

Cara, sikap dan perangai wartawan hiburan menjadi topik hangat di 'All Entertainment Reporters In Malaysia Sucks'. Ungkapan KALAU BUKAN KERANA WARTAWAN, SESEORANG ARTIS TU TAKKAN KE MANA mungkin membuatkan wartawan hiburan besar kepala. Bahkan ada artis yang tidak bernasib baik apabila 'dibuli' wartawan dengan memboikot untuk tidak menyiarkan apa-apa berita kononnya memberi pengajaran kepada artis tersebut walhal tindakan sedemikian akan membunuh karier artis terbabit.

Mengapa wartawan-wartawan hiburan ini melenting? Mengapa mereka marah apabila gambar-gambar mereka yang tersiar di laman 'All Entertainment Reporters In Malaysia Sucks'. APAKAH MEREKA TIDAK TAHU, itulah apa yang dirasakan oleh artis yang mereka siarkan gambar mereka sebagai gosip untuk tatapan peminat?

Apakah hanya wartawan hiburan sahaja yang memiliki hati, perasaan dan 'kemaluan' yang besar? Apakah artis tiada perasaan apabila gambar mereka didedahkan?

Sememangnyalah tugas wartawan hiburan untuk mendedahkan segala macam kisah artis dan gosip dengan tujuan melariskan jualan akhbar dan majalah. Tetapi dalam dunia teknologi yang sentiasa berkembang maju, peminat menjadi lebih terbuka dan berpandangan luas. Mereka tidak suka kepada artis yang bermasalah dan mereka juga sekarang ini turut tidak menyukai wartawan-wartawan hiburan yang sikapnya dua kali lima (2x5) perangainya dengan artis yang digosipkan itu.

Nampaknya, syarikat-syarikat penyiaran, akhbar dan majalah perlulah selepas ini mencari calon wartawan hiburan yang memiliki keperibadian yang baik. Wartawan yang menjaga tingkah-laku dan mempunyai latar pendidikan serta agama yang baik untuk ditugaskan sebagai wartawan di unit hiburan mereka.

Memetik bicara ANDY RS salah seorang dari ribuan peminat laman 'All Entertainment Reporters In Malaysia Sucks' :

"Wartawan skalian.. Artis pakai seksi, kamu suka tegur.. kamu pakai seksi bila pembaca tegur kamu nak melenting & wat repot polis. Artis punya peribadi diceroboh, kamu kata itu hak media, tapi bila terkena balik, kamu macam cacing panas. Artis mabuk kamu heboh, tapi pic2 kamu mabuk, kita pulak tegur kamu nak boikot2..."

"Bila artis punya hubungan peribadi kamu interrogate, it ok jer. Tapi bila gambar2 korang berpeluk atas katil kami post kat sini, kamu mcm sakai panas bontot. Bila artis buat salah, bukan main lagi korang nak kecoh satu malaya. Bila korang buat salah dan ditegur, kamu nak ajak bergaduh. Bila artis tu korang tak suka, kamu kata harus mereka respek kamu sbb tanpa kamu artis tak kemana , periuk nasik diorang bergantung pada u. Tapi kamu tak sedar, bahawa tanpa Pembaca dan Penonton, periuk nasik kamu juga akan ditutup. Renung2 lah." :)

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails