VVIP DENAI CINTA

12 Mac 2010

KES SYAFIAH HUMAIRAH : HANYA SUSPEK DIDAKWA? IBUNYA?

Teman Lelaki Ibu Syafiah Humairah Didakwa

KUALA KUBU BHARU : Teman lelaki ibu Allayarham Syafiah Humaira Sahari yang meninggal dunia akibat didera, dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam atas dakwaan membunuh kanak-kanak berusia tiga tahun itu. Mohd Fazli Azri Jamil, 28, yang bekerja sebagai pemandu teksi mengangguk dan mengatakan faham apabila pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Zuraidah Zakaria.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan. Mohd Fazli yang menundukkan wajah dan sugul ketika berada di kandang tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di padang bola sepak Jalan Utama, Kawasan Rumah Murah, Batu 30, Ulu Yam Lama, Batang Kali di sini, pada jam 6.30 petang, 25 Februari lalu.

Bagi perbuatan itu, Mohd Fazli didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mandatori gantung sampai mati, jika sabit kesalahan. Tertuduh yang tidak diwakili peguam, ditangkap sejak 26 Februari lalu, ditahan di Penjara Tapah, Perak.

Timbalan Pendakwa Raya Noorjidah Mohd Jusan memohon tarikh sebutan semula bagi menunggu laporan kimia dan bedah siasat. Mahkamah menetapkan 31 Mac depan untuk sebutan semula.

Akhbar sebelum ini melaporkan Syafiah meninggal dunia dengan kesan luka pada muka dan perut, dipercayai ditampar dan disepak perutnya beberapa kali sehingga parah pada tubuh selain luka muka, dagu, telinga serta lebam kaki dan tangan. HARIAN METRO


Apakah hanya suspek sahaja yang dihadapkan ke mahkamah? Apa cerita dengan ibu mangsa? Apa tindakan susulan dari laporan yang mereka bersekedudukan? Apakah tiada apa-apa tindakan dari Jabatan Agama Islam? Apakah ibunya tidak dilihat sebagai pihak yang turut bersubahat sehinggakan anaknya terdedah kepada perlakuan ganas suspek?

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails