Sabtu, 6 Mac 2010

ELAKKAN PEMBAKARAN TERBUKA DI MUSIM KEMARAU INI

Kuantan 06 Mac : Penduduk di daerah Kuantan dinasihatkan agar tidak melakukan pembakaran terbuka berikutan cuaca panas dan kemarau yang melanda kini. Pihak Bomba dan Penyelamat Malaysia adalah agensi yang paling sibuk dengan siri pembakaran demi pembakaran hutan yang berlaku.

Gambar di bawah ini dirakamkan sebentar tadi, sekitar jam 4 petang (06.03.2010) ketika pihak bomba sedang bertungkus lumus memadamkan kebakaran hutan di kawasan Permatang Badak, Kuantan. Kebakaran ini sekiranya tidak dikawal dibimbangi merebak hingga ke kawasan penempatan penduduk.

Mengikut salah seorang anggota bomba yang ditemui, mereka bukanlah dari bomba daerah Kuantan, tetapi bomba dari Bentong yang turut dikerahkan turun membantu menangani pembakaran hutan yang banyak berlaku di daerah Kuantan dan Pekan.



Dengan tekanan air yang rendah berikutan cuaca panas, ia nyata menyukarkan tugas bomba untuk memadamkan kebakaran.







0 comments:

Related Posts with Thumbnails

Apabila Rakyat Bersuara!!!

Apabila Rakyat Bersuara!!!
HIMPUNAN AMAN MANSUH I.S.A 1 OGOS '09

Tok Guru Dalam Filem Pendek 'The Tree'