KOTA BHARU : Kerajaan Pas Kelantan menganggap Konsert Jom Heboh anjuran TV3 pada 26 dan 27 Mac di negeri ini memenuhi kriteria diingininya iaitu berkonsepkan kekeluargaan, kesihatan dan kerohanian selain mematuhi Enakmen Kawalan Hiburan Negeri Kelantan.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Datuk Takiyuddin Hassan, berkata konsert itu dibenarkan sempena sambutan Hari Keputeraan Sultan Kelantan pada 30 dan 31 Mac ini.
Katanya, beliau sendiri mengadakan perbincangan dengan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Media Prima Television Networks, Datuk Seri Farid Ridwan dan diberi jaminan konsert itu bukan lagi berorientasikan hiburan sepenuhnya.
"Tindakan membenarkan konsert ini bukannya untuk mengelirukan pihak tertentu bahawa kerajaan negeri sudah mengubah pendiriannya, cuma ingin membuktikan bahawa kita tidak menghalang hiburan, tetapi mengawalnya supaya diadakan dalam keadaan terkawal.
"Kali ini kerajaan negeri mencapai persefahaman dengan TV3 terutama selepas perbincangan dengan Farid, menyebabkan kerajaan negeri menyambut baik kehadiran Konsert Jom Heboh.
"Saya difahamkan bahawa konsep dan bentuk Jom Heboh akan berubah tahun ini bukan saja di Kelantan, malah seluruh negara dengan tidak lagi semata-mata berorientasikan hiburan, malah lebih berkonsepkan kekeluargaan dan kesihatan, malah konsepnya tahun ini ialah menjuruskan kepada gaya hidup cergas TV3 serta kerajaan negeri," katanya.
Takiyuddin tidak menafikan bahawa kerajaan negeri sebelum ini mengharamkan Sure Heboh anjuran TV3 kerana pihak pengurusan stesen televisyen ketika itu tidak sanggup memenuhi syarat yang dikemukakan oleh kerajaan negeri.
Katanya, namun begitu, Konsert Jom Heboh kali dilihat bukan saja lebih kepada ekspo, aktiviti kekeluargaan serta sukan, malah turut mengutamakan unsur kerohanian seperti menyediakan kemudahan tempat sembahyang selain mengadakan rakaman al-Kuliyyah, yang akan dihadiri Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra Sultan Ismail Petra.
Mengenai kawalan penonton yang akan menyaksikan konsert dalam Stadium Sultan Muhammad Keempat nanti, Takiyuddin berkata, kerajaan negeri akan membuat tiga bahagian pengasingan iaitu lelaki, perempuan dan keluarga.
"Kerajaan negeri memberi jaminan tidak akan berlaku masalah yang membabitkan pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan ketika menonton konsert nanti kerana mereka akan diasingkan mengikut bahagian masing-masing,” katanya.
MARI BERHIBUR
Berhibur tiada salahnya
Berhibur tiada salahnya
Kerna hiburan itu indah
Hanya pabila salah memilihnya
Membuat kita jadi bersalah
Di sini kita berkumpul bersama
Menyanyikan lagu yang suci indah
Alunan pujian kepada Allah
Alunan selawat kepada Rasul
Hiburkan hati yang masih gelisah
Ubati hati yang terluka
Ikat kembali persahabatan
dengan iman dan kasih sayang
Bersungguh kita dalam bekerja
Seperti hidup selamanya
Beramal soleh sebaiknya
Seolah esok sudah tiada
ALBUM : DEMI MASA by RAIHAN
Hanya pabila salah memilihnya
Membuat kita jadi bersalah
Di sini kita berkumpul bersama
Menyanyikan lagu yang suci indah
Alunan pujian kepada Allah
Alunan selawat kepada Rasul
Hiburkan hati yang masih gelisah
Ubati hati yang terluka
Ikat kembali persahabatan
dengan iman dan kasih sayang
Bersungguh kita dalam bekerja
Seperti hidup selamanya
Beramal soleh sebaiknya
Seolah esok sudah tiada
ALBUM : DEMI MASA by RAIHAN
0 comments:
Catat Ulasan