VVIP DENAI CINTA

31 Mac 2010

INI BUKAN PELAJAR PINTAR; INI NAMANYA PELAJAR MANGKUK HAYUN!!!

Geli mata aku membaca tajuk akhbar tentang pelajar yang baru usianya 15 tahun tapi dah gatal sangat nak berlaki! Berita ditulis dengan turut menyelitkan perkataan 'PINTAR' (kerana gadis mentah ini pernah mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan UPSR).

Kalaulah benar gadis ini PINTAR, rasa-rasanya takdelah dia dalam umur sementah itu sudah sanggup membelakangkan keluarga demi untuk berkahwin! Peperiksaan PMR pun belum ambil, dah nak menikah?

Kepada wartwan-wartawan akhbar, lain kali pilihlah tajuk yang tepat. Jangan mengelirukan pembaca dan membuat diri anda digelakkan dengan pemilihan tajuk yang langsung tidak menunjukkan kepintaran anda sebagai penulis.

Kalau pelajar ini PINTAR, sama-sekali dia tidak akan menghabiskan masanya dengan melayan persoalan cinta, apatah lagi di usianya yang nyata masih terlalu muda. Gadis sebegini bukannya pintar, tetapi MANGKUK HAYUN!!!

.................................................

BERITA HARIAN
PELAJAR PINTAR MAHU SEGERA NIKAH
Oleh Siti Fatimah Mohamed Anwar dan Hamzah Osman


LANGKAWI : Halimaton Abd Rashid, 15, pelajar pintar yang dilaporkan hilang dari rumah kakaknya di Bandar Puteri Jaya, Sungai Petani, sejak lapan hari lalu kini berada di rumah keluarga teman lelakinya di Kampung Kisap, di sini. Ketika ditemui, Halimaton yang berasal dari Kampung Lanai, Kupang, Baling, berkata dia sanggup meredah segala kepayahan bagi memastikan dia dan teman lelakinya, Mohamad Noor Abdullah, 19, dapat berkahwin dalam tempoh terdekat.

Halimaton juga menafikan dakwaan kakaknya, Hamiza, 23, dan ibunya, Normah Abd Mutalib, 46, mengenai dirinya, selain menyifatkan ia sebagai fitnah.
"Saya keluar dari rumah kakak di Sungai Petani jam 9 pagi Isnin lalu dengan rela hati sebelum menaiki bas ke jeti Kuala Perlis sebelum menaiki feri ke Langkawi dan dijemput adik Mohamad Noor pada jam 11.30 pagi di jeti Kuah.


"Saya terus ke rumah mak cik (ibu Mohamad Noor). Jadi dakwaan dibuat kakak dan ibu mengatakan saya dilarikan adalah fitnah," katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Halimaton yang tidak bersekolah sejak seminggu lalu berkata, dia membuat laporan di Balai Polis Kuala Teriang, di sini, manakala Mohamad Noor juga berbuat demikian bagi mempertahankan diri. "Kami belum berkahwin dan sedang berusaha ke arah itu. Beberapa hari lalu kami menemui Pegawai Agama Daerah Langkawi," katanya.

Halimaton dan Mohamad Noor menunjukkan salinan laporan polis
dan keratan laporan akhbar berhubung kes mereka
di Ibu Pejabat Polis Daerah Langkawi, semalam.

Halimaton turut mempersoalkan tindakan Hamiza yang beria-ria membuat kenyataan tidak mengenali Mohamad Noor sedangkan mereka mengenalinya sejak empat tahun lalu. "Sebelum ini mereka ada hubungan sebagai adik dan kakak angkat. Kalau cakap tidak kenal itu satu penipuan kerana empat tahun kakak saya bekerja di Langkawi dan mereka memang kenal antara satu sama lain."

"Apa jadi pun saya mahu kahwin dengan Mohamad Noor. Malah, keluarga Mohamad Noor menerima saya dengan elok, cuma keluarga saya menentang hasrat kami untuk berkahwin," katanya. Sementara itu, Mohamad Noor yang bekerja sebagai penyelia restoran berkata, beliau kecewa kerana kakak dan ibu Halimaton menuduhnya menculik dan melarikan gadis itu.

"Saya tidak pernah pergi Kelantan dan saya belum kahwin dengan Halimaton. Malah, ibu saya, Azizah Senapi dan bapa tiri, Abd Razak Md Hashim setiap hari cuba menghubungi keluarga Halimaton di Baling untuk menyelesaikan perkara ini dengan baik," katanya.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintendan Ishak Hasan yang dihubungi mengesahkan menerima kedua-dua laporan itu. Sementara itu, Normah yang dihubungi Berita Harian berkata, Halimaton ada menghantar SMS kepadanya tengah hari semalam memaklumkan dia berada di Langkawi bersama keluarga Mohamad Noor.

"Dia pesan supaya saya menonton berita televisyen dan membeli akhbar esok (hari ini) untuk mengetahui cerita sebenar," katanya.

MUDAHNYA MEMBELI ARAK DI MALAYSIA

SEKADAR GAMBAR HIASAN

Mudahnya untuk menikmati 'air kencing syaitan'. Itulah realitinya di sebuah NEGARA ISLAM; Malaysia. Pergi sahaja ke rangkaian kedai 24 jam (kecuali di Kelantan), anda pastinya mudah untuk membeli minuman keras, tanpa sebarang gangguan, tanpa sebarang kawalan, tanpa sebarang tindakan!!! Minumlah sepuas-puasnya 'air kencing syaitan' kerana ia seolah 'halal' dan boleh dijual secara terbuka di bumi Malaysia yang aman makmur ini.

KERJA SAMBILAN (PART TIME)

JAWATAN KOSONG
TARIKH TUTUP 30 APRIL 2010
Permohonan adalah dipelawa kepada semua Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut:

JAWATAN : PEMBANCI
TARAF JAWATAN : SAMBILAN
KUMPULAN : PERKHIDMATAN SOKONGAN
GAJI : GAJI HARI / RM 35.73 SEHARI
ELAUN KHIDMAT AWAM : RM 5.00 SEHARI
ELAUN SARA HIDUP : RM13.04 SEHARI

TEMPOH PERKHIDMATAN :
28 Jun 2010 – 22 Ogos 2010 (8 minggu)

..................................

JAWATAN : PENYELIA
TARAF JAWATAN : SAMBILAN
KUMPULAN : PERKHIDMATAN SOKONGAN
GAJI : GAJI HARI / RM 52.37 SEHARI
ELAUN KHIDMAT AWAM : RM 6.96 SEHARI
ELAUN SARA HIDUP : RM13.04 SEHARI

TEMPOH PERKHIDMATAN :
14 Jun 2010 – 10 September 2010 (17 minggu)

..................................

LINK :
IKLAN JAWATAN
CARA MEMOHON


Permohonan hendaklah dibuat secara online di
www.jobsmalaysia.gov.my

TARIKH TUTUP : 30 APRIL 2010

Siti Nurhaliza Perkenalkan SimplySiti

Siti Perkenal SimplySiti

KUALA LUMPUR : Hasrat penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza untuk memiliki produk kecantikannya sendiri tercapai apabila beliau memperkenalkan rangkaian kosmetik dan produk penjagaan kulit pertamanya, SimplySiti. Siti berkata, produk yang dihasilkan menggunakan teknologi Nano itu sudah pun berada di pasaran sejak dua minggu lalu.

"Selepas hampir dua tahun produk ini menjalani proses pembangunan dan penyelidikan di Korea, barulah kami bersedia untuk memasarkannya. Alhamdulillah saya bersyukur kerana impian saya untuk memiliki produk kecantikan sendiri termakbul dengan kelahiran SimplySiti."

"Selain harganya yang berpatutan, saya yakin produk ini akan mendapat tempat di hati khalayak kerana penghasilannya menepati piawaian dan apa yang lebih penting ia mendapat sijil pengesahan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)," kata Siti ketika ditemui pada majlis pelancaran SimplySiti di Hotel Mandarin Oriental di sini, semalam.


Sebagai permulaan, SimplySiti Sdn Bhd hanya mengeluarkan produk penjagaan muka dan kosmetik yang merangkumi semua jenis alat solek antaranya pencuci muka, penyegar, pelembab, bedak asas, gincu, pemerah pipi dan pengilat bibir.


