VVIP DENAI CINTA

27 Mac 2010

EVOLUSI KL DRIFT 2 : FILEM POYO KONTROL MACHO

"AKU RASA MACAM NAK BALING KASUT KE LAYAR PANGGUNG WAYANG TU." Itulah perasaan aku masa tengok filem yang aku kategorikan HANCUSSSSS!!! : Evolusi KL Drift 2. Bukan tak patriotik apabila memberikan komen seperti menjatuhkan filem ni. Tetapi itulah yang aku rasa apabila menonton filem ini di BigCinemas, Kompleks Teruntum Kuantan, semalam (26.03.2010).



Sakit dan berdarah, hero tetap macho
  • Apa evolusinya filem ni? Sekadar bawa aksi drift ke dalam filem?
  • Filem syok sendiri pengarahnya yang keseluruhan babak membabitkannya dilengkapi sepenuhnya dengan TEKNIK KONTROL MACHO :-D
  • Dengan keseluruhan jalan cerita yang biasa-biasa je, kesudahan yang sememangnya boleh diagak.
  • Jalan cerita dan skrip yang longgar, tiada pembaharuan dan seakan melihat mutunya sebaris persembahan lakonan pentas budak-budak sekolah menengah.
  • Tiada keserasian di antara pelakon, terutamanya watak utama Syamsul Yusof dan Scha.
  • Penjiwaan lakonan yang tahap budak sekolah menengah : Apabila babak sedih Scha menangis, penonton bantai gelak-gelak jea. Scha menangis tapi nampak macam nak tergelak (ditambah dengan teknik mengembangkan hidungnya) HAMPEH!
  • Aksi drift yang berulang-ulang dengan skil-skil dan teknik yang sama sehinggakan boleh membuat penonton jemu dan tertidur!
  • Babak romantik yang langsung tak menjadi!
  • Yang dapat dipuji, mungkin hanya kepada pelakon-pelakon watak SAMSENG. Aaron Aziz dan Shaheizy Sam memang memberikan jiwa kepada lakonan mereka.




Kesanggupan untuk mengeluarkan bajet tinggi untuk merealisasikan babak-babak aksi untuk filem ini sesungguhnya dipuji. Namun kecetekan 'ilmu drama' mencacatkan Evolusi KL Drift 2.

Sememangnya aku pergi menonton dengan 'minda terbuka' dan pemikiran yang positif untuk memberi dokongan serta sokongan kepada filem tempatan. Namun berbaloikah sokongan tersebut sekiranya penonton seperti aku disajikan dengan filem sebegini?


11 ulasan:

RiNa FaRiD berkata...

x best ke..uu, nasib baik x ngk..

ROHAIFI AZRI berkata...

mmg xbest... xberbaloi nengok citer ni...

Tanpa Nama berkata...

tk baek la. ok la tu. walaupon tk best jln citanya, at least ade pembaharuan dalam industri perfileman kita. klau nak kritik pon, jgn lebih2. klau kamu tau sngt tntang benda ni, g ar jd pengarah dan pelakon. apa la.

ROHAIFI AZRI berkata...

sebab tu kalo xtahu jd pengarah dan pelakon, baik jadi penonton jea. Tengok pengarah2 luar negara, pengarah muda (hingusan) ni kita bleh bilang-kira ngan jari, rata2 filem hebat mereka diarahkan pengarah yg dah betul2 berpengalaman.

Ni baru blakon dua tiga drama dan berangan nak mengarah filem. Bile filem kene hentam, mula la kata penonton xhargai tempatan... ape daaa...

Lagipun aku ada hak untuk kritik, sebab aku pi tengok dan keluarkan duit beli tiket. Lain la kalo aku xtengok tapi aku kritik.

Pihak yg dikritik, bleh gunakan pendapat peminat filem utk perbaiki karya mereka. Xde la selamanya diorang ni jadik SYOK SENDIRI jea dengan pujian2 xikhlas rakan2 dan media.

Tanpa Nama berkata...

Tak lebih dari luahan perasaan je, tapi takkan dapat membantu..
lebih bagus gunakan saluran yg sepatutnya untuk beri komen tentang filem ini..
betul jugak tanpa nama di atas, setiap benda takkan jadi terlalu buruk kalau ada peningkatan.. mungkin pengarahnya sendiri pun akan rasa tak puas hati dgn filem sendiri, macam anda ataupun saya rasa skrg.. tapi dgn bajet dan pengalaman yg ada, itu je la yg mampu dihasilkan..
kalau pengarah & krew2 syok sendiri, anda pun syok sendiri jugak dgn kritikan anda yg tak membantu industri..
sekian..

ROHAIFI AZRI berkata...

PENINGkatan... ic :-)

Tanpa Nama berkata...

PENING takpe, jgn GILA pulak.. Pening menunjukkan awak seorang Islam yg prihatin..
Saya cadangkan, awak pergi KL jumpa pengarah untuk beri komen secara terus..
Atau jika tak berkemampuan, boleh hubungi Wartawan Hiburan suruh mereka tulis komen awak.. At least, wartawan tak la asyik tulis gossip tak berfaedah je..
Percayalah, itulah jalan penyelesaian terbaik dalam Islam, selain dari berdoa kepada-Nya..

