VVIP DENAI CINTA

06 Februari 2010

PAKU DI DINDING HATIMU

-->
Ada seorang pemuda yang bersifat pemarah (panas baran). Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ia hanya satu masalah kecil sahaja. Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku.


 “Untuk apa paku-paku ini ayah?" tanya pemuda tersebut. "Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini bagi melepaskan kemarahanmu," jawab ayahnya. Pada hari pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut.

Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan. Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut. 

Akhirnya tibalah pada suatu hari, di mana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun. Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira. Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu persatu, mencabutnya pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan. Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangga.
Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata "Kautelah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya. Bila kaumenyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ia akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini."
 
"Kauboleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya. Tetapi ingatlah, tak kisah berapa kali kaumemohon maaf dan menyesal atas perbuatanmu, namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal."
.........................................................
"Sahabat adalah permata yang sukar dicari. Mereka membuatkan kamu ketawa dan mendorongmu ke arah kejayaan. Sahabat juga adalah seorang pendengar, berkongsi suka dan duka dan sentiasa membuka hatinya kepada kita."
 
"Carilah seribu sahabat, kerana seribu sahabat itu belumlah banyak. Jauhilah seorang musuh, kerana seorang musuh itu sudah terlalu banyak."
 
"Maafkan saya sekiranya saya pernah meninggalkan kesan berlubang di dinding hati anda..."






1 ulasan:

tinot berkata...

mohon di share ya~~

Related Posts with Thumbnails