"Memang kami merancang untuk memperkenalkan lebih banyak produk selepas ini seperti makanan kesihatan dan minyak wangi," kata penyanyi yang popular dengan lagu Biarlah Rahsia ini.
Selain Siti, SimplySiti turut ditunjangi suaminya, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa bersama dua rakan kongsi lain. Pada majlis itu, Siti turut menghiburkan tetamu yang hadir dengan lagu yang digubah khas sempena pelancaran produknya berjudul Rahsiaku Milikmu. - BERITA HARIAN


...........TUKANG KATA...........
Aku sangkakan Siti nak keluarkan produk serkup kepala ataupun tarbus sebagaimana identitinya kini. Rupa-rupanya keluarkan produk kecantikan. Apa-apapun, tahniah atas tercapainya impian untuk memiliki produk kecantikan dengan nama sendiri. Rupa-rupanya iklan Siti dengar abang rambut ketak (Nas Ahmad-Terjah) adalah untuk produk kecantikannya ni.

Harapnya SimplySiti akan bertahan lama tidak sebagaimana produk Teh yang dulu pernah juga menggunakan nama penyanyi Biarlah Rahsia ini; CTea. Aku pun belum lagi sempat merasa CTea, alih-alih dah tak dikeluarkan lagi.

30 Mac 2010

MALAYSIA ANTARA 10 TERTINGGI AMBIL ARAK DI DUNIA

KUALA LUMPUR, 29 Mac : Biarpun mempunyai bilangan rakyat hampir 26 juta sahaja, namun Malaysia adalah antara 10 negara tertinggi dalam pengambilan arak di dunia, kata Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud.

Mendedahkan perkara itu di Dewan Rakyat lewat petang ini, beliau berkata, rakyat negara ini membelanjakan sebanyak USD500 juta iaitu lebih kurang RM1.75 bilion bagi pembelian minuman keras.

"Penjualan beer berkembang di antara 5 hingga 7 peratus setahun melebihi kadar pertumbuhan penduduk iaitu 2.4 peratus, manakala umur purata ketagihan arak ialah 23 tahun," dedahnya lagi sewaktu membahaskan Titah Yang di-Pertuan Agong.

Menurutnya, pengambilan alkohol di kalangan remaja khususnya di bawah umur 18 tahun semakin meningkat iaitu kira-kira 45 peratus, dan mereka mengambilnya secara berterusan. Antara faktor peningkatan itu, jelasnya kerana mungkin arak jenis beer sangat mudah diperolehi di kedai-kedai. Lebih membimbangkan apabila pendedahan arak dibuat di peringkat umur yang lebih awal.

Beliau sewaktu mengemukakan satu kajian, 19 peratus di kalangan pelajar sekolah menengah mengaku pernah meminum arak, manakala 1 peratus mengaku mengambilnya secara berterusan. "Dalam satu kajian yang dilakukan ke atas pesakit yang dimasukkan ke hospital KL pada tahun 1993, 48 peratus daripada yang ditanya mengaku minum arak. Satu pertiga ketagih arak, 61 peratus adalah Cina, 60 peratus India dan 30 peratus Melayu," katanya lagi.

Jelasnya lagi, kerajaan dilihat tidak memberi perhatian sewajarnya kepada isu ketagihan arak dan sering mengatakan ianya isu kaum India. Arak juga jelasnya, dibuktikan bukan sahaja membahayakan kesihatan dan menyebabkan gejala sosial, namun kos rawatan penyakit disebabkan arak juga lebih tinggi berbanding pendapatan penjualannya.

"Negara kita dalam fasa lima mengaku bahawa Islam adalah agama Persekutuan, apakah menyebabkan dadah kita panggil najis dan sekiranya didapati mengedar dadah boleh dihukum gantung sampai mati."

"Tapi minuman keras, nikotin pada rokok, diberi layanan yang lain dan boleh didapati dengan berleluasa. Atas alasan apakah minuman keras tidak dimasukkan sekali dalam akta dadah merbahaya sedangkan kesannya atas kehidupan rakyat begitu meluas sekali," soalnya lagi.

Trend di Asia, katanya menunjukkan peningkatan ketara setiap tahun berbanding trend di negara Eropah yang semakin menunjukkan penurunan akibat kempen mereka yang agresif. Peningkatan di negara ini juga, jelasnya akibat undang-undang terlalu longgar seperti Akta Eksais Seksyen 32 (1)(a) dan (b) mengecualikan penjualan todi dan beer dalam tin dan botol.

"Apabila saya menang di Kota Raja, saya didatangi sekumpulan India dari golongan pertengahan dan rendah. Mereka meminta tolong saya supaya memastikan arak dan todi tidak dijual secara mudah di kedai-kedai runcit," katanya. Mengulas lanjut beliau berkata, arak dan todi di kedai-kedai runcit pada waktu ini boleh diperolehi dalam plastik dengan harga RM2 atau RM3. - HARAKAHDAILY

29 Mac 2010

Konsert Jom Heboh di Kelantan cipta sejarah

Pagar yang memisahkan penonton lelaki dan perempuan

KOTA BHARU, 28 Mac : Penganjur Konsert Jom Heboh yang berlangsung di Stadium Sultan Mohd Ke-IV, di sini malam tadi mengotakan janji untuk mematuhi syarat dikenakan kerajaan negeri, antaranya pengasingan tempat duduk antara penonton lelaki dan perempuan.

Selain itu hanya artis lelaki : tiada artis perempuan sebagaimana lazimnya yang membuat persembahan pada konsert Jom Heboh pertama selepas pelancaran di Stadium Bukit Jalil hujung Februari lalu.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Media Prima, Dato’ Sri Ahmad Farid Ridzuan, pihaknya bercadang untuk menjadikan konsert Jom Heboh di Kota Bharu sebagai model bagi konsert seterusnya di negeri-negeri lain bermula di Johor Bahru selepas ini.

Sambil melahirkan rasa kagumnya di atas sambutan amat menggalakkan Ahmad Farid secara jujur mengakui Kelantan adalah negeri yang begitu berjaya bagi penganjuran program Jom Heboh selama dua hari bermula 26 hingga 27 Mac.

"Saya merakamkan ucapan terima kasih kepada Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz serta kakitangan kerajaan negeri yang begitu mesra dalam memberi kerjasama kepada kami dalam menjayakan program ini untuk kali pertama di Kelantan dan Insya-Allah ia akan diadakan pada setiap tahun di sini sekiranya mendapat kelulusan pihak kerajaan negeri," katanya.

Menurut beliau, TV3 selaku penganjur program Jom Heboh tiada masalah untuk memenuhi syarat dikenakan kerajaan negeri mengikut Enakmen Kawalan Hiburan Kelantan 1998 termasuk pengasingan tempat duduk lelaki dan wanita serta tiada persembahan melibatkan artis wanita.

"Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.. kita akur akan syarat dikenakan.. begitu juga Baginda Tengku Mahkota Kelantan yang berangkat pada hari pertama program (Jumaat).. Baginda sangat gembira melihat rakyat negeri ini mengambil kesempatan membawa bersama keluarga masing-masing khasnya bagi mengikuti program Al-Kulliyyah."

"Saya juga ingin memohon maaf kepada kerajaan Kelantan sekiranya selama dua hari Jom Heboh berada di Kelantan ada sedikit sebanyak kekurangan yang berlaku dan ia akan ditingkatkan pada masa akan datang."

"Saya lihat penonton begitu gembira hadir ke konsert ini walaupun mereka di bahagikan kepada tiga tempat yang dihalang dengan pagar besi di antara satu sama lain," katanya ketika ditemui sejurus konsert berakhir malam tadi.

Dianggarkan lebih 50,000 penonton, kebanyakannya golongan muda mudi membanjiri segenap ruang Stadium Sultan Mohd Ke-IV untuk mengikuti konsert Jom Heboh yang pertama kali berlangsung di negeri ini.

Antara artis yang mengadakan persembahan malam tadi termasuk Kumpulan Raihan, Yassin (bekas anggota kumpulan nasyid Brothers), Jamal Abdillah, Jay Jay dan artis dikir barat tersohor negeri ini, Megat Nordin.






SUMBER - BBC KELANTAN

27 Mac 2010

EVOLUSI KL DRIFT 2 : FILEM POYO KONTROL MACHO

"AKU RASA MACAM NAK BALING KASUT KE LAYAR PANGGUNG WAYANG TU." Itulah perasaan aku masa tengok filem yang aku kategorikan HANCUSSSSS!!! : Evolusi KL Drift 2. Bukan tak patriotik apabila memberikan komen seperti menjatuhkan filem ni. Tetapi itulah yang aku rasa apabila menonton filem ini di BigCinemas, Kompleks Teruntum Kuantan, semalam (26.03.2010).

26 Mac 2010

NAH HABUAN KAU POLIS!!!

Apakah aku sensitif atau hanya aku yang sensitif dengan penggunaan bahasa dalam TAJUK MUKA HADAPAN Berita Hairan opppssss! Berita Harian hari ini 26 Mac 2010. Tajuknya berbunyi 'HABUAN BARU POLIS'. Tengok akan tajuknya, memang persis seolah berita jenayah (bagi aku la). Walhal apa salahnya kalau diletakkan tajuk 'GANJARAN BARU POLIS', itu bagi aku lebih manis.

Kalau cerita berkait dengan SAMSENG JALANAN, ok la kalau nak letak perkataan HABUAN pun, contohnya 'SAMSENG JALANAN TERIMA HABUAN'.... atau 'GADIS JADI HABUAN SAMSENG JALANAN'. Atau kisah pelbagai lagi jenayah, gunalah kalau nak guna perkataan HABUAN tu; Gadis jadi habuan 10 lelaki, Emas RM10j Habuan Perompak, Komisyen Kapal Selam Habuan Lumayan (oppppssss! terlebih sudaaaa), Model diletup setelah meminta habuannya (tiada kaitan dengan yang hidup atau sudah diletup).

Amat tidak manis apabila HABUAN digunakan untuk menggambarkan ganjaran kepada pasukan keselamatan yang tugasnya murni dalam menjaga keamanan dan keselamatan negara. Semoga wartawan dan editor akhbar lebih berhemah kerana bahasa yang digunakan menjadi tatapan khalayak umum. Apatah lagi ia diletakkan ditajuk depan akhbar anda. Tak salah mencari tajuk sensasi untuk melariskan akhbar, tetapi biarlah ia bertepatan dan bersesuaian dengan keadaan dan pihak yang kita tujukan berita tersebut.

...............................................
HABUAN BARU POLIS
- Berita Harian 26/03/2010
KUALA LUMPUR: Seramai 33,000 pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang menjalankan tugas am, akan mendapat elaun bulanan RM200, manakala 52,000 anggota berpeluang dinaikkan pangkat secara automatik sekurang-kurangnya selepas tiga tahun berkhidmat. Mengumumkan insentif baru itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata pemberian elaun itu akan dilaksanakan secepat mungkin dan membabitkan peruntukan tambahan RM84 juta setahun.

Mengikut Pindaan Pekeliling Perkhidmatan 2009 pula, katanya, konstabel akan dinaikkan pangkat ke lans koperal selepas tiga tahun berkhidmat, manakala lans koperal ke koperal selepas lima tahun.

"Saya mencadangkan supaya balai polis cemerlang dan terbaik juga diberi penghargaan khas berdasarkan prestasi dan pencapaian mereka. Inisiatif penambahbaikan yang diberikan ini menunjukkan sokongan dan dorongan kerajaan atas jasa anggota polis yang bertugas demi bangsa dan negara," katanya ketika merasmikan Sambutan Hari Polis Ke-203 di Pusat Latihan Polis (Pulapol) di sini, semalam. BACA SETERUSNYA itu pun kalau nak buang masa membacanya.

25 Mac 2010

MAHKAMAH BATAL SAMAN TENGKU MUHAMMAD FAKHRY

KUALA LUMPUR : Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan membenarkan permohonan dua pegawai Istana Kelantan untuk membatalkan saman Tengku Muhammad Fakhry Sultan Ismail Petra yang mendakwa mereka melafazkan perkataan bersifat umpatan dan fitnah berhubung masalah perkahwinannya dengan model Indonesia, Manohara Odelia Pinot.

Hakim Datin Zabariah membernarkan permohonan itu dalam kamar dan mengarahkan Tengu Muhammad Fakhry membayar kos sebanyak RM5,000.

24 Mac 2010

IDOLA : AMBIL PERHATIAN TEGURAN WARDINA

Pertubuhan Jamaah Islah (JIM) menyokong sepenuhnya saranan pelakon, pengacara dan personaliti TV, Wardina Safiyyah Fadlullah Wilmot agar masyarakat khususnya golongan remaja hari ini tidak terlalu ghairah menjadikan artis dan selebriti sebagai ikon atau idola untuk dicontohi.

Beliau dilaporkan mengemukakan saranan tersebut ketika menjadi salah seorang ahli panel yang mengupas tajuk 'Selebriti sebagai Ikon Masyarakat' dalam program bual bicara anjuran Kerajaan Negeri Kelantan di Kota Bharu minggu lepas. Menurut beliau juga, dunia artis serta hiburan lebih banyak dipenuhi dengan keburukan daripada kebaikan dan hanya bersandarkan keseronokan.

JIM menyedari bukanlah mudah bagi Wardina membuat pendedahan sebegitu, yang tentunya akan menimbulkan pelbagai reaksi daripada banyak pihak. Wardina telah memilih untuk menyatakan kebenaran dan tidak berselindung di sebalik kepalsuan, sekaligus menunjukkan dia adalah seorang yang berfikiran matang dan mempunyai tanggungjawab sosial yang tinggi terhadap masyarakatnya.

Sebagai seorang yang pernah dan masih terlibat terus dalam dunia penyiaran, hiburan dan perfileman, Wardina tentunya merujuk kepada pengalaman sendiri yang dilaluinya. Amatlah wajar sekiranya teguran Wardina diambil serius dan dijadikan iktibar untuk rakan artis yang lain.

Selaras dengan itu, JIM ingin membuat penegasan agar:

Masyarakat umum khususnya golongan remaja tidak terlampau ghairah memuja dan menyanjung golongan artis, terutamanya mereka yang secara terang-terangan menunjukkan akhlak, sikap dan tingkah laku yang tidak sopan dan bertentangan dengan ajaran moral dan agama.

Golongan artis bersikap lebih bertanggungjawab mendidik diri masing-masing dengan ilmu pengetahuan, adab sopan, tatasusila dan tahap profesionalisme yang tinggi. Mereka juga harus sentiasa peka dengan sensitiviti masyarakat, dan bersedia menerima teguran dan membaiki kesilapan. Bagi tujuan ini disarankan golongan sarjana dan ilmuwan serta pihak berwajib didampingi agar artis menjadi contoh teladan yang baik kepada masyarakat.

Media massa tidak keterlaluan mendewa-dewakan golongan artis melalui lambakan program berbentuk hiburan dan realiti, ataupun sibuk membuat liputan mengenai kontroversi dan berita hangat yang berlegar di sekitar kehidupan artis. JIM sedia membantu artis atau mana-mana pihak bagi menjalankan tanggungjawab sosial yang membina.


Prof Madya Dr Harlina Halizah Siraj,

Naib Presiden JIM


SUMBER - HARAKAHDAILY

THE MAKING of AVATAR : Using Advanced Motion Capture Technology



22 Mac 2010

Jenazah Yanie (Mentor) Selamat Disemadikan

KUALA LUMPUR: Siti Suriane Julkarim atau dikenali sebagai Yanie disahkan meninggal dunia pada pukul 1.15 tengah hari semalam akibat ketumbuhan paru-paru di Hospital Keningau, Sabah. Ketika dihubungi, suaminya Irfin Abdul Manan, Allahyarhamah Yanie menderita sakit tersebut sejak dikesan pada Disember 2009 dan dimasukkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan rapi pada Februari lalu.

