Rabu, 3 Mac 2010

DULU CABAR BAWA KE MAHKAMAH, SEKARANG KATA TAK PATUT PULAK!!! DASAR MANUSIA HIPOKRIT!!!



ROYALTI MINYAK TAK WAJAR
DIBAWA KE MAHKAMAH

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein menyelar keputusan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan untuk membawa usul tuntutan royalti minyak terhadap kerajaan pusat ke mahkamah.

Beliau berkata tindakan itu adalah tidak wajar kerana terdapat saluran lain yang boleh digunakan dalam menyelesaikan isu itu.

Yo bro! Saluran ape yg ko nak pakai? Saluran melalui surat dari MB Kelantan kepada PM, PM lu xjawab2... Nak ajak melalui perbincangan, melalui debat terbuka; korang kecut! Saluran apa lagi bro? Saluran najis rumah lu? Atau 'saluran' si ShyFool???!!!

"Bagi saya mereka ini melihat isu royalti ini dalam konteks polemik dalaman atau luaran dan saya rasa ini adalah tidak wajar."

Semuanya xwajar kalau ia tak menguntungkan lu dan kroni2 lu bro!

"Kita dalam konteks parti Barisan Nasional (BN) dan Umno telah membuat pendirian yang jelas bahawa apa yang tidak faham, gunakan saluran yang sedia ada untuk fahamkan diri sendiri," katanya kepada pemberita selepas Program Pemantapan Petugas Menangani Jenayah di Kota Damansara dekat Petaling Jaya, semalam.

Hishammuddin yang juga Naib Presiden Umno berkata demikian ketika mengulas keputusan sidang DUN Kelantan semalam yang sebulat suara meluluskan usul membawa tuntutan royalti minyak ke mahkamah.

Usul itu dipersetujui oleh semua wakil kerajaan negeri dan beberapa anggota pembangkang termasuk ketuanya, Datuk Mohd Alwi Che Ahmad (BN-Kok Lanas) dan Datuk Abdul Aziz Derashid (BN-Kuala Balah).

"Kita mungkin akan ambil tindakan terhadap mereka (anggota BN DUN Kelantan) dan akan dapatkan pandangan dari ahli-ahli parti di peringkat akar umbi untuk selesaikan kedudukan mereka yang timbulkan isu sensasi (royalti minyak) ini," tambahnya.

Sumber : Malaysiakini & Bernama

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

Apabila Rakyat Bersuara!!!

Apabila Rakyat Bersuara!!!
HIMPUNAN AMAN MANSUH I.S.A 1 OGOS '09

Tok Guru Dalam Filem Pendek 'The Tree'