Tanpa Nama berkata...

FUH DENGKI BETUL KO NGAN KEJAYAAN SYAMSUL NIE YE.HEHE.SEMEMANGNYA ORG YANG BERJAYA MACM DIA RAMAI YG AKAN SAKIT HATI..APEPON WALAU ADA YG DENGKI DGN KEJAYAAN DIA RAMAI LAGI ORG YG MENYOKONG DIA DARI BELAKANG KERANA BAKAT DAN USAHA DIA.ANAK MUDA YG KUAT SEMANGAT DAN MERENDAH DIRI TANPA MENGHIRAUKAN KATA2 HINA DARI ORG YG DENGKI.KITORANG FAN SYAMSUL YUSOF AKAN TERUS SOKONG ANDA SYAMSUL.DAN KAMI JUGAK AKAN JADI TUKANG GELAK KAT DORANG YG DENGKI NI.KAH KAH KAH.SMUANYA CEMBURU DAN SAKIT HATI KERANA REZEKI YG ANDA PEROLEHI. TAHNIAH SEMUA FILEM DIA BERJAYA.KL DRIFT 4JUTA,BOHSIA 4.5 JUTA,KL DRIFT2 6 JUTA,KHURAFAT 8 JUTA LEBIH.MENANG PENGARAH FILEM TERBAIK PALING MUDA DLM SEJARAH MALAYSIA.DAN MENANG LAKONLAYAR TERBAIK ANUGERAH SKRIN.DIA BERLAKON PUN BEST SAMPAI TERCALON DLM SEMUA FESTIVAL.TERUSKAN USAHA ANDA SYAMSUL!WE LOVE YOU!PADA KORANG YG DENGKI DGN SI SYAMSUL NI..INSAF2 LA MEMBURUKKAN ORG YER..KITORANG FAN SYAMSUL KESIAN KAT KORANG NI YG TAK BOLEH TGK ANAK MELAYU MAJU.

Tanpa Nama berkata...

FUH DENGKI BETUL KO NGAN KEJAYAAN SYAMSUL NIE YE.HEHE.SEMEMANGNYA ORG YANG BERJAYA MACM DIA RAMAI YG AKAN SAKIT HATI..APEPON WALAU ADA YG DENGKI DGN KEJAYAAN DIA RAMAI LAGI ORG YG MENYOKONG DIA DARI BELAKANG KERANA BAKAT DAN USAHA DIA.ANAK MUDA YG KUAT SEMANGAT DAN MERENDAH DIRI TANPA MENGHIRAUKAN KATA2 HINA DARI ORG YG DENGKI.KITORANG FAN SYAMSUL YUSOF AKAN TERUS SOKONG ANDA SYAMSUL.DAN KAMI JUGAK AKAN JADI TUKANG GELAK KAT DORANG YG DENGKI NI.KAH KAH KAH.SMUANYA CEMBURU DAN SAKIT HATI KERANA REZEKI YG ANDA PEROLEHI. TAHNIAH SEMUA FILEM DIA BERJAYA.KL DRIFT 4JUTA,BOHSIA 4.5 JUTA,KL DRIFT2 6 JUTA,KHURAFAT 8 JUTA LEBIH.MENANG PENGARAH FILEM TERBAIK PALING MUDA DLM SEJARAH MALAYSIA.DAN MENANG LAKONLAYAR TERBAIK ANUGERAH SKRIN.DIA BERLAKON PUN BEST SAMPAI TERCALON DLM SEMUA FESTIVAL.TERUSKAN USAHA ANDA SYAMSUL!WE LOVE YOU!PADA KORANG YG DENGKI DGN SI SYAMSUL NI..INSAF2 LA MEMBURUKKAN ORG YER..KITORANG FAN SYAMSUL KESIAN KAT KORANG NI YG TAK BOLEH TGK ANAK MELAYU MAJU.

D'zunnur berkata...

bynk lg la filem melayu hancus! tp kalo ckp filem hancus mmg confirm mata ko tu lg hancus!

tau la peminat filem MIG...xpyah ar kutuk sgt...kktukan ko tu mmg x mmbawa kesan lgsg....no sorry to say la...gong!

Rohaifi Azri berkata...

Apabila diajukan komen/kritik, maka ada yang akan kata kita kutuk dan dengki. Inilah minda yang memundurkan filem melayu.

TAHNIAH buat Syamsul Yusof yang akhirnya menunjukkan peningkatan dan kewibawaan dalam penghasilan filem terutamanya KL GANGSTER.

Semoga maju jaya dan selepas ini berharap Sol sol sol akan keluarkan filem bermesej dakwah sebagaimana Pierre Andre yang menghasilkan USTAZ MU TUNGGU AKU DATANG.

Related Posts with Thumbnails