Baru baru ini majalah Malaysian Bussiness menyenaraikan 40 orang rakyat Malaysia terkaya. Penyenaraian ini dibuat berdasarkan kaji-selidik nilai pegangan saham mereka dalam syarikat yang tersenarai di pasaran saham pada 15 januari 2010.
Apa yg menarik ialah adanya muka baru dari 40 orang rakyat Malaysia yang terkaya. Antara muka baru yang disenaraikan ialah Datuk Nazir Razak adik kepada Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak. Kekayaan Datuk Nazir Razak dikaitkan dengan CIMB Group di mana beliau sebagai ketua pegawai eksekutif. Seperti yg dinyatakan kekayaan Datuk Nazir dinilai dari jumlah pegangan beliau di dalam syarikat yang tersenarai di bursa saham Kuala Lumpur. Syarikat yang dimaksudkan sudah tentulah CIMB Group.
Setahu saya CIMB adalah syarikat kaitan kerajaan (GLC). Datuk Nazir ialah ketua pegawai eksekutif CIMB group. Persoalannya sekarang ialah adakah Datuk Nazir juga memiliki pegangan syer dalam CIMB. kalau mengikut kaedah yg diguna untuk mengenal pasti kekayaan seseorang berdasarkan pegangan syer di dalam syarikat yang tersenarai ini bermakna Datuk Nazir memiliki sejumlah pegangan di dalam CIMB group.
Isunya apa status CIMB sekarang. Adakah masih sebagai syarikat kaitan kerajaan. Berapa jumlah pegangan kerajaan dalam CIMB yang asalnya ialah Bank Bumiputra. Apakah kerajaan masih memiliki pegangan majoriti atau sekadar golden syer. Perdana Menteri perlu menjelaskan semua ini termasuk berapa pegangan yang dimiliki oleh adiknya Nazir dan bila pegangan itu diperolehi serta dari mana pegangan itu diperolehi. Adakah pegangan itu diperolehi dari pegangan kerajaan. Rakyat perlu diberikan penjelasan bagaimana Nazir Razak adik kepada Perdana Menteri yang bekerja makan gaji dengan syarikat kaitan kerajaan tiba tiba menjadi orang yang ke 40 terkaya di Malaysia dengan jumlah kekayaan RM385 juta. PELIK BIN AJAIB.
Dato' Mahfuz Omar
Naib Presiden PAS
Ahli Parlimen Pokok Sena
DISALIN TAMPAL DARI BLOG DATO' MAHFUZ OMAR

0 comments:
Catat Ulasan