"Pada Disember Yanie sudah mula sakit dan apabila kami buat pemeriksaan di hospital, dia disahkan mempunyai ketumbuhan di bahagian paru-paru. Namun arwah tenat sejak bulan Februari. Dia hanya terlantar tidak bercakap dan tidak lalu untuk makan," jelasnya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, Irfan turut menyampaikan pesanan arwah isterinya sebelum menghembuskan nafas terakhir iaitu meminta maaf kepada semua ahli keluarga, rakan-rakan artis dan pihak media serta pengurusnya. "Sebelum arwah benar-benar nazak dia menyampaikan pesanan agar dimaafkan segala perbuatannya yang menyinggung mana-mana pihak, iaitu kepada keluarga, rakan-rakan artis, pihak media dan bekas pengurusnya yang selama ini menyokong kerjaya sebagai artis," ujarnya penuh hiba.

Jenazah Yanie telah selamat dikebumikan pada pukul 12.00 tengah hari tadi di Tanah Perkuburan Islam Likas, Sabah. Allahyarhamah Yanie yang merupakan pemenang tempat ke-3 musim pertama Mentor telah berkahwin pada November 2007 dengan Irfin Abdul Manan dan meninggalkan seorang anak bernama Iris Sofea Irfin berusia 2 tahun. - mStar online

...............................

KEMATIAN…

Hadir tanpa mengenal siapa kamu,
Datang tanpa mengira apa darjatmu,
Tua atau muda,
Miskin, hina, mulia dan kaya…
MAUT tidak mengenal sesiapa…
Hadirnya tanpa diduga…

Namun mati itu; SUATU KEPASTIAN…
Al-Fatihah buat yang telah pergi…
Kita menyayangi mereka,
Tetapi Allahlah yang lebih mengasihi hambaNYA hingga menjemput kembali ke sisiNYA…

SALAM TAKZIAH BUAT KELUARGA ALLAHYARHAMAH…
IKHLAS; ROHAIFI AZRI

LOVE YOUR JOB


...LOVE YOUR JOB...
Selagi rezeki yang anda nikmati
hasilnya HALAL di sisi Islam...

19 Mac 2010

WARTAWAN HIBURAN MALAYSIA HAMPIR MEROYAN!!!

"SIAPA MAKAN CILI; DIALAH YANG TERASA PEDASNYA." Wartawan Hiburan bagai cacing kepanasan, laporan polis yang dibuat telah memberikan pengiklanan secara percuma kepada laman FB 'All Entertainment Reporters In Malaysia Sucks'. Jika semalam laman tersebut hanya memiliki kurang 2000 peminat, namun ia telah meningkat secara mendadak lebih 4000 peminat pada hari ini.

Nampaknya laporan polis yang dibuat dilihat 'memakan diri' bagi wartawan tersebut kerana laman ini semakin mendapat tempat di hati peminat hiburan tanah air. Hasil penelitian, ada juga segelintir dari wartawan-wartawan hiburan yang bertindak mewujudkan provokasi dengan membuka akaun Facebook hanya untuk memanaskan ruang sembang di 'All Entertainment Reporters In Malaysia Sucks'.

Apa yang lebih membimbangkan, wartawan-wartawan hiburan itu sendiri yang mewujudkan suasana 'panas' dengan mengapi-apikan keadaan sehinggakan ada yang memainkan isu perkauman dan bangsa.

Kewujudan group seperti 'All Entertainment Reporters In Malaysia Sucks' di Facebook membuktikan laman internet boleh memberi impak besar bukan sahaja kepada dunia politik, bukan juga hanya kepada gosip artis semata-mata, bahkan wartawan hiburan turut terkena tempiasnya.

'All Entertainment Reporters In Malaysia Sucks' dilihat tercetus lantaran ketidak-puasan hati peminat hiburan tanah air melihatkan cara laporan wartawan-wartawan hiburan yang seolah mengeluarkan cerita dan gosip sehingga mengaibkan individu (artis).

Cara mendapatkan berita sebagaimana program TERJAH terbitan TV3 juga dilihat tidak bersesuaian dengan budaya dan agama Islam yang kita junjung. Rancangan TERJAH juga harus diperhalusi oleh pihak TV3 kerana kandungannya tidak bersesuaian dengan penampilan pengacara 'mulut busuk' yang dipanggil Kak Rock.

Cara, sikap dan perangai wartawan hiburan menjadi topik hangat di 'All Entertainment Reporters In Malaysia Sucks'. Ungkapan KALAU BUKAN KERANA WARTAWAN, SESEORANG ARTIS TU TAKKAN KE MANA mungkin membuatkan wartawan hiburan besar kepala. Bahkan ada artis yang tidak bernasib baik apabila 'dibuli' wartawan dengan memboikot untuk tidak menyiarkan apa-apa berita kononnya memberi pengajaran kepada artis tersebut walhal tindakan sedemikian akan membunuh karier artis terbabit.

Mengapa wartawan-wartawan hiburan ini melenting? Mengapa mereka marah apabila gambar-gambar mereka yang tersiar di laman 'All Entertainment Reporters In Malaysia Sucks'. APAKAH MEREKA TIDAK TAHU, itulah apa yang dirasakan oleh artis yang mereka siarkan gambar mereka sebagai gosip untuk tatapan peminat?

Apakah hanya wartawan hiburan sahaja yang memiliki hati, perasaan dan 'kemaluan' yang besar? Apakah artis tiada perasaan apabila gambar mereka didedahkan?

Sememangnyalah tugas wartawan hiburan untuk mendedahkan segala macam kisah artis dan gosip dengan tujuan melariskan jualan akhbar dan majalah. Tetapi dalam dunia teknologi yang sentiasa berkembang maju, peminat menjadi lebih terbuka dan berpandangan luas. Mereka tidak suka kepada artis yang bermasalah dan mereka juga sekarang ini turut tidak menyukai wartawan-wartawan hiburan yang sikapnya dua kali lima (2x5) perangainya dengan artis yang digosipkan itu.

Nampaknya, syarikat-syarikat penyiaran, akhbar dan majalah perlulah selepas ini mencari calon wartawan hiburan yang memiliki keperibadian yang baik. Wartawan yang menjaga tingkah-laku dan mempunyai latar pendidikan serta agama yang baik untuk ditugaskan sebagai wartawan di unit hiburan mereka.

Memetik bicara ANDY RS salah seorang dari ribuan peminat laman 'All Entertainment Reporters In Malaysia Sucks' :

"Wartawan skalian.. Artis pakai seksi, kamu suka tegur.. kamu pakai seksi bila pembaca tegur kamu nak melenting & wat repot polis. Artis punya peribadi diceroboh, kamu kata itu hak media, tapi bila terkena balik, kamu macam cacing panas. Artis mabuk kamu heboh, tapi pic2 kamu mabuk, kita pulak tegur kamu nak boikot2..."

"Bila artis punya hubungan peribadi kamu interrogate, it ok jer. Tapi bila gambar2 korang berpeluk atas katil kami post kat sini, kamu mcm sakai panas bontot. Bila artis buat salah, bukan main lagi korang nak kecoh satu malaya. Bila korang buat salah dan ditegur, kamu nak ajak bergaduh. Bila artis tu korang tak suka, kamu kata harus mereka respek kamu sbb tanpa kamu artis tak kemana , periuk nasik diorang bergantung pada u. Tapi kamu tak sedar, bahawa tanpa Pembaca dan Penonton, periuk nasik kamu juga akan ditutup. Renung2 lah." :)

18 Mac 2010

WARTAWAN HIBURAN LAPOR POLIS

KUALA LUMPUR : Beberapa wartawan hiburan, semalam tampil membuat laporan polis mengenai kenyataan berbentuk penghinaan dan ugutan dalam sebuah laman web sosial, Facebook yang dipaparkan individu yang menggunakan laman sembang yang dikenali sebagai "all entertainment reporters in Malaysia sucks". Dalam laman sembang itu, turut dimuatkan hampir 30 gambar wartawan hiburan termasuk jurugambar dari pelbagai agensi, selain dikutuk dengan pelbagai kata-kata kesat .

Laporan polis itu dibuat wartawan hiburan televisyen RTM, Siti Nor Hafiza Kamaruddin ditemani kira-kira 20 wartawan lain di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields kira-kira jam 12.00 tengah hari. Bercakap kepada pemberita, Siti Nor Hafiza berkata, laporan itu dibuat kerana kerjaya mereka sebagai pengamal media diperlekeh dan perbuatan itu boleh menjejaskan reputasi mereka apabila ratusan pengunjung laman berkenaan memberikan pelbagai komen negatif.

