
INFO@KUANTAN : PEMBAKARAN HUTAN TERUS BERLELUASA
Kuantan 07.03.2010 : Gambar-gambar ini dirakam selepas waktu asar, semasa pihak Bomba dan Penyelamat Malaysia dari Balai Jalan Bukit Ubi sedang memadamkan kebakaran hutan yang berlaku di jalan Permatang Badak (berhampiran Masjid Hidayah dan Pemancar Telekom).
Kebakaran sepertimana biasa diyakini dilakukan oleh 'tangan-tangan gatal' yang membakar hutan tanpa rasa bersalah hingga memaksa pihak Bomba datang bagi mengawal api dari merebak ke kediaman penduduk serta dibimbangi melarat hingga ke Generator Pemancar milik Telekom. Di tepi generator tersebut ditempatkan satu tangki diesel yang digunakan menjana generator tersebut.
Api berjaya dikawal, tetapi sampai bila situasi ini akan terus berlaku? Dengan cuaca panas-kering tanpa hujan, amatlah tidak patut sama-sekali manusia-manusia yang tidak bertanggungjawab ini mencetuskan kebakaran. Api dari puntung rokok yang tidak dipadamkan juga boleh menjadi antara punca berlakunya kebakaran.
Adalah diingatkan kepada semua, agar sentiasa menjaga tingkah-laku di musim kemarau ini. Ingatlah pesanan orang-orang tua; "Api semasa kecil menjadi kawan, apabila besar ia kelak kan menjadi lawan..." Wallahu a'lam.








0 comments:
Catat Ulasan