Rabu, 10 Mac 2010

KUANTAN : KEBAKARAN HUTAN TERUS BERLAKU

Kuantan, 09 Mac : Kasihan sungguh dengan abang-abang Bomba, memanglah dah tugas diorang, tapi sebagai manusia, kita patut kasihan juga kepada mereka yang terpaksa berhempas pulas, bertungkus-lumus memadamkan kebakaran hutan sepanjang musim kemarau ini.

Kalau kebakaran tu berlaku tanpa disengajakan, itu lain cerita. Ini kebanyakan kebakaran hutan terjadi akibat kecuaian serta sikap tidak bertanggungjawab segelintir anggota masyarakat.

Malam ni, tiba masanya pula hutan berhampiran rumah aku (Taman Putra Putri, Perkampungan Permatang Badak Jaya, Kuantan) menjadi mangsa tangan-tangan gatal yang mencetuskan kebakaran.


Bomba terpaksa la jugak datang untuk mengawal api. Terima kasih kepada abang-abang bomba yang telah menjalankan tugas dengan cukup dedikasi. "Ada api, terpaksa la kami call bomba lagi..."


GAMBAR DIRAKAM SEKITAR JAM 11 malam (09.03.2010)







Dok borak-borak ngan brader2 Bomba ni, sorang brader Mat Komando bagi tengok gambar Ular Yang Bapok Besor! Gambar Bertarikh 04.08.08 ni brader Mat Komando tu kata diambil kat area Pekan, Pahang.

Tengok!!! Sape kata Malaysia takde Anaconda!!!

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

Apabila Rakyat Bersuara!!!

Apabila Rakyat Bersuara!!!
HIMPUNAN AMAN MANSUH I.S.A 1 OGOS '09

Tok Guru Dalam Filem Pendek 'The Tree'