Katanya, antara kenyataan yang dimuatkan dalam laman web berkenaan ialah "semua wartawan hiburan di Malaysia jalang dan bodoh," selain "aku kenal kamu kerja mana, jaga-jaga, tolong hentikan daripada menyiarkan laporan bodoh, kalau tidak..."


"Saya percaya laman web berkenaan sudah lama dibangunkan dipercayai pihak yang tidak puas hati terhadap hasil kerja kami kerana sehingga kini laman terbabit sudah mempunyai ratusan pengunjung. Bagaimanapun, saya hanya menyedarinya Isnin lalu kira-kira jam empat petang selepas dimaklumkan rakan."


"Lebih menyedihkan apabila gambar kami diletakkan di laman berkenaan sambil diejek dan diberi pelbagai gelaran seolah-olah kerja yang kami lakukan menjijikkan," katanya di sini, semalam.
Siti Nor Hafiza, berkata beliau berharap pihak polis memandang serius dan memantau laman web berkenaan supaya individu yang mewujudkan laman terbabit dikenakan hukuman setimpal.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berkenaan dan pihaknya akan memantau laman web yang didakwa itu.

SUMBER - BERITA HARIAN

DAH PUAS BERAHI; BARU NAK RAMPAS???!!!

Premis haram di pusat beli-belah disita, produk berahi RM20,000 dirampas
SUBANG JAYA : Segala jenis peralatan untuk kepuasan seks dijual secara terang-terangan di premis yang dikesan beroperasi secara haram di sebuah pusat beli-belah, di sini. Malah, pakej istimewa dinamakan ‘Kombo Klimak’ yang menghimpunkan alat kemaluan palsu tanpa wayar berserta bebola tajam untuk seks ganas dipamerkan di rak terbuka bersama tawaran harga istimewa. Kedudukan kedai terbabit yang hanya bersebelahan pawagam menjadi tumpuan ramai khususnya golongan muda, namun tiada sebarang tindakan dikeluarkan pengurusan pusat beli-belah berkenaan.

Rungutan pengunjung terutama ibu bapa akhirnya disalurkan ke Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) yang kemudian membuat serbuan dan merampas lebih 1,000 jenis produk berahi bernilai RM20,000 selain menutup premis terbabit.

Setiausaha Perbandaran MPSJ, Slamat Hamzah, berkata sebenarnya pengusaha berkenaan menyalahgunakan lesen perniagaan yang sepatutnya digunakan untuk menjual barangan kesihatan. "Selepas mendapat maklumat lengkap, kita menyerbu lokasi ini bagi memastikan pengusaha terbabit dikenakan tindakan sekali gus menjadi amaran kepada mana-mana peniaga jangan menyalah-gunakan lesen dan permit diluluskan."

"Bukan hanya operasi seperti ini, pegawai kita sentiasa menjalankan pemantauan di setiap pusat beli-belah, malah turut menyiasat aduan ramai untuk mengelakkan premis serupa dibuka di tempat awam," katanya selepas operasi sita dan tutup premis yang dilakukan kira-kira sejam dengan disertai 20 penguat kuasa MPSJ, di sini, semalam.

Mengikut Undang-Undang Kecil Pelesenan Perniagaan dan Perindustrian (MPSJ 2007), barangan boleh disita, manakala kompaun maksimum RM1,000 dikenakan terhadap pemilik lesen. BACA SETERUSNYA DI BERITA HARIAN


.........................


KISAH POCONG PART 2 - ADA JANTAN, ADA BETINA


Subang Jaya
Selangor
16 Mac 2010

PERHATIAN : ENTRY INI DIKATEGORIKAN SEBAGAI 18XXX, 18XXY DAN 18XXZ. Oleh itu, anda dinasihatkan menggunakan budi bicara dan pemikiran yang terbuka apabila membacanya


17 Feb lalu, saya menyiarkan entry ini: Ubat/Alatan Seks Jalanan
Ada yang bertanya status 'benda' begini yang dijual di kedai-kedai 'berlesen'.


Dan inilah jawapan kepada persoalan itu. Akhirnya, setelah media (akhbar Kosmo! terutamanya) menyiarkan tentang kegiatan ini yang sebenarnya seolah-olah tiada kawalan lagi, maka tindakan tegas mesti diambil.


Inilah antara punca masalah keruntuhan moral di ibu negara khususnya. Ia mudah didapati, malah pelanggannya sama banyak - lelaki dan perempuan, tanpa mengenail usia.


Masing-masing membeli atas keperluan mereka sendiri. (Keperluan?...!!!) Hampir semua jurujualnya adalah perempuan, dan menurut seorang jurujual, ini menyebabkan barangan ini lebih banyak dibeli oleh wanita.


Ada juga pembeli yang membelinya untuk dijadikan hadiah kepada pasangan mereka, selain untuk kegunaan sendiri.


Apakah tujuan membelinya, dan untuk apa digunakan,mungkin boleh dibuat entry lain agaknya. Serbuan serentak semalam di beberapa kedai yang terletak di pusat membeli-belah sekitar Kuala Lumpur dan Subang Jaya dan beberapa buah darinya diarahkan ditutup terus.


Mereka sebenarnya berselindung di sebalik permohonan lesen menjual barangan cenderamata, tetapi kerana tiadanya kawalan, inilah hasilnya. Hasilnya, berbagai barangan yang mungkin pelik bagi sebahagian kita, tetapi mungkin adalah keperluan bagi sebahagian lainnya, dirampas.


Terlalu banyak untuk disenaraikan, dan anda dinasihatkan melihat dan menyenaraikan sendiri apa yang anda lihat di dalam foto ini. Bagi yang berhajat untuk membelinya , tetapi tak sempat (sebab dah diserbu), mungkin beberapa bulan lagi, akan ada semula.

Jadi, tunggu...!!!


SUMBER DARI BLOG ONDSCENE

14 Mac 2010

KAHWIN LEWAT PUNCA ANAK SINDROM DOWN

ALOR SETAR : Budaya berkahwin lewat yang menjadi amalan wanita khususnya yang berkerjaya pada zaman ini menjadi antara punca peningkatan statistik jumlah kelahiran anak sindrom down di negara ini.

Penaung Persatuan Sindrom Down Malaysia (PSDM), Datuk Mukhriz Mahathir, berkata tranformasi terhadap tahap pendidikan wanita Malaysia termasuk masyarakat Melayu yang bertambah baik ketika ini mendorong trend berkahwin lewat di kalangan golongan berkenaan.


Beliau berkata, tanpa disedari budaya itu mempunyai kesan sampingan terhadap tahap kesuburan termasuk kebarangkalian melahirkan anak sindrom down. "Ketika ini kadar wanita berumahtangga pada usia menjangkau lebih 30 tahun agak ketara mungkin disebabkan perubahan terhadap tahap pendidikan wanita di negara ini yang semakin baik. Buktinya ketika ini ramai penuntut di institusi pengajian tinggi (IPT) adalah golongan berkenaan. Justeru, senario yang berlaku ketika ini akan menyebabkan tercetusnya trend berkahwin lewat di kalangan wanita Malaysia sehingga menjangkau usia lebih 30 tahun," katanya.

"Bagi yang berumahtangga dalam usia 30an, ia memungkinkan mereka memperoleh zuriat ketika berumur 40 tahun dan ini boleh menyebabkan kemungkinan anak yang dilahirkan mengalami sindrom down," katanya.


Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Beramah Mesra bersama PSDM Kedah, di sini semalam. Hadir sama, Presiden PSDM, Ir Wan Mohd Hanizam Wan Ramlan dan Presiden PSDM Kedah, Dr Norlida Mansor.


Sementara itu, Mukhriz berkata, pendedahan itu bukan bertujuan menakut-nakutkan wanita supaya berkahwin cepat, tetapi sebagai penjelasan berhubung punca berlaku peningkatan jumlah kanak-kanak sindrom down di Malaysia.
"Kenyataan ini dibuat selepas membaca artikel berhubung kadar kesuburan wanita Malaysia," katanya. Sebagai Penaung PSDM, saya bercakap atas dasar peningkatan terhadap statistik kelahiran anak sindrom down di negara ini," katanya.

Terdahulu dalam ucapannya, beliau meminta ibu bapa yang mempunyai anak sindrom down mengenepikan rasa rendah diri dan malu untuk menghantar anak mereka ke premis dan pusat penjagaan yang mampu memberi pendidikan terhadap waris dan kanak-kanak istimewa berkenaan.


Beliau berkata, dengan wujudnya pusat pendidikan yang lebih sistematik, ibu bapa dan waris akan diberi pendedahan yang lebih khusus untuk memudahkan mereka memahami kehendak anak sindrom down.


"Mungkin kurang pendedahan menyebabkan ibu bapa tidak tahu saluran untuk menghantar anak sindrom down mendapat pendidikan sewajarnya atau mungkin perasaan malu atau senang dengan didikan sendiri menyebabkan waris bertindak demikian.


"Justeru, kerajaan melakukan pelbagai inisiatif termasuk memberi elaun RM150 kepada kanak-kanak istimewa (OKU) yang mendaftar di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) atau kendalian JKM. Namun masih ramai yang tidak berdaftar," katanya.
BERITA HARIAN

13 Mac 2010

SUSULAN KES IBU DIBELASAH LIMA PELAJAR PEREMPUAN DEPAN ANAK

KAJANG : Kementerian Pelajaran mengarahkan pihak pengurusan sebuah sekolah di Petaling Jaya menyiasat kejadian enam pelajar perempuannya membelasah eksekutif wanita yang juga ibu kepada pelajar sekolah berkenaan, Rabu lalu.

Timbalan Menterinya, Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata sekolah berkenaan juga perlu memanggil pelajar yang disyaki terbabit dalam insiden itu untuk disoal siasat bagi membolehkan kementerian mendapat maklumat sebenar berhubung kejadian itu.


"Kementerian difahamkan kejadian itu berlaku di depan sekolah. Pada saya, sekolah masih perlu membuat siasatan dan jika ada tindakan, pihak pengurusan perlu menjalankan tindakan mengikut peraturan sekolah. Kita juga kesal dengan kejadian itu kerana ia tidak sepatutnya berlaku. Pelajar terbabit perlu dipanggil untuk diberi nasihat dan bimbingan kaunseling," katanya selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Maahad Hamidiah, Sungai Ramal Luar di sini, semalam.

Dalam kejadian itu, mangsa, Zatul Bazamah Zainal Abidin mendakwa dibelasah sekumpulan enam pelajar perempuan Tingkatan Lima sebuah sekolah menengah Petaling Jaya di depan anaknya dan puluhan pelajar lain.


Ibu berusia 33 tahun itu dikatakan diserang di luar kawasan sekolah berkenaan, pada jam 1.15 tengah hari, selepas memarahi seorang daripada pelajar terbabit yang mengganggu serta mengejek anak perempuannya yang juga pelajar Tingkatan Lima sekolah itu. - BERITA HARIAN -

12 Mac 2010

KES SYAFIAH HUMAIRAH : HANYA SUSPEK DIDAKWA? IBUNYA?

Teman Lelaki Ibu Syafiah Humairah Didakwa

KUALA KUBU BHARU : Teman lelaki ibu Allayarham Syafiah Humaira Sahari yang meninggal dunia akibat didera, dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam atas dakwaan membunuh kanak-kanak berusia tiga tahun itu. Mohd Fazli Azri Jamil, 28, yang bekerja sebagai pemandu teksi mengangguk dan mengatakan faham apabila pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Zuraidah Zakaria.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan. Mohd Fazli yang menundukkan wajah dan sugul ketika berada di kandang tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di padang bola sepak Jalan Utama, Kawasan Rumah Murah, Batu 30, Ulu Yam Lama, Batang Kali di sini, pada jam 6.30 petang, 25 Februari lalu.

Bagi perbuatan itu, Mohd Fazli didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mandatori gantung sampai mati, jika sabit kesalahan. Tertuduh yang tidak diwakili peguam, ditangkap sejak 26 Februari lalu, ditahan di Penjara Tapah, Perak.

Timbalan Pendakwa Raya Noorjidah Mohd Jusan memohon tarikh sebutan semula bagi menunggu laporan kimia dan bedah siasat. Mahkamah menetapkan 31 Mac depan untuk sebutan semula.

Akhbar sebelum ini melaporkan Syafiah meninggal dunia dengan kesan luka pada muka dan perut, dipercayai ditampar dan disepak perutnya beberapa kali sehingga parah pada tubuh selain luka muka, dagu, telinga serta lebam kaki dan tangan. HARIAN METRO


Apakah hanya suspek sahaja yang dihadapkan ke mahkamah? Apa cerita dengan ibu mangsa? Apa tindakan susulan dari laporan yang mereka bersekedudukan? Apakah tiada apa-apa tindakan dari Jabatan Agama Islam? Apakah ibunya tidak dilihat sebagai pihak yang turut bersubahat sehinggakan anaknya terdedah kepada perlakuan ganas suspek?

11 Mac 2010

WANITA KITA KURANG SUBUR

Kadar kelahiran menurun setiap tahun jejas jumlah populasi

KUALA LUMPUR : Kadar kesuburan wanita Malaysia dijangka menurun secara mendadak pada 2015 iaitu 2.05 kanak-kanak bagi seorang wanita berbanding 2.2 kanak-kanak pada 2007. Ketua Pengarah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Datuk Aminah Abdul Rahman, berkata hasil kajian kadar kesuburan wanita Malaysia dari 1995 hingga 2007 menunjukkan penurunan setiap tahun yang mengakibatkan penurunan kadar populasi penduduk negara ini.

PUNCA UTAMA
  • Sikap mengutamakan kerjaya
  • Terlepas daripada umur sesuai untuk berkahwin
  • Tidak minat berkahwin
  • Lebih suka untuk hidup bebas
  • Sukar mencari pasangan yang sesuai kerana bilangan lelaki berpelajaran tinggi semakin berkurangan

“Hasil kajian itu membuktikan kesuburan pada 1995 yang mencatatkan 3.4 kanak-kanak bagi seorang wanita menurun kepada 2.9 pada 2000 dan akhirnya 2.2 pada 2007,” katanya pada sidang media Forum Konsultatif Siri 3, Kajian Pelan Strategik Kependudukan kedua, di sini, semalam.

"Wanita Malaysia mengalami penurunan tahap kesuburan setiap tahun dan tahap kesuburan dalam kumpulan umur antara 15 hingga 49 tahun merosot dengan pantas dan ini boleh menjejaskan tahap populasi di negara kita pada masa depan," katanya.

Aminah berkata, punca utama masalah itu adalah sikap mereka yang lebih mengutamakan kerjaya dan terlepas daripada lingkungan umur yang sesuai untuk mendirikan rumah tangga. "Ada juga wanita mengamalkan trend tidak mahu berkahwin atau lebih berminat kepada gaya hidup bebas," katanya.

Kebanyakan wanita berpendidikan tinggi pula sukar mencari pasangan sesuai kerana bilangan lelaki berpelajaran lebih tinggi semakin berkurangan. "Terdapat juga wanita berkerjaya yang ingin mendirikan rumah tangga sukar mencari pasangan sesuai dan akibatnya mereka terpaksa berkahwin dengan lelaki yang lebih muda atau yang lebih rendah taraf hidup," katanya.

Bagi mengatasi masalah ini, LPPKN dengan bantuan kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) kini mengadakan beberapa program di seluruh negara untuk menggalakkan pasangan muda berkahwin pada usia sesuai.

Dipetik dari - BERITA HARIAN
SUMBER - Bernama

APAKAH PERKAHWINAN MISYAR BOLEH MENGATASI MASALAH WANITA LEWAT BERKAHWIN???

10 Mac 2010

SEBARKAN : FATWA


SEBARKAN :

HARAM menggunakan Ayat Al-Qur’an sebagai RING TONES kerana bacaan ayat tersebut menjadi tidak lengkap apabila panggilan dijawab (dan makna ayat berubah apabila bacaannya tidak sempurna / lengkap). Qur’an adalah Hidayah / Petunjuk dan bukannya untuk dijadikan RING TONES! Tolong sebar dan maklumkan kepada semua.


BERHATI-HATI

Jangan menggunakan istilah ‘Mosque’
Gunakanlah sentiasa ungkapan ‘MASJID'
Mosque = Mosquitoes

Jangan sesekali menulis Mecca
Tulislah dengan setepatnya ‘Makkah’
Kerana Mecca = Gudang arak (wine)

Jangan menulis ‘Mohd'
Tulis selengkapnya ‘Muhammad’
Kerana Mohd = ‘the dog with big mouth’


BERHATI-HATI DAN MAKLUMKAN KEPADA SAUDARA-SAUDARA SEISLAM KITA.

08 Mac 2010

WANITA LEWAT BERKAHWIN : APAKAH PERKAHWINAN 'MISYAR' BOLEH MENJADI JALAN PENYELESAIANNYA?

CERAMAH KHAS PAGI JUMAAT: KAHWIN MISYAR
JUMAAT, 23 Jun 2006 – Bahagian Pengurusan Dakwah Jabatan Agama Islam Selangor telah menganjurkan satu ceramah khas bulanan pagi Jumaat ini yang bertajuk 'Kahwin Misyar' yang disampaikan oleh Pengarah Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Prof. Datuk Dr. Mahmud Zuhdi bin Abdul Majid bertempat di Dewan Kuliah Pusat Pembangunan Kekeluargaan Islam, Aras Bawah, Bangunan Sultan Idris Shah, Shah Alam. Ceramah bermula pada jam 8.00 pagi dan dipengerusikan oleh Yang Berbahagia Ustaz Mohd Safuan bin Nayan. Ceramah kali ini mendapat sambutan yang agak menggalakkan daripada warga kerja Bangunan Sultan Idris Shah.

Isu kahwin misyar yang dicadangkan diperkenalkan di Malaysia telah menimbulkan banyak kontroversi di kalangan umat Islam berikutan perdebatan hebat di kalangan ulamak yang bersetuju dan juga sebaliknya. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Shahrizat Abdul Jalil turut membantah cadangan ini dan berpendapat perkahwinan ini tidak sesuai dilaksanakan di Malaysia kerana ia bukanlah penyelesaian terbaik bagi menangani masalah ramai wanita tidak berkahwin. Tambahan pula perkahwinan ini mensyaratkan wanita perlu membuat pengakuan bertulis tentang kesediaan wanita untuk tidak dijanjikan nafkah zahir atau melakukan giliran (bagi kes poligami) dan bersedia menanggung risiko bagi mengelak masalah berbangkit pada masa hadapan.

Maksud Misyar dibaca mis-yaar berasal daripada kata sayr yang bererti berjalan atau mengembara dan mempunyai erti banyak atau selalu berjalan, mengembara dan akhirnya kita boleh sebut sebagai pengembara. Perkahwinan misyar membawa maksud perkahwinan yang tidak terikat dengan syarat, keperluan dan hak-hak dalam perkahwinan di mana suami tidak perlu memikul tanggungjawab memberi nafkah zahir seperti wang ringgit dan pakaian dan cukup sekadar memenuhi nafkah batin terhadap isteri. Perkahwinan seumpama ini banyak berlaku di kalangan wanita yang berkedudukan tinggi dan berpendapatan lumayan di negara-negara Arab. Amalan sebegini dibenarkan dan pernah terjadi berdasarkan situasi mashalahat di mana terdapat ramai janda dan gadis yang tidak berkahwin. Isu nikah misyar menjadi topik perbualan hangat di negara kita apabila banyak pihak mendesak pihak Majlis Fatwa mengeluarkan fatwa sama ada ianya boleh dilaksanakan atau tidak di sini.

Kesudian dan kehadiran Prof. Datuk Dr. Mahmud Zuhdi ke Jabatan Agama Islam Selangor menjelaskan lagi maksud kahwin misyar yang dicadangkan beliau kepada pegawai dan kakitangan jabatan khususnya. Beliau menjelaskan bahawa 'Kahwin Misyar' yang beliau maksudkan adalah "perkahwinan di antara perempuan yang kaya, berada, berkerjaya tinggi dan belum berkahwin dengan lelaki bujang yang berperibadi dan berakhlak mulia, baik tetapi tidak kaya dan berharta. Syarat-syarat perkahwinan tetap sama iaitu ada wali, saksi, mas kahwin dan akad yang sama sepertimana perkahwinan lain. Mereka berkahwin suka sama suka tetapi lelaki itu tidak menjanjikan sara hidup yang banyak untuk wanita tersebut. Namun begitu, suami itu boleh memberi nafkah mengikut kemampuannya, terpulang kepada wanita itu untuk menggunakannya atau cukup sekadar dengan wang perbelanjaannya sendiri. Jika wanita itu berniaga, maka lelaki itu sama-sama mengusahakan perniagaan bersama isterinya." Beliau tidak ingin menyebut isu ini lagi kerana menurut beliau masyarakat negara ini amat beremosi dan mudah melenting apabila isu-isu sebegini disentuh.

Menurut beliau, perkahwinan sebegini sebenarnya telah pun wujud di negara kita. Ia bukanlah sepertimana perkahwinan misyar yang diamalkan oleh masyarakat di negara Arab. Beliau sengaja mengemukakan cadangan ini kerana ingin mengajak semua pihak termasuk ulama', pemimpin dan masyarakat berfikir tentang isu ini. Masyarakat beranggapan, lelaki bertaraf rendah yang berkahwin dengan wanita bertaraf tinggi itu dengan istilah 'makan duit bini' dan pelbagai lagi persepsi negatif. Persepsi sebeginilah yang mengakibatkan lelaki-lelaki bertaraf rendah atau sederhana takut dan tidak berani untuk meminang seterusnya mengahwini wanita profesional berstatus dan berkerjaya tinggi. Menurut beliau, jika keadaan ini berterusan maka lebih ramailah wanita golongan profesional tidak berkahwin. Jika masyarakat dapat mengubah persepsi dan penerimaan mereka, isu ini bukanlah perkara baru dan tidak akan menjadi kontroversi.

Beliau menekankan tentang bilangan wanita profesional yang tidak berkahwin adalah tinggi. Perubahan sosial masyarakat Malaysia kini lebih terbuka. Wanita telah diberi peluang untuk menceburi pelbagai bidang setinggi mungkin dan ramai di kalangan wanita berjaya menjadi usahawan, menteri, ketua jabatan dan sebagainya. Taraf profesional golongan wanita juga setanding dan mungkin lebih dari lelaki. Inilah yang membimbangkan kerana ramai dari golongan ini yang tidak mahu atau belum berkahwin. Mereka berjaya dari satu sudut dan gagal dalam satu sudut yang lain iaitu memiliki suami dan keluarga seperti wanita lain. Beliau memikirkan cadangan ini jika diterima di negara ini dapat mengatasi serba sedikit masalah ini di samping memberi jalan keluar kepada ibu-ibu tunggal yang mengalami masalah yang sama.

Jika dilihat dari aspek nisbah pembangunan genetik, berapa banyak negara telah membazirkan genetik-genetik ibu-ibu yang cerdik, mempunyai IQ yang tinggi dengan membiarkan golongan-golongan wanita profesional ini tidak berkahwin hingga ke akhir hayat mereka. Jika difikirkan, wanita-wanita yang berjaya ini mampu melahirkan generasi akan datang yang cerdik pandai. Tetapi jika mereka dibiarkan tidak berkahwin, maka siapakah pewaris generasi kita akan datang yang tinggal. Sama-samalah kita fikir dan renungkan. Wallahualam.

07 Mac 2010

KISAH 'JANTAN' YANG TERLAMPAU!!!

BENARKAH RAMAI LELAKI MALAYSIA YANG 'TAK JANTAN'? Apa-apapun, kisah dan berita di bawah ini harus dijadikan iktibar kepada mereka-mereka yang ingin dilihat 'jantan'! Jangan terlebih jantan sehingga melampau-lampau 'kejantanannya'.


LELAKI 'TEGANG' TIGA MINGGU NYARIS MAUT

KOLKATA : Seorang lelaki berusia 55 tahun hampir maut selepas kemaluannya terangsang selama tiga minggu dan hanya selamat selepas dibedah. 'Ketegangan' itu berlaku tanpa pengambilan Viagra berpunca daripada masalah 'priapism' yang menyebabkan darah beku di kemaluannya.

Ahli perniagaan itu terselamat pada saat akhir selepas dibedah, menurut laporan. 'Priapism' merujuk kepada kegagalan aliran darah keluar dari kemaluan selepas hubungan seks menyebabkan lelaki itu 'sentiasa tegang.'

Selain menyebabkan darah beku, keadaan juga boleh mengakibatkan anggota tubuh reput sekali gus memaksa kemaluan dipotong. Difahamkan keadaan itu juga mungkin berpunca daripada masalah saraf. Bagaimanapun, lelaki terbabit kini mati pucuk akibat perkara berkenaan.

SUMBER - BERITA HARIAN

DERMA DARAH SELAMAT DAN BAIK UNTUK KESIHATAN


Naik berat badan, proses yang menyakitkan dan penyakit boleh merebak; demikian antara kepercayaan atau andaian yang menyekat kerjasama masyarakat untuk menderma darah.

Pakar perubatan yang menyangkal andaian sedemikian sebaliknya menegaskan bahawa menderma darah baik untuk kesihatan selain dapat merangsang pertumbuhan sel-sel darah baru. Penderma darah atau mereka yang sudah melalui proses ini mengakui ia bukan sesuatu yang menyakitkan.

Pengarah Pusat Darah Negara (PDN) Dr Roshidah Hassan memberi jaminan bahawa proses menderma darah adalah selamat kerana sebelum menderma, bakal penderma dikehendaki mengisi borang soal selidik tentang status kesihatan mereka selain menjalani ujian tekanan darah dan pengenalan jenis darah.

"Selepas itu, bagi setiap unit darah yang diderma, sampel darah diambil untuk ujian semula kumpulan ABO dan ujian saringan bagi menentukan darah yang diderma selamat digunakan. Ujian saringan yang dilakukan ialah bagi mengesan virus hepatitis B, hepatitis C, HIV, siflis dan malaria. Jika mereka dikesan mempunyai simptom-simptom ini, mereka tidak dibenarkan menderma darah," katanya dalam satu temu bual dengan Bernama.

BEKALAN PERLU KONSISTEN

Dr Roshidah berkata andaian bahawa menderma darah boleh menyebabkan penyakit merebak juga tidak benar kerana setiap jarum yang digunakan untuk suntikan akan dibuang manakala peralatan perubatan yang digunakan juga akan disteril semula.

Walaupun PDN tidak mengalami kekurangan bekalan darah yang kritikal tetapi pusat itu menggalakkan aktiviti menderma darah kerana mahu sentiasa mempunyai bekalan yang konsisten.

"Secara amnya dalam tempoh setahun, bekalan darah yang ada di dalam stok, mencukupi untuk memenuhi permintaan ini. Masalah tidak dapat membekalkan darah mengikut permintaan biasanya timbul pada masa-masa tertentu sahaja," katanya.

Trend kekurangan bekalan darah selalunya berlaku selepas cuti perayaan yang panjang, pada penghujung bulan Ramadan, pada hujung, awal dan pertengahan tahun. Peningkatan pemintaan darah berlaku kerana pertambahan bilangan jumlah hospital awam dan swasta, pertambahan bilangan doktor terlatih yang mampu merawat dan peningkatan tahap kemahiran dan kepakaran doktor bedah, katanya.

Dr Roshidah berkata PDN memerlukan lebih 550,000 pendermaan dari seluruh negara pada tahun ini bagi memastikan bekalan darah berada dalam tahap konsisten di pusat itu. "Di PDN sahaja, kami sasarkan 400 hingga 420 pendermaan akan dibuat di pusat kami setiap hari."

Dan PDN membekalkan kira-kira 400 unit darah merah sehari ke hospital-hospital dan klinik swasta yang berdaftar dengan PDN di sekitar Wilayah Persekutuan, Selangor, Pahang barat serta Negeri Sembilan. PDN memerlukan lebih daripada 2,500 unit dalam stok pada satu-satu masa bagi membekalkan darah mengikut permintaan.

JANGKA HAYAT TERHAD

Dr Roshidah berkata semua jenis darah yang didermakan amat diperlukan pesakit. "Tidak kiralah sama ada seseorang itu kumpulan darah A, B, AB atau O ataupun ia daripada kumpulan Rh Negatif atau Positif, semuanya dialu-alukan untuk tampil menderma darah," katanya.

Beliau berkata wujud juga tanggapan yang salah berhubung jangka hayat darah hingga menyebabkan kurang aktiviti menderma darah. "Ramai yang masih menganggap bahawa darah yang didermakan itu boleh tahan lama, maka mereka ingat hanya perlu mendermanya sekali sahaja atau mereka rasa tidak perlu menderma kerana sudah ada yang menderma."

"Walhal, jangka hayat darah adalah terhad, darah merah boleh digunakan dalam tempoh 42 hari sahaja manakala platelet hanya boleh bertahan lima hari," katanya.

Beliau juga menjelaskan bahawa bekalan darah bukan sahaja untuk kegunaan mangsa kemalangan tetapi juga diperlukan untuk kes-kes kronik yang memerlukan tranfusi darah seperti talassemia, buah pinggang, kanser dan leukaemia serta kes-kes pembedahan.

BUKAN PUNCA GEMUK

Ketua Pegawai Perubatan di Pusat Kesihatan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Dr Dinon Mohd menjelaskan bahawa sekiranya penderma darah mengalami kenaikan berat badan, ia bukan berpunca daripada aktiviti menderma darah tetapi melibatkan faktor berpengaruh yang lain

"Masalah kegemukan selepas menderma tak benar, jika ini berlaku, ia berkemungkinan dari faktor genetik, emosi, cara pemakanan, kurangnya aktiviti sukan atau persekitaran seseorang itu," katanya.

Pegawai Kesihatan Zon Kelang Lama, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Dr Umi Ahmad berkata menderma darah mampu mengurangkan risiko penyakit jantung. "Kecekapan badan penderma menggunakan zat besi akan bertambah kerana garam galian ini diperlukan untuk menghasilkan sel darah merah baru dan proses ini boleh membantu badan mengawal kandungan zat besi dalam badan dan mengelak masalah pengumpulan zat besi berlebihan pada jantung," katanya.

Tambahan lagi, katanya, menderma darah juga membawa kebaikan dari aspek sosial kerana amalan itu dapat menolong mereka yang memerlukan dan ia termasuk dalam sebahagian tuntutan fardu kifayah.

APA KATA PENDERMA

Bagi penderma darah, Aimi Fazreen Abu Bakar, proses menderma darah tidak menyakitkan dan ia tidak mengambil masa yang lama. "Siapa kata sakit? Lagipun, sebelum suntik, jururawat akan sapu ubat pelali, jadi tak rasa sakit pun. Tengok-tengok dah siap," kata penuntut Universiti Islam Antarabangsa berusia 22 tahun itu.

"Masa muda ini eloklah sertai derma darah bagi membantu golongan yang memerlukan. Ini perbuatan mulia, kerana kita mampu menyelamatkan nyawa manusia tanpa mengira batasan agama," kata penderma darah kali keempat itu.

Rosdi Ishak, yang sudah 25 kali menderma darah, berkata beliau akan menjadikan amalan iniu sebagai amalan yang berterusan dalam hidupnya. "Dalam setahun hampir beberapa kali saya pergi di hospital ataupun di unit-unit bergerak, dan bagi saya, kalau tidak menderma, ada sesuatu yang tak lengkap dalam hidup saya," katanya.

Ng Sze Hwei (she), 25, pula berkata unit-unit bergerak (derma darah) perlu diperluas dan dibuka di tempat-tempat awam kerana secara psikologi dapat mengurangkan rasa takut penderma untuk menderma. Penderma darah kali pertama itu berkata beliau akan kembali menderma darah kerana mahu membantu golongan yang memerlukan.

SUMBER - BERNAMA; Nurulhidayah Rosly. Kuala Lumpur 05 Mac 2010
Related Posts with Thumbnails