Sabtu, 13 Mac 2010

Anggota Tentera Maut Motosikal Bertembung Kereta Tian Chua

Seorang anggota tentera maut apabila motosikal yang ditungganginya bertembung dengan kereta yang dinaiki Ahli Parlimen Batu, Tian Chua di Jalan Johor Bahru-Mersing berhampiran Hutan Lipur Panti di sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9 malam itu, mangsa, Mohd. Salleh Hamdan, 22, koma akibat kecederaan parah sebelum meninggal dunia dua jam kemudian ketika menerima rawatan di Hospital Kota Tinggi.

Ketua Polis Kota Tinggi, Supritendan Osman Mohammad Sebot berkata, semasa kejadian mangsa dalam perjalanan ke sini dari arah Mersing, manakala Tian Chua menuju ke Mersing untuk menyampaikan ceramah selepas menghadiri satu majlis ramah mesra di sini.

‘‘Ketika tiba di lokasi kejadian, motosikal dan Mercedes Benz bertembung selepas kereta Mercedez dinaiki Tian Chua itu dipercayai masuk ke laluan bertentangan,’’ katanya.

"Pemandu Tian Chua dan Zaharuddin Ayob, 45, yang juga Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Bahagian Batu, dipercayai gagal mengawal kereta Mercedes yang dipandunya lalu masuk di laluan bertentangan sebelum melanggar motosikal yang dinaiki anggota tentera itu,” katanya lagi.

Osman berkata, akibat rempuhan itu motosikal mangsa terpelanting lalu merempuh sebuah lagi motosikal yang berada berhampiran. Penunggang motosikal kedua hanya mengalami cedera ringan akibat terjatuh manakala pemandu kereta berkenaan dan Tian Chua yang berada di tempat duduk belakang tidak mengalami kecederaan.

Polis menahan pemandu kereta berusia 20-an itu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Keselamatan Jalan Raya kerana menyebabkan kematian. Bagaimanapun, Tian Chua yang merupakan Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak ditahan dan dibenarkan meneruskan perjalanan ke Mersing. TVSelangor.com

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

Apabila Rakyat Bersuara!!!

Apabila Rakyat Bersuara!!!
HIMPUNAN AMAN MANSUH I.S.A 1 OGOS '09

Tok Guru Dalam Filem Pendek 'The